Susulan Kes Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Buat Laporan Palsu Part 1!

Oleh Kaki Wayang on


Pelajar Politeknik di Johor Bahru yang membuat laporan palsu kononnya diculik, berdepan hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pihaknya mungkin mengambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu kepada polis.

Katanya, pelajar berusia 20 tahun itu sudah diserahkan kepada keluarganya yang menetap di Ampang Permai, Ampang, Selangor sementara kertas siasatan mengenainya siap.

"Dalam laporannya, kelmarin, pelajar itu mendakwa dia bersama tujuh kanak-kanak berketurunan Cina, India dan Melayu diculik di Johor Bahru dan dikurung di dalam sebuah lori.

"Pelajar itu mendakwa dia berjaya melarikan diri ketika lori berkenaan berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak berdekatan Hospital Dungun pada kira-kira jam 7.05 pagi.

"Dia mendakwa mendapatkan bantuan seorang pembeli surat khabar yang kemudian membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk membuat laporan pada kira-kira jam 9.45 pagi," katanya.

Wan Abd Aziz berkata, siasatan polis juga mendapati pelajar terbabit mereka cerita dia diculik berdasarkan novel yang pernah dibacanya.

Malah, kanak-kanak perempuan bernama `Mira' yang dikatakan mangsa penculikan bersamanya juga adalah adalah nama yang diambil daripada cerita novel yang pernah dibacanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment