PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Alahan penyebab resdung. Show all posts
Showing posts with label Alahan penyebab resdung. Show all posts
Home » Posts filed under Alahan penyebab resdung
Edisi Informasi! Alahan penyebab resdung!
Oleh Kaki Wayang on
ADAKAH anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan?
Jika keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor
bagi memastikan sama ada anda mengalami alahan hidung atau resdung.
Pakar Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher,
Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata,
tanda-tanda alahan hidung berkenaan yang tidak dirawat akan membawa
kepada sinusitis atau resdung.
“Biasanya tanda awal alahan hidung adalah selesema, bersin, hidung tersumbat serta muka dan mata yang gatal dan berair.
“Dalam keadaan begini tidak ramai yang mendapatkan nasihat dan
rawatan doktor dengan alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,”
katanya.
Sememangnya resdung tidak membawa kepada kematian tetapi memberikan kesan kepada gaya hidup dan keyakinan diri pesakit. Alahan hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telinga
tengah dan tekak membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk
serta perubahan cuaca. Apabila itu berlaku, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing
menyebabkan simptom seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung
berterusan. Dr. Samril berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan
menyebabkan komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan
rongga sinus).
Rongga sinus yang bertindak untuk pengudaraan terhalang dan menyebabkan bakteria terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul. Pesakit juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.
“Ketika itu pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau
meleleh dari hidung dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan
kuman di otak,” katanya.
Terdapat juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana hidung dan paru-paru bersambung.
Rawatan awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan hidung yang berterusan sehingga sembuh. Menurut Dr. Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja,
bagaimanapun risiko lebih besar jika ahli keluarga terdekat
menghidapinya. Alahan hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11
tahun sementara 80 peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun. Ketika usia muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak
lelaki berbanding perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang
sama.
“Sejarah pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.
“Elemen penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak
balas perubatan, sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,” katanya.
Sejarah berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan berkenaan. Simptom berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit kepala, mata merah dan letih. Pastikan simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk atau hama. Biasanya struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan mengandungi nanah.
“Pesakit akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.
“Biasanya pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,” katanya.
Bagaimanapun jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.