PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Bayi maut dihempap pengasuh. Show all posts
Showing posts with label Bayi maut dihempap pengasuh. Show all posts

Edisi Simpati! Kakitangan Hospital Sultanah Aminah sebabkan bayi 6 hari meninggal!

Oleh Kaki Wayang on

PILU...Cassindra (kanan) dan anggota  keluarga selepas kehilangan bayi sulung. 

“Kering air mata kerana menangis, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak tersayang pergi selama-lamanya,” kata Cassindra Gelungan, 24, selepas bayi perempuannya, Angel Cassandra yang berusia enam hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, kelmarin.

Lebih menyayat hati, Angel yang meninggal dunia tepat jam 4.20 petang di unit rawatan rapi (ICU) HSA baru beberapa jam diberikan nama. Menurut Cassindra, hatinya luluh setiap kali melihat pakaian serta kelengkapan disiapkan untuk menyambut anak sulung itu yang langsung tidak disentuh berikutan pemergian Angel.

Yang membuatkan dia lebih terkilan, kejadian itu didakwa berlaku akibat kelalaian kakitangan HSA yang diamanahkan menjaga Angel.

“Saya melahirkan Angel ketika usia kandungan hanya lapan bulan pada jam 7.49 pagi, 4 Februari lalu di HSA dengan berat 1.85 kilogram. “Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan membawanya pulang berikutan Angel mengalami demam kuning tapi tidak serius,” katanya.

Menurut Cassindra yang berasal dari Gelang Patah, dia akur dengan arahan itu dan dijanjikan boleh membawa bayinya pulang pada 7 Februari. Bagaimanapun, katanya, ia sekali lagi ditangguh pada keesokan hari berikutan Angel belum pulih sepenuhnya akibat demam kuning.

“Saya datang semula ke HSA, Rabu lalu dan terkejut mendapati Angel tidak bertindak balas ketika saya memegang kakinya dan pada masa sama ada kesan susu kering pada bibir dan mulutnya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital.

“Saya memang kecewa, kami faham petugas perlu jaga ramai lagi bayi lain tetapi pada masa sama, mereka boleh melakukan pemeriksaan sekali lalu. “Jika ada yang tidak kena, pasti mereka boleh segera mengambil tindakan. Ini tidak, saya yang datang dari rumah terlebih dulu mengesan kejadian itu,” katanya.

Cassindra turut mendakwa, kakitangan HSA menyusukan bayi mereka menggunakan gelas kecil dan ia dipercayai punca Angel tersedak. Selain itu, Cassindra mendakwa, bayinya tidak ditempatkan di dalam inkubator walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, malah Angel hanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas kejadian terbabit. Sementara itu, bapa Angel, Jacbelin Jemmy, 23, berkata dia kecewa apabila kakitangan HSA gagal memberikan sebab terperinci bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Jacbelin yang bertugas sebagai jurukimpal berkata, dia tidak mengharapkan pampasan tinggi, sebaliknya mahukan keadilan supaya perkara sama tidak menimpa pasangan lain.

“Nilai nyawa manusia tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, yang pergi tidak akan kembali, tetapi kami harap perkara ini tidak berulang. Cukuplah hanya kami yang merasai kesedihan akibat kehilangan insan tersayang.

“Kami juga bercadang mengambil tindakan undang-undang tetapi buat masa sekarang, kami perlu menguruskan soal pengebumian anak,” katanya.

Mayat Angel disempurnakan di Tanah Perkuburan Selesa Jaya, pagi semalam. Jacbelin turut membuat laporan berkaitan kejadian di Balai Polis Sentral Khamis lalu, untuk tindakan selanjutnya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Simpati! Kakitangan Hospital Sultanah Aminah sebabkan bayi 6 hari meninggal!

Betol-betol Kejam! Tanam janin tepi sungai!

Oleh Kaki Wayang on

SEORANG penduduk Lorong Tenggiri menunjukkan tempat janin ditanam di kawasan tebing sungai, Lorong Tenggiri 10, Seberang Jaya.
Rasa curiga seorang wanita terhadap tindakan sepasang kekasih yang mengorek serta menimbus semula lubang yang mereka gali berhampiran sungai di Lorong Tenggiri 10, dekat sini, petang kelmarin membawa kepada penemuan janin. Wanita yang enggan dikenali itu, berkata dia berasa curiga apabila melihat pasangan terbabit memberhentikan motosikal mereka di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan menuju ke arah sungai berhampiran. 
 
“Saya nampak lelaki itu mengorek lubang menggunakan penyodok, manakala wanita yang berbaju kurung itu pula kelihatan gelisah sambil memerhati keadaan sekeliling.

“Saya hanya memerhati gerak geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, kelmarin.

Beliau berkata, pasangan berkenaan beredar dalam keadaan tergesa-gesa selepas mengambil masa kira-kira 20 minit mengorek serta menimbus semula lubang itu.

“Hati saya tertanya-tanya apa yang mereka tanam di kawasan berkenaan dan dengan ditemani suami, kami mengorek lubang itu. Suami saya mengorek dengan berhati-hati dan kami terkejut apabila menemui janin yang sudah cukup sifat di dalam lubang itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan awal mendapati janin itu berusia lima bulan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kejam! Tanam janin tepi sungai!

Betol-betol Simpati! Bayi maut dihempap mayat pengasuh gemuk

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjduy4-6JRaLNcT86pmNe14wZUIpRFIcDKybYHl-zNe-S5bTSnSl4S9MIWCfWNOPTC5ij0GOHLZqLG8ECaHuyKQLg7FWZVEddnu7pRH92vFlBuYACfqZ4uqJ38hbsYgtWy_GHfzMEvyW_Sx/s1600/2.jpg
Sekadar Gambar hiasan

Bayi lelaki berusia sebulan dan anak kepada wartawan televisyen mati akibat kelemasan apabila pengasuhnya rebah dan maut lalu menghempap bayi malang itu. 

Michael Baldwin II yang bekerja di stesen berita 12 New York, berkata, dia meminta Teresa Coffey, 39, menjaga anak lelakinya selepas dipanggil bekerja Khamis lalu. Bagaimanapun, selepas panggilan dibuat ke kediamannya beberapa kali dari tempat kerja tidak berjawab, dia bergegas pulang ke kediamannya di Greenlawn di sini dan menemui bayinya, Michael Baldwin III dan Teresa sudah meninggal dunia. Baldwin memberitahu Newsday: “Anak saya bagaikan nyawa saya. Dan kini dia sudah tiada lagi.” Teresa yang berketinggian 1.67 meter dan berat melebihi 90.7 kilogram ditemui di atas bayinya kira-kira jam 9.30 malam sebaik Baldwin tiba di rumahnya. Wartawan TV itu menemui Teresa rebah di atas sofa tetapi gagal menemui anak lelakinya.

“Saya mencari di setiap bilik sambil memanggil namanya, Michael, Michael,” katanya.

Apabila dia gagal menemui anak lelakinya itu, dia pergi semula ke ruang tamu di mana Teresa tertiarap dengan lututnya terjulur ke lantai.

“Saya ada terfikir mungkin Teresa rebah di atas bayi saya. “Saya kemudian mengangkat tubuh Teresa dan melihat Michael di bawahnya.“Dia kelihatan pucat...saya lalu mendukung dan memanggil namanya walaupun saya tahu dia mungkin sudah tiada lagi,” katanya. Teresa adalah rakan isteri Baldwin.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Bayi maut dihempap mayat pengasuh gemuk