PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ani Mayuni dipukul suami. Show all posts
Showing posts with label Ani Mayuni dipukul suami. Show all posts

Edisi Sengal! Isteri suruh pulang CD dibelasah suami!

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.

Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya. Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Isteri suruh pulang CD dibelasah suami!

Edisi Hangat! Susulan Kisah Penyanyi Dangdut Ani Mayuni Dibelasah dan Dipukul Suami!

Oleh Kaki Wayang on



Sedih pula kami dengar kisah Ani Mayuni yang menjadi tajuk berita Harian Metro hari ini. Menurut laporan ringkas di’akhbar tabloid kegemaran ramai itu, Ani Mayuni telah membuat laporan polis mendakwa di’belasah teruk oleh suami di’rumah mereka.

Kejadian di’khabarkan berlaku di kediaman mereka di Desa Rejang & kalau mengikut deskripsi oleh laporan Harian Metro, teruk juga keadaan Ani Mayuni sekarang.

Ani Mayuni mendakwa beliau di pukul dan di’tendang oleh suami beliau selain kepalanya di’hentak ke dinding di’rumah. Sebelum kejadian itu berlaku menurut Ani Mayuni, beliau menghubungi suami beliau yang berada di’luar untuk membelikan sarapan pagi.

Namun, sebaik pulang ke rumah kira kira 30 minit kemudian, Ani Mayuni berkata suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. Hmm. Adakah semata mata kerana sarapan pagi, badan menjadi punching bag?
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Susulan Kisah Penyanyi Dangdut Ani Mayuni Dibelasah dan Dipukul Suami!

Edisi Sentap! Awek Ini Dipukul dan dibelasah kerana memelihara AURAT!

Oleh Kaki Wayang on


KAZEMI DIPUKUL KERANA INGIN MEMELIHARA AURAT!!!!
KITA DI MALAYSIA?? KENA PUKUL SEBAB SIBUK BERKHALWAT..

Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4orang perempuan)

Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka.

Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut.
Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi.

Kerjadian ini bertarikh 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas. Sengaja timur bangkitkan berita ini, kerna kebanyakkan rakyat di Malaysia terlalu jahil bab aurat! Walaupun menyambung pelajaran hingga keluar negara, khatam Al-Quran berkali2, hebat bab agama tapi yang mengamalkannya hanya berapa %?

Lihat diluar sana, ramai yang mengenakan tudung tapi berseluar dan baju yang ketat! hingga lelaki yang tidak kuat imannya mejadi gairah lalu berlakulah perkara2 yang tidak diingini seperti rogol, buang anak dll... Bila terkena pandai pula mengutuk lelaki gatal, xde iman, gila sex tapi siapa yang minta kamu berbogel dihadapan mereka yang gilakan sex???

Bagaimana hendak kurangkan kerjadian ini terus berlaku?
Berbaliklah pada Al-Quran dan Sunnah...

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzab:59)


SEBARKAN JIKA KAMU RASA PUNYA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG HARUS MENEGUR SAUDARA/RI YANG MASIH LALAI, JIKA KAMU RASA PERBUATAN TIMUR NI SALAH, ABAIKAN!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Awek Ini Dipukul dan dibelasah kerana memelihara AURAT!

Edisi Hangat! Penyanyi Dangdut Ani Mayuni Ditendang dan Dipukul Suami!

Oleh Kaki Wayang on


ANI...pengajaran buat suami
Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Penyanyi Dangdut Ani Mayuni Ditendang dan Dipukul Suami!