PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Sengal. Show all posts
Showing posts with label Edisi Sengal. Show all posts

Edisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang kita maklum, pada ketika ini nama Rashid kini menjadi viral di seantero dunia. Kalau dulu nama paling top dan paling viral adalah pasal si Meran atau Amran Fans. Tahukah anda bahawa Amran sebenarnya merajuk kat Hanis Zalikha. Sape tak kenal dengan Hanis Zalikha? 

Cuba korang ingat semula kisah ni. Masa Gegar Vaganza tu laaa. Kan si Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha. Ramai netizen memuji keberanian Hairul Azreen dan tidak kurang yang tak bersetuju dengan cara beliau. Hanis Zalikha tergamam, terkelu ketika Hairul bertanyakan adakah Hanis Zalikha bersetuju untuk menjadi suri hatinya. Sehingga akhirnya menjawab, “InsyaAllah, thank you,” dan kemudian “Yes”. 


Patutlah si Amran ni merajuk. Meh kita tengok status-status sentap Amran apabila si Hanis Zalikha  aka Keknis ni dirampas orang. Hahahahaha.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Amran Fans Sebenarnya Merajuk Dengan Hanis Zalikha!

Edisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

Oleh Kaki Wayang on


Sejauh mana akan kebenarannya, entahlah. Bile tengok gambar ni rasa macam pegang anak patung barbie je. Tak rasa macam pegang babi. Hahahahaha. Korang tengok dan nilai lah sendiri. Lepas ni mula lah bagi alasan ada kelas dan ada amali yang menyebabkan kena pegang babi. Tapi melihat kepada gambar macam happy gumbira dan bahagia je pegang babi tu.

Sumber: Facebook
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Kini Gambar Awek Melayu Pegang Babi Pula Viral!

Edisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Oleh Kaki Wayang on



Tahukah anda ada beberapa sebab permohonan BR1M ditolak? Dibawah ialah senarainya. Sila baca dan fahami ya.
  • Pemilik kereta Proton atau Perodua yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1600 cc. Anda tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik kereta bukan tempatan yang didaftar antara 2007-2011 yang mempunyai kapasiti enjin melebihi 1500 cc. Anda juga tidak layak menerima BR1M.
  • Pemilik motosikal yang didaftar antara 2007-2011 dengan kapasiti enjin melebihi 500cc . Nope anda juga tak layak. Sila tukar motor sekarang juga.
  • Nama anda diletakkan sebagai TANGGUNGAN didalam aplikasi individu lain. Anda secara automatik tidak layak menerima bantun BR1M jika anda ada dalam senarai tanggungan permohonan orang lain
  • Meminta bantuan atas dasar ibu atau bapa tunggal tetapi gagal menyenaraikan nama tangguangan anda
  • Meminta bantuan dan mengaku sudah berkahwin tetapi tidak meletakkan nama isteri/suami dengan betul
  • Setakat ini 900 000 permohonan BR1M sudah ditolak oleh pihak kementerian kewangan.
  • Jika anda mendaftar dibawah program E-Kasih untuk golongan MISKIN TEGAR, bantuan BR1M anda akan dikeluarkan seawal pertengahan BULAN INI.
Amacam? Adakah anda jatuh dalam beberapa kategori di atas? Kalau YA sila cuba untuk lakukan beberapa permohonan lain dan lakukanlah penipuan sama ada permohonan anda berjaya atau tak..sebab apa? Sebab kerajaan memperuntukkan sebab yang paling bodoh dan sengal agar mereka mempunyai alasan untuk menolak permohonan anda..

Sumber: The Star
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Sebab-Sebab Sengal Permohonan BR1M Ditolak!

Edisi Sentap! Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO?

Oleh Kaki Wayang on



Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO? Persoalan yang selalu timbul dalam benak fikiran rakyat Malaysia. Boleh kata, dah ramai dah kat Malaysia ni yang mempunyai ASTRO. Kadang-kadang ada yang sampai 2 ASTRO kat umah.

Di sebuah kampung bernama Antolob di Sabah, ada sebuah rumah tu ada dalam 7-10 ASTRO. Perghhhhh memang kaya mamat ni. Setiap ruang dalam rumah tu ada ASTRO. Kalau dulu ASTRO best jer. Sebab tak banyak iklan dan tak banyak siaran yang berulang. Tapi lah ni? Jap lagi Kaki Wayang jawab.

Berikut merupakan 5 sebab tak berbaloi langgan ASTRO:

1. Pakej Terlalu Mahal

Mahal. Siapa yang nak kan. Orang kaya pun selagi boleh tawar-menawar pasti akan dicubanya sampailah murah. Salah satu sebab tak berbaloi melanggan ASTRO adalah kerana pakejnya yang terlalu mahal. Paling murah adalah RM45.00++. Astro SuperPack 1, 2, 3 dan SuperPack Plus rasanya terlalu mahal untuk dilanggan dan para pengguna terikat dengan pilihan pakej di dalam sesebuah pakej. So, kalau boleh ikutlah kemampuan kita. Ukur baju di badan sendiri. Jangan ukur kat badan orang lain nanti kene hempuk kepala.

2. Siaran Berulang

Tidak dinafikan lagi. Kalau tak de siaran berulang itu bukan ASTRO namanya. Kalau pegi kat HBO, Cinemax, FOX Premium, FOX Action Movies dan FOX HD atau mana-manalah channel kebanyakkannya siaran filem berulang-ulang setiap hari. Melainkan adanya promosi perdana dari channel itu sendiri. Sebagai contoh filem Hobbit. Dalam sehari paling kurang sekali atau 2 kali ditayangkan. Dah kalau seminggu tak ke muntah hijo namanya. Mahal pula tu. Kat channel lain lagilah, siaran drama lapanblasratus diulang-ulang. Ngeeee.

3. Iklan Yang Banyak

Salah satu sebab kenapa pelanggan mahu melanggan ASTRO adalah sebab nak mengelak iklan yang banyak dan lama. Dah namanya siaran berbayar. Takkan pelanggan bayar semata-mata nak tengok iklan. Cuba tengok TV1, TV2 dan TV3 dan seterusnya, iklan kemain 5 minit. Upin Ipin bape minit jer, sekali iklan mau 5 minit. Tup tup eh dah habis dah Upin Ipin. Hahahaha. Dulu yer ASTRO kurang iklan. Tapi sekarang banyak giler iklan. Tau iklan itu salah satu sumber pendapatan syarikat, tetapi memadailah iklan yang sedikit.

4. Siaran Hilang/ Terganggu Dek Kena Culik Alien

Bukan hilang sebab alien. Tapi siaran tetiba hilang sebab hujan. Siaran terganggu! Tu yang malas dan tak berbaloi nak langgan ASTRO ni. Kadang-kadang angin sepoi-sepoi "language" pun dah keluar warning siaran terganggu. Bayangkan tengah tengok bola, nak gol dah, sekali siaran terganggu spoil ke x spoil? Kadang-kadang ada yang menyumpah pun ada. mencarut apatah lagi.

5. Ada NJOI

Tak perlu nak cakap panjang-panjang, sebab siaran ni siaran free je. Cuma pada permulaannya kena lah bayar sikit untuk pemasangan. Doh siap pasang, buleh doh tengok. Tak yoh nok pikir bayar bulan-bulan. Tak yoh sakit kepala nok pikir. Nok tengok channel lain baru bayar, beli prepaid pahtu doh buleh tengok. Kalu ta mboh tengok tak yoh beli prepaid.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kenapa Tak Berbaloi Langgan ASTRO?

Edisi Sentap! Ahmad Maslan Kini Aktif Ber "Whatsapp", Dia Mungkin Salah Seorang Ahli Group Kamu!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warga Kaki Wayang semua. Apa habaq? Pa citaaa? Dengan izin Allah SWT kita dipertemukan sekali lagi pada hari ini. Alhamdulillah.

Pada kali ini, Kaki Wayang nak kongsikan satu artikel berkenaan dengan salah seorang menteri yang begitu aktif di laman sosial. Bukan sahaja di twitter, di facebook malah di ruangan sembang aplikasi Whatsapp.

Siapa tidak kenal Ahmad Maslan, menteri yang seringkali berkongsi "petua-petua" masakan beliau, "Nasi Goreng Dihias Timun Ala-ala Roundbout Tanpa GST". Cam mano lah dia masak tu kan. Tangan macam nak menggoreng tapi timun sudah siap dihias di dalam kuali. Memang hebat.


Berbalik kepada tajuk, AM kini merupakan menteri yang aktif berwhatsapp. Dalam kenyataan terbarunya, beliau mempunyai lebih kurang 350 group whatsapp dan salah satunya adalah group KAMI ANTI AHMAD MASLAN. 

“Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.

“Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan’. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.

“Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,”
 
Tambahnya lagi, sejak terkenal dan popular berkaitan dengan GST, beliau kini menjadi fenomena apabila berada di tempat-tempat awam. Sering menjadi sasaran peminat yang mahu ber"selfie" dengannya.

“Kalau saya ada di IOI Mall atau Alamanda, ramai yang menyapa dan ambil gambar dengan saya. Saya menghargai semua itu,” katanya.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ahmad Maslan Kini Aktif Ber "Whatsapp", Dia Mungkin Salah Seorang Ahli Group Kamu!

Edisi Sentap! Begini Caranya Untuk Elak Siaran ASTRO Terganggu akibat hujan!

Oleh Kaki Wayang on

Setelah bertahun-tahun asyik-asyik siaran terganggu dan bermasalah..Akhirnya krew Blog betol-betol Hangat kini baru sahaja menjumpai dan mengetahui cara bagaimana untuk mengelakkan SIARAN ASTRO tergendala akibat hujan.

Setelah kajian dan pelbagai teori serta amali di lakukan, maka cara yang terbaik untuk mengelakkan siaran ASTRO akibat hujan adalah dengan cara seperti gambar di bawah. Tanpa perlu bagitahu langkah dan caranya dengan detail sangat. Tengok je gambar tu, kamu pasti akan tahu caranya.

NAH AMEK KAW!!!!

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Begini Caranya Untuk Elak Siaran ASTRO Terganggu akibat hujan!

Edisi Sentap! Ini Akibatnya Bila Neelofa Ucap Selamat Malam Sayang!

Oleh Kaki Wayang on

 

Beginilah jadinya apabila Neelofa ucap selamat malam..lebih-lebih lagi tambah dengan perkataan "sayang"..mula lah lelaki aka jantan menggatal..perasan macam Neelofa tu awek diorang je..hahahahaha..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ini Akibatnya Bila Neelofa Ucap Selamat Malam Sayang!

Edisi Sentap! Gambar Isteri PM, Rosmah Bawa Kafir Dan Wanita Tidak Bertudung Ke Masjid - Boleh Ke?

Oleh Kaki Wayang on


Rasanya peristiwa ini berlaku dalam masjid ataupun surau..tapi boleh ke orang tak bertudung atau orang bukan Islam masuk sesuka hati ke dalam masjid ni? Bukan ke kena pakai tudung atau sekurang-kurangnya pakai penutup kepala..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Isteri PM, Rosmah Bawa Kafir Dan Wanita Tidak Bertudung Ke Masjid - Boleh Ke?

Edisi Nostalgia! Kad Pengenalan Dato Siti Nurhaliza!

Oleh Kaki Wayang on

Kad Pengenalan Siti Nurhaliza

Masa mencari sesuatu tadi untuk dijadikan bahan untuk entri seterusnya..tetiba terjumpa Kad Pengenalan Siti Nurhaliza..wahhhh..tu je mampu aku ucapkan..hahahaha..masa ni Dato Siti terfikir tak eh nak jadi penyanyi no. 1 Malaysia?

Kad Pengenalan Siti Nurhaliza
Apa pun kagum ngan Dato Siti Nurhaliza..sampai sekarang dia boleh maintain sebagai penyanyi No. 1 Malaysia.


Sila baca selanjutnyaEdisi Nostalgia! Kad Pengenalan Dato Siti Nurhaliza!

Edisi Sengal! Video 10 Pemenang Loteri Berakhir Dengan Tragis!

Oleh Kaki Wayang on

10 Stupid Lottery Winners

10 Pemenang Loteri Berakhir Dengan Tragis. Allah SWT itu Maha Mengetahui. Apabila Allah melarang, maka jauhilah dari melakukannya. Begitu jugalah halnya dengan JUDI. Judi hukumnya haram di sisi Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90) 

Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai dan budi pekerti seseorang.

Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi. ” (Riwayat Muslim).
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Video 10 Pemenang Loteri Berakhir Dengan Tragis!

Edisi Sentap! Polis Trafik Macam Inilah Yang Rakyat Paling Sayang!

Oleh Kaki Wayang on


Biar gambar berkata-kata..Jangan kata abang tak payung..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Polis Trafik Macam Inilah Yang Rakyat Paling Sayang!

Edisi Sengal! Siapa Johari Pain? Apa Hubungannya Dengan Pandelela Rinong? - Ikuti Kupasannya!

Oleh Kaki Wayang on


Tetiba nama Johari Pain sangat-sangat malatops pada ketika ini..dan tetiba juga nama Johari Pain begitu terkenal di laman-laman sosial di Facebook dan Twitter..semuanya atas sebab-sebab status sengalnya dibulan puasa ini..Namun apa kaitannya dengan Pandelela Rinong? Ooo ya, buat pengetahuan semua Pandelela Rinong dapat Pingat Gangsa yer pada tengah malam tadi..apabila dia menduduki tangga ketiga acara Terjun 10Meter..memang terbaek lah Pandelela Rinong..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Siapa Johari Pain? Apa Hubungannya Dengan Pandelela Rinong? - Ikuti Kupasannya!

Edisi Hangat! Jom Lihat Aaron Aziz Beraksi Seperti Wanita - Serius Cun!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Pernahkah anda melihat Aaron Aziz seperti ini? Berambut kerinting ala-ala wanita..gambar yang sebelah kiri tu ok lagi..gambar sebelah kanan tu tetiba jadi wanita garang..macam nak makan orang jer..
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Jom Lihat Aaron Aziz Beraksi Seperti Wanita - Serius Cun!

Edisi Sengal! Gambar Awek Cute Paling Fail!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Apa khabar semua? Puasa macam mana? Semua ok kan..yang tak puasa tu memang rugi betol korang..ok setelah berjuta tahun lamanya tidak mengemaskini blog..hari ini KW nak kongsikan sekeping gambar yang paling fail setakat ini..Gambar seorang Awek Cute Paling Fail! Bila korang tengok seimbas lalu gambar tu apa yang korang nampak? Fail tak?
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Gambar Awek Cute Paling Fail!

Edisi Sengal! Unta Yang Pelik, Kao Hadoo!

Oleh Kaki Wayang on


Kao hadoooo! Mungkin begitulah gamaknya pak cik ni berkata dalam hati..ada aku kesah! Korang ingat korang je mampu ada UNTA (teringat kata-kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan rakan-rakannya dalam filem Pendekar Bujang Lapok) ".......Tumpuk-tumpuk (tompok-tompok) tahi UNTA!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Unta Yang Pelik, Kao Hadoo!

Edisi Sengal! Gambar Perempuan dan Aksi Planking Paling Sengal Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on


Bukan nak menjatuhkan maruah sesiapapun..tapi pompuan ini sebenarnya sudah menjatuhkan maruahnya sendiri..sengal tak? Sengal tak? Planking ape benda kalau macam ni..nampak sengal dan kadang-kadang sedikit bodoh pun ada..kalau yer pun nak buat planking..biar benda tu nampak ok dan takdelah buruk sangat..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Gambar Perempuan dan Aksi Planking Paling Sengal Di Dunia!

Edisi Sengal! Elton John dan Isterinya Si Lelaki Mahukan Anak - Dasar Anak Haram!

Oleh Kaki Wayang on


Macam ni lah kalau dah akhir zaman..manusia yang mempunyai akal fikiran kini sudah tidak mampu untuk menggunakan akalnya ke arah kebaikan..Elton John dan isterinya si lelaki mahukan anak? Sengal tak? Oklah takpelah kalau nak anak angkat..tapi hubungan antara sesama lelaki itu kan melampaui batas manusia..choi sangat!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Elton John dan Isterinya Si Lelaki Mahukan Anak - Dasar Anak Haram!

Edisi Sentap! Cristiano Ronaldo Ditertawakan Kawan Sebab Pakai Kasut Lain Sebelah!

Oleh Kaki Wayang on


Hahahahaha..entah betul atau tidak mungkin ianya kebetulan sahaja..tapi kalau tengok pada gambar macam ada juga akan kebenarannya..hanya mereka bertiga sahaja yang mengetahuinya..kuikuikui...
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Cristiano Ronaldo Ditertawakan Kawan Sebab Pakai Kasut Lain Sebelah!

Edisi Sengal! Lagi Perempuan Pakai Tudung, Tapi Pakai Seluar Pendek - Serius Sengal!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum semua pembaca..wah dah lama dah kan Kaki Wayang tak update blog..dah bersawang tahap gaban dah ni..takpelah..meh baca update terkini dari Kaki Wayang..kali ini mengenai Lagi Perempuan Pakai Tudung Tapi Pakai Selar Pendek..tak kisahlah dia ni keturunan aper sekalipun..tapi rasanya tak perlu kot berpakaian seperti itu..mengundang kutukan dan carutan sajoo..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Lagi Perempuan Pakai Tudung, Tapi Pakai Seluar Pendek - Serius Sengal!

Edisi Sengal! Remaja Hari Ini Macam...Hak Ptuihhh!

Oleh Kaki Wayang on


Ntah macam manalah aku leh dapat gambar ni..tak tahulaaa..tak dapat dikesan akan hubungan kedua-dua pelajar ini..nak kata adik beradik ontahlaaa..nak kata sedara seibu sepapat sebapa seia sekata (ntah apa aku cakap ni)..ontahlaa..korang fikirlah sendiri yer..

Paling Menarik HARI INI!

Edisi Sengal! Remaja Hari Ini Macam...Hak Ptuihhh!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Remaja Hari Ini Macam...Hak Ptuihhh!