Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara, asteroid bersaiz 34 kilometer ini dapat dilihat, walaupun menerusi teleskop kecil dengan kecerahannya sekitar magnitud lapan dan mencecah sehingga magnitud tujuh.
"Asteroid 433 Eros tidak pernah berada sedekat sekarang sejak 1975, melainkan akan berlaku semula, kemungkinan pada 2056.
"Kejadian kali ini memberikan peluang baik untuk melakukan pencerapan kerana ianya boleh membantu kita melakukan pengiraan jarak dari Bumi ke Matahari dengan lebih tepat," katanya dalam kenyataan semalam.
Imej Asteroid 433 Eros dirakamkan pada 30 Januari 2012 menerusi teleskop berdiameter 20 inci di Observatori Negara Langkawi ini dijumpai pada 13 Ogos 1898, oleh ahli-ahli astronomi Carl Gustav Witt di Berlin dan Auguste Charlois di Nice.