Carlos Tevez mendakwa Pengurus Manchester City, Roberto Mancini
melayannya "seperti anjing" dalam insiden yang menyebabkan penyerang
Argentina itu meninggalkan daripada pasukannya yang kini mendahului Liga
Perdana Inggeris (EPL).
Tevez berkata, Mancini adalah seorang yang bengis dan mengeluarkan
kata-kata lucah terhadapnya ketika tewas kepada Bayern Munich dalam
perlawanan peringkat kumpulan Piala Liga Juara-Juara Eropah, September
lalu.
Ia berikutan keengganan Tevez untuk bersiap sedia dari bangku simpanan. Susulan kejadian itu, Tevez tidak beraksi untuk City sejak 27 September,
tetapi kembali ke kelabnya hari ini sebagai usaha memulihkan karier
beliau selepas digantung lebih tiga bulan.
Sementara itu, Mancini menyatakan kesediaan untuk berdamai dengan
Tevez selepas bekas penyerang Manchester United itu memohon maaf kepada
pengurusnya.
Sila baca selanjutnya → Edisi Sentap! Carlos Tevez Sentap Roberto Mancini Layan dirinya seperti anjing!