Susulan Kes Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Buat Laporan Palsu Part 2!

Oleh Kaki Wayang on

Sumber gambar: Sinar Harian
 
Berdasarkan soalselidik yang dilakukan, nampaknya pelajar politeknik ini mempunyai masalah dengan pihak politeknik apabila gagal menyiapkan tugasan yang disuruh pensyarah. Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.


Salam YDH Dato’/ Tuan: PERKEMBANGAN KES COLEK: Hasil temubual oleh Insp. Akhirudin (D9), Sjn. Zaiton ke atas pengadu telah dapat pengakuan sebenar tentang kejadian seperti berikut:Pada 17/10/14 jam 2215 Pengadu keluar rumah dan telah tinggalkan kunci motosikal, beg kuliah, dompet di motosikalnya yg diletakkan di depan rumah.

Kemudian pengadu telah ke bus stop dgn hanya membawa 2 handphone dan duit RM 210.00. Pengadu kemudian menaiki teksi ke Larkin dan kemudian menaiki bas Maju Ekspress ke Dungun. Pengadu menaiki bas tidak membeli tiket tetapi dgn hanya buat bayaran kepada pemandu bas RM40.00. Bila menaiki bas pengadu tlh tutup talian handphone dan hanya buka talian broadband.

Pada jam lebih kurang 0400hrs 18/10/14 pengadu ada berwhatsapp dgn rakannya nama Nazira jurusan pentadbiran UITM Dungun dan rakan nama Majidah yg tinggal di Kuala Lumpur dan menceritakan dia di colek. Pengadu sampai jam lebih kurang 0755hrs di perhentian bas berdekatan Hospital Dungun dan telah hubungi emaknya dan menceritakan dia dicolek. Emaknya telah suruh Pengadu buat laporan polis dan kemudian dia telah pergi ke perhentian bas dan bertanya kepada makcik penjual suratkhabar yg kemudian dia telah dihantar ke Balai Dungun oleh satu lelaki melayu yg kebetulan berhenti membeli suratkhabar.

Pengadu sampai di Balai Polis jam lk 0830hrs. Pengadu telah buat laporan polis setelah menceritakan kejadian dia di colek.MOTIF:Menurut Pengadu dia ambil tindakan ini kerana kusut dan celaru fikiran akibat tekanan pembelajaran di Politeknik jurusan Fesyen. Dia lari dgn tujuan untuk kurangkan tekanan dan buat cerita begitu dgn harapan dapat tangguhkan masa penghantaran assigment.

Niat asal Pengadu cuma mahu buat cerita dia di colek kepada keluarga dan rakan rakan sahaja tetapi setelah didesak oleh emaknya untuk buat laporan polis kemudian barulah dia buat keputusan bt repot di Balai.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment