PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Azwan Ali papar dunia pondan dalam bukunya. Show all posts
Showing posts with label Azwan Ali papar dunia pondan dalam bukunya. Show all posts

Betol-betol Hangat! ‘Saya pondan istimewa’

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEigxvuGJGtYJJgvxoTbRJ_SpStXGemhI8G9R5aRHytfPAV0E-xKFBX_wmvRUh6r-jOX62S5I1-yE4ybVzfB0L9VAfQg6BtB6EJMylZ4yRLf9hVO4NJh7pyt_bsG-r9sTwffD4y3PkAwKW8/s1600/PONDAN.jpg

“Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.

“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.

“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! ‘Saya pondan istimewa’

Edisi Sentap! Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar!

Oleh Kaki Wayang on

Azwan Ali ni memang tidak perlu dipersoalkan lagi mengenai kredebilitinya sebagai seorang yang cukup leser dari sudut percakapan dan tulisan. Banyak artikel dari blog ke laman sosial Twitter menjadi dakyahnya untuk menggunakannya kepada sesuatu yang tidak mahu kita baca. Akibat perbuatannya ini, pihak Astro dikhabarkan telah 'banned' nama Azwan Ali daripada masuk kedalam rangkaian TV itu melalui satu laman blog. Apataknya, terlalu fanatik dengan POLITIK, Tun Mahathir pon dilaserkannya.


Ah siapa yang tidak kenal akan si Azwan Ali yang kini semakin laser tidak pernah bertempat.

Jika tidak di’kaca televisyen, beliau akan luahkan perasaan tidak puas hati beliau yang tidak pernah habis ini ke laman Twitter.

Dahulu Azwan Ali memiliki blog dengan tulisan yang hampir tidak mampu kami baca, tetapi selepas beberapa isu, Twitter menjadi platform rasmi beliau.

Khabar terbaru yang masih belum di’sahkan oleh pihak yang terbabit mengatakan Astro telah pun mengambil tindakan gam terhadap Azwan Ali kerana kenyataan beliau yang berbaur sinis dan celupar yang di’tujukan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad baru baru ini.

Bukan itu sahaja, ada berita yang kami terima mengatakan telefon bimbit Azwan Ali turut di’rampas semalam kerana di’tuduh mengugut seseorang yang sering terlibat dengan kontroversi politik beliau.

Hmm. Hairan juga kami sebenarnya orang berpelajaran seperti Azwan Ali boleh menggunakan cara komunikasi seperti orang yang tidak belajar sivik. Bukan perkara baru, tetapi masih hairan.

VIA: Rotikaya dan Izyan

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Azwan Ali Kena Tindakan Gam Oleh Astro Kerana Celupar!

Edisi Sentap! Azwan Ali Kutuk Tun Mahathir dan Reaksi Blogger Semalaysia!

Oleh Kaki Wayang on



TINDAKAN Azwan Ali yang masuk campur pertelingkahan antara abangnya, Azmin dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang rasa kurang senang penulis-penulis blog yang bersimpati dengan Dr Mahathir.

Ramai menyifatkan Azwan Ali sebagai bapok tua yang lupa daratan dan perlu memohon maaf.

Walaupun bahasa yang digunakan agak kasar, mungkin ia dipengaruhi rasa marah yang tidak terkawal di kalangan penulis blog terbabit.

Blogger House PK berkata;

“Adik kau yang bapok tu pulak, apa nak diheran? Dia kini menjadi satu spesis LGBT yang luarbiasa, sama macam kau demi duit dia sanggup buat apa saja. Setakat komen dia dalam twitter tu apa nak heran? Dah keturunan rosak kan? nak buat macamana?.

Manakala blog Empayar Pemuda (EP) pula berkata;

EP nak tanya, apa salah Tun M pada pondan tua ni? Dah lupa ke jasa Tun M pada keluarganya terutamanya pada Azmin? Agaknya si pondan tua ni dah konfident sangat yang adiknya akan jadi PM kot, tu mulut macam jamban…mana la tau..kot-kot bila Azmin jadi PM, Azmin akan wujudkan kementerian pondan, supaya Azwan boleh jadi menteri….hahahahaha..

Blogger Kedah Ke KL pula;

Apa masalah dengan Gay tua sekor ni pun taktau la. Mungkin dia nak tunjuk sokongan kepada Abangnya si Azmin tu. Sebab tu dia sanggup kutuk Tun Dr Mahathir. Kalau sekalipun nak tunjukkan sokongan, tak payah la sampai nak menghina seorang negarawan.

Kalau ko rasa bagus sangat sebab ko ramai peminat, ko belum tengok penangan seorang negarawan terulung.

Mungkin Tun tak akan peduli, dan terusik pun dengan kata-kata ko. Tapi kami penyokongnya.. takkan duduk diam kalau ko cuba sentuh negarawan terulung tu nyahh...


Amboi! Amboi! Amboi ! Bukan main lagi si Bapok Tua kutuk nie tak jaga mulut. Memang mulut si BAPOK TUA nie laser mcm
lobang jubo dia.


Sejak bermain twitter, acapkali si Azwan Ali GAY TUA ini mengeluarkan kenyataan songsang dan berunsur lucah. Hahaha ini jenis binatang yang tak senang budi macam Azmin Ali. Hidup senang masa zaman Tun Mahathir tapi skang mudah lupa diri.

Aku malas nak layan si Azwan Ali GAY TUA nie tapi dah melampau sangat. Kalau nk bandingkan dia dgn Aznil Nawawi, jauh panggang dari api dari segi bakat dan glamer.


Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan ‘kepala otak kau’ sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan ‘kepala otak kau’ semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

“Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada,” katanya ringkas dan sinis.

Rasanya jawapan Dr Mahathir itu lagi pedas dan mendalam kan, mahu Azmin buat x-ray untuk tengok kepala dia ada otak ke takda.

Kredit: MyNewsHub

P/s: Agak terkesan dengan tindakan Azwan Ali..memandangkan Tun M merupakan salah seorang tokoh yang begitu aku minati..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Azwan Ali Kutuk Tun Mahathir dan Reaksi Blogger Semalaysia!

Betol-betol Panas! Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku

Oleh Kaki Wayang on

Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku 
 
Selepas setahun menanti, akhirnya buku luahan rasa tentang perjalanan hidup selebriti dan pengacara kontroversi bernama Azwan Ali selama lebih 21 tahun bakal menemui peminatnya minggu depan. Buku bertajuk Selamat Jalan Dunia...yang diterbitkan dan diedarkan oleh Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd itu disifatkan Azwan Ali cukup bermakna, sebagai menceritakan rentetan perjalan hidupnya yang dilimpahi pelbagai onak dan duri selama di cop sebagai selebriti pondan. 

"Inilah buku yang menceritakan kehidupan saya sebagai selebriti yang telah dicop sebagai pondan. Kebetulan pula, kehidupan saya diwarnai oleh dunia pondan dan oleh kerana itu saya terasa amat bersyukur. "Bukan itu saja, saya juga dilihat sebagai Raja Kontroversi dan insan yang sering dikaitkan dengan segala huru-hara. Inilah peluang saya untuk berkongsi pengalaman bersama peminat dan hanya menerusi buku ini saja mereka akan dapat membacanya secara eksklusif," katanya .


Azwan Ali berkata, sebagai permulaan, buku setebal 176 muka surat dan beharga RM21.90 itu telah diterbitkan sebanyak 5,000 salinan dan boleh didapati di semua kedai buku utama di seluruh negara bermula minggu depan. Bagaimanapun jelasnya, satu sesi istimewa untuk bertemu Azwan Ali dan mendapatkan buku berkenaan yang dilengkapi tandatangan akan diadakan di Restoran Starbucks, Ampang pada 19 Ogos ini (Jumaat) iaitu dua hari sebelum dia berangkat ke menunaikan Umrah di tanah suci Mekah.

"Setahun menunggu kelahiran buku bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Saya hampir kecewa kerana beranggapan buku ini hampir tidak menjadi kenyataan. "Saya tidak menyalahkan pihak penerbitan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menerbitkan buku ini kerana dalam tempoh itu sebanyak tiga kali manuskrip asalnya telah diubah dan ianya juga telah melalui proses suntingan yang terlalu banyak bagi mengelakan cerita mahupun topik yang sangat merbahaya.

"Walaupun begitu, saya pasrah. Kerana saya faham buku itu nanti akan dibaca masyarakat dan dari sudut itu saya sedar dan belajar banyak dengan pihak penerbitan untuk menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini," katanya.

Bercerita mengenai isu suntingan, Azwan Ali gembira apabila topik tulisannya yang menyentuh berkenaan tiga selebriti popular yang nama mereka bermula dari Siti telah berjaya menembusi proses suntingan. Tiga Siti yang dimaksudkan Azwan Ali, iaitu Siti Roziana Zain (Ziana Zain), Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff (Fauziah Latiff) dan Situ Nurhaliza Taruddin (Dato' Siti Nurhaliza) merupakan tiga individivu yang telah memberi implikasi hebat dalam hidupnya.

"Walaupun isu tiga Siti ini sudah lama berlalu tapi dalam buku ini saya cuba meluahkan perasaan saya terhadap mereka. Saya telah ditohmah dan dikeji kerana cinta saya ditolak oleh mereka bertiga dan dari situlah pengembaraan saya sebagai selebriti pondan bermula.

"Kepada tiga Siti yang dimaksudkan, saya mohon maaf sekiranya mereka masih tersinggung dengan apa yang ditulis dalam buku ini. Insya Allah saya akan berikan buku ini secara percuma kepada mereka dengan tangan saya sendiri," katanya.

Mengulas mengenai topik pondan yang ditulisnya dalam buku ini, Azwan Ali berkata ianya bersifat menyeluruh, apatah lagi kehidupannya sebagai selebriti terkenal sering dikelilingi oleh individu berjiwa pondan.

"Terus terang saya katakan di Malaysia memang ada ramai personaliti TV lelaki yang keliru, tetapi ramai yang hipokrit atau takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, tapi tidak buat Azwan Ali. Inilah juga antara isu yang ada dalam buku ini. "Ia bukanlah buku yang ditulis saya secara syok sendiri mahupun cerita kosong. Kerana saya turut membuat kajian dengan beberapa buku agama untuk dikaitkan dalam buku ini. "Ia tentang kehidupan saya, tentang luahan rasa hati dan saya pasti, ada mesej yang baik dalam buku ini. Baca dan ambillah iktibar untuk kita semua" katanya tersenyum.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Panas! Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku