PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ariff Alfian Rosli. Show all posts
Showing posts with label Ariff Alfian Rosli. Show all posts

Edisi Sengal! Perkahwinan Zara Shafruddin Di Gereja Sebenarnya Di Rahsiakan, Tetapi Akhirnya Kevin Rudd Membocorkannya Di Twitter!

Oleh Kaki Wayang on


KISAH HIDUP ZARA SHAFRUDDIN Sebelum Berkahwin Di Gereja KINI Terbongkar!


BIODATA ZARA SHAFRUDDIN - Pandainya dia, tapi malangnya BERKAHWIN di GEREJA!
 
Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja. Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Perkahwinan Zara Shafruddin Di Gereja Sebenarnya Di Rahsiakan, Tetapi Akhirnya Kevin Rudd Membocorkannya Di Twitter!

Edisi Sengal! Gambar Perkahwinan Zara Shafruddin, Perempuan Melayu Di Gereja - Serius Sengal!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Gambar Perkahwinan Zara Shafruddin, Perempuan Melayu Di Gereja - Serius Sengal!

Edisi Sengal! Zara Shafruddin, Perempuan Melayu Nikah Di Gereja!

Oleh Kaki Wayang on


Malay Version

Akhbar Telegraph mendedahkan seorang wanita melayu telah berkahwin di gereja. Nick Rudd, 25, anak bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd dan Zara Shafruddin seorang wanita melayu dikatakan bertukar-tukar ikrar di Gereja St James 'di King St, Sydney.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Zara Shafruddin, Perempuan Melayu Nikah Di Gereja!

Edisi Sengal! Lagi Pasangan Gay Islam Bernikah, Kali Ini Dinikahkan Oleh Imam Gay!

Oleh Kaki Wayang on



Dua lelaki gay yang mengaku Islam, dan saling mencintai antara satu sama lain, telah bernikah di Perancis oleh seorang “imam”.

Ludovic Mohamed Zahed, seorang lelaki Perancis yang berasal dari Algeria, dan pasangannya Qiyam al-Din berasal dari Afrika Selatan, dilaporkan telah berkahwin sesuai dengan Syariah (undang-undang Islam) di hadapan seorang imam yang berasal dari Mauritania bernama Jamal, dan melaksanakan perkahwinan mereka pada 12 Februari 2012, menurut laporan laman Albawbaba pada 2 April lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Lagi Pasangan Gay Islam Bernikah, Kali Ini Dinikahkan Oleh Imam Gay!

Edisi Sentap! Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin!

Oleh Kaki Wayang on


Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin!

Edisi Sentap! Siapa Ariff Alfian Rosli?

Oleh Kaki Wayang on

Terbaik SPM

Ariff Alfian (28 tahun) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Siapa Ariff Alfian Rosli?

Edisi Sentap! Kisah Ariff Alfian Rosli Sebelum berkahwin sejenis dengan Teman Lelakinya!

Oleh Kaki Wayang on

 Ariff Alfian Rosli

Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
 
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kisah Ariff Alfian Rosli Sebelum berkahwin sejenis dengan Teman Lelakinya!

Edisi Sentap! Video Illustrasi Perkahwinan Ariff Alfian Rosli!

Oleh Kaki Wayang on

Untuk seketika, dalam dua hari ini..nama Ariff Alfian Rosli begitu sinonim dengan dunia gosip tanahair..namanya seakan-akan magnet..setiap masyarakat ingin mengetahui siapakah beliau..dan kenapa dia yang dahulunya begitu pintar kemudiannya bertindak sebaliknya apabila mengahwini kaum sejenisnya di Dublin..sebelum ke video illustrasi seakan-akan perkahwinan Ariff Alfian Rosli..jom ke 4 tajuk utama di blog ini berkenaan beliau yang mencatatkan beberapa rekod penyiaran dan pembaca yang datang ke blog ini..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Video Illustrasi Perkahwinan Ariff Alfian Rosli!

Edisi Sentap! Larangan Allah SWT ke atas pelaku hubungan sejenis!

Oleh Kaki Wayang on



Larangan keras terhadap hubungan sejenis diceritakan dalam al-Quran (surah Hud, ayat 77-83), Allah mengazab dengan cara menterbalikkan tanah dan menimbus kaum Luth yang tetap berdegil meneruskan hubungan homoseksual walaupun sudah diingatkan azab Allah oleh Nabi Luth.

Hukuman terhadap kesalahan homoseksual mengikut hukum syarak, dikira sebagai kesalahan zina. Hukuman terhadap kesalahan ini diqiyaskan dengan hukuman kesalahan zina iaitu jika pelaku sudah berkahwin akan direjam sehingga mati.

Manakala pelaku yang belum berkahwin, akan disebat sebanyak seratus sebatan dan dibuang negeri sehingga setahun.

Menurut satu pendapat asy-Syafie pula, pelaku liwat adalah dihukum bunuh. Berdasarkan riwayat oleh penulis sunan, daripada Ibnu Abbas, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang kamu temui mengamalkan amalan kaum Lut, hendaklah kamu bunuh pelaku dan si pelaku.”

Beberapa pendapat mazhab lain menyatakan pelaku liwat hendaklah dibakar. Pendapat ini berpandukan hadis riwayat al-Baihaqi, sahabat Rasulullah SAW sependapat membakar pelaku dan yang diperlaku.

Dari segi perundangan di Malaysia, peruntukan seksyen 377A, 377B dan 377C Kanun Keseksaan (akta 574) memperuntukkan kesalahan melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Larangan Allah SWT ke atas pelaku hubungan sejenis!

Edisi Hangat! Boikot Starbucks kerana sokong perkahwinan sejenis!

Oleh Kaki Wayang on

starbucks

Kemunculan kedai-kedai kopi dan kafe kaki lima ‘berjenama’ secara mendadak lebih sedekad lalu benar-benar mendapat sambutan di luar jangkaan apabila bilangan rangkaian kafe seumpama itu bertambah dengan kadar pesat di bandar-bandar besar seluruh negara.

Antara yang paling mendapat sambutan adalah Starbucks.

Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak mengetahui satu perkara tentang Starbuck iaitu syarikat tersebut menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington baru-baru ini.

Seorang paderi, Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California menggesa pengguna-pengguna Starbuck supaya memboikot syarikat minuman yang terkenal itu.

Andrew juga mendakwa penganut-penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang dianggap telah menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” kata Andrew.
Gesaan boikot yang dikeluarkan Selasa lalu oleh Andrew itu adalah sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Malah, Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Bukan sahaja Starbucks yang menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu, terdapat lebih dari 100 syarikat lain yang menyokong termasuklah Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Boikot Starbucks kerana sokong perkahwinan sejenis!

Edisi Sentap Bangang! Pengakuan Saya Islam Tapi Saya Gay!

Oleh Kaki Wayang on

"Saya peduli hape kalau Tuhan tu murka? Selama ini segala dosa yang saya buat pun bukannya dapat apa apa balasan pun dari Dia? Dimana Tuhan?"

Itu jawapan yang diberikan oleh seorang manusia yang zahirnya dilahirkan berjantina lelaki tulen bernama Shah ( dia ingin digelar sebegitu dan bukan nama sebenar) apabila diajukan soalan tentang kehidupannya sebagai seorang gay dari sudut perspektif agama.

"Saya dah bosan la bang orang datang bagi 'syarahan' pasal dosa menjadi seorang gay ni. Bermacam macam ustaz, alim ulama semuanya cakap benda yang sama: dosa dosa dosa. Takde modal lain ke?"

Saya sabar mendengar keluhan hatinya itu sambil menarik asap rokok Dunhill merah. Kedengaran kanak kanak bermain sambil menyanyikan lagu Nenek Nenek Si Bongkok Tiga di meja belakang.

"Saya mengaku saya seorang Islam tetapi saya tak menafikan bahawa saya seorang gay. And I'm proud of it! Bukan saya minta menjadi seorang gay, memang saya dilahirkan begini. Bagaimana saya nak melawan nafsu dan dorongan saya kalau dah dilahirkan begini?"

Anda keliru?

Ingin saya nyatakan disini bahawa Shah ialah salah seorang pengikut blog gay Sherita Aziz seperti yang telah disingkap kegiatannya di laman blog Mazidul Akmal Sidik ( klik disini http://bit.ly/u0HeaW ). Tujuan Shah berjumpa dengan saya kerana dia tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditulis oleh abang Mazidul di blog beliau mengenai kegiatan gay di alam maya.

Shah mencapai Blackberry Torch nya untuk membalas pesanan ringkas daripada sahabatnya, sementara saya meminta segelas ais kosong daripada pelayan restoran. Maklum lah, senang dapat kencing manis, maka ais kosong lah saya teguk.

Shah menyambung bicaranya, "Saya tahu menjadi gay ini salah dari segi agama tapi seperti yang saya cakap, dimana Tuhan? Waktu saya main bontot lelaki lain, dimana Tuhan? Saya buat dosa, dimana balasan dari Tuhan? Orang cakap ingat balasan akhirat, eh tu kubur sendiri masing masing punya la. Balasan buat dosa didunia pun saya tak nampak, inikan pula balasan akhirat? Haha!"

Sungguh megah sekali dia berbicara. Tetapi saya diamkan diri lagi kerana mahu mendengar apa yang ingin dia luahkan lagi jauh dari sudut hatinya.

Walhal semasa menelefon saya untuk berjumpa dia amat takut apabila saya memberi cadangan agar abang Mazidul turut bersama menyertai kami.

"Kami warga gay memilih untuk menjadi gay walaupun dilahirkan Islam. Itu pilihan kami sendiri. Itu hak kami sebagai manusia. Jadi tolong lah respek kami dan jangan kacau kami lagi. Kalau tak suka, blah la dari blog tu. Apa susah? Kami bukan kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau kitorang?"

Sepanjang perbualan kami, jelas terpampang di wajah Shah bahawa dia sedang marah. Membelek jam tangan, saya tengok waktu sudah kian meningkat. Saya bertanyakan satu lagi soalan kepadanya.

"Kau mengaku kau Islam tapi kau mengaku kau gay. Kau ada buat solat lima waktu?"

"Solat bang. Cuma solat Jumaat sahaja, nak cover up takut orang banyak bertanya"

Saya padamkan rokok yang dihisap.

"Beginilah Shah. Bercakap pasal agama dengan kau memang tak jalan sebab kau dah hari hari dengar benda sama tapi tak makan saman. Nak menyuruh kau bertaubat, tak boleh kerana pintu hati kau belum terbuka. Nak paksa atau pukul kau untuk hentikan kegiatan kau memang tak boleh kerana Islam bukan agama paksaan dan bukan agama yang ganas".

"Betul tu bang, betul betul saya sokong". Pertama kali kulihat dia senyum sejak pertama kali dia duduk semeja dengan ku setelah sejam setengah.

"Saranan aku, kau keluar Islam. Tolong jangan kau cemar dan nodai nama baik agama Islam dengan kepuraan serta kegiatan songsang kau. Bila dah terbuka hati nak taubat, kami hulurkan dua tangan menjemput kau masuk Islam semula. Kedua, kau tukar warganegara. Memandangkan kau dah lupa asal usul kau dan kau rasa tidak bebas kau menjalankan aktiviti main bontot di negara ini. Kau boleh buat semua ini?"

Dia terdiam seribu bahasa.

"Kau cakap korang ada hak sebagai manusia, kami pun ada hak sebagai penduduk tanah air ini juga dan kami majoriti. Islam pegangan hidup kami, Malaysia tanah air kami. Abang Mazidul tegur kerana tidak mahu korang merebakkan penyakit kronik korang di kalangan anak bangsa kami".

Ketika ini muka Shah a.k.a gay hero kampung sudah mula merah padam.

"Aku nak quote ayat kau tadi tapi aku nak modify sikit je: Kalau tak suka, blah la dari agama dan negara kami, boleh kami katakan perkara yang sama juga pada korang. Kerana ini hak kami. Kalau balasan Tuhan pun kau boleh persoalkan, inikan pula keputusan untuk tukar agama".

Shah terus mengemaskan barang barangnya dan mengangkat kaki beredar tanpa berkata apa apa.

Weh dol! Air limau ais kau minum ni siapa nak bayar?

KREDIT kepada penulis ASAL: The Paranormal Life
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Bangang! Pengakuan Saya Islam Tapi Saya Gay!

Edisi Sentap Mak! Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece?

Oleh Kaki Wayang on

Laaaa, Ada Lagi Gay Melayu Yang Pernah Berkahwin Dengan Pasangan Sejenisnya?

Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.

Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.

Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.

Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap Mak! Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece?

Edisi Sentap! Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian!

Oleh Kaki Wayang on

Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.

Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.

Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas. Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

Sumber: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian!

Edisi Sentap! Perkahwinan Pemuda Melayu dan Pemuda Gay di Gereja!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com. Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat. Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’. Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Perkahwinan Pemuda Melayu dan Pemuda Gay di Gereja!

Edisi Sentap! Gambar Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan Teman Lelakinya!

Oleh Kaki Wayang on



Perkahwinan Ariff Alfian Rosli dan Jonathan
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Ariff Alfian Rosli berkahwin dengan Teman Lelakinya!