Assalammualaikum Warga Kaki Wayang semua. Apa habaq? Pa citaaa? Dengan izin Allah SWT kita dipertemukan sekali lagi pada hari ini. Alhamdulillah.
Pada kali ini, Kaki Wayang nak kongsikan satu artikel berkenaan dengan salah seorang menteri yang begitu aktif di laman sosial. Bukan sahaja di twitter, di facebook malah di ruangan sembang aplikasi Whatsapp.
Siapa tidak kenal Ahmad Maslan, menteri yang seringkali berkongsi "petua-petua" masakan beliau, "Nasi Goreng Dihias Timun Ala-ala Roundbout Tanpa GST". Cam mano lah dia masak tu kan. Tangan macam nak menggoreng tapi timun sudah siap dihias di dalam kuali. Memang hebat.
Berbalik kepada tajuk, AM kini merupakan menteri yang aktif berwhatsapp. Dalam kenyataan terbarunya, beliau mempunyai lebih kurang 350 group whatsapp dan salah satunya adalah group KAMI ANTI AHMAD MASLAN.
“Saya mempunyai cabaran iaitu 350 WhatsApp group yang sentiasa memenuhi telefon bimbit saya.
“Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan’. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.
“Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,”
“Bermacam kumpulan ada dalam itu termasuk satu kumpulan ‘Kami Anti Ahmad Maslan’. Tetapi saya tidak keluar dari kumpulan itu.
“Saya mahu mengetahui apa yang mereka tidak suka tentang saya,”
Tambahnya lagi, sejak terkenal dan popular berkaitan dengan GST, beliau kini menjadi fenomena apabila berada di tempat-tempat awam. Sering menjadi sasaran peminat yang mahu ber"selfie" dengannya.
“Kalau saya ada di IOI Mall atau Alamanda, ramai yang menyapa dan ambil gambar dengan saya. Saya menghargai semua itu,” katanya.