PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

TAKAFUL IKHLAS : IKHLAS EDUCATION CLASSIC (Khas untuk anak-anak anda)

Oleh Kaki Wayang on

Pengenalan

MENABUNG UNTUK MASA DEPAN ANAK ANDA SAMBIL MENIKMATI PULANGAN YANG LEBIH BAIK

Model IKHLAS kami membenarkan bahagian yang lebih besar daripada akaun peserta digunakan untuk tujuan pelaburan di mana ini membolehkan peserta menerima kadar pulangan yang lebih optima. Ia juga membenarkan peruntukan pendapatan pelaburan dan lebihan yang lebih kerap kepada akaun pelaburan. Pelaburan semula pendapatan pelaburan dan lebihan ini sesegera mungkin, menjadikan jumlah perolehan pulangan keseluruhan adalah lebih baik.

Memiliki pendidikan sempurna adalah pasport ke arah membina kehidupan bahagia. Anda akur dengan kenyataan ini, sebab itulah anda sentiasa inginkan hanya yang terbaik untuk pendidikan anak anda. Memandangkan kos pendidikan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, anda perlu merancang dari sekarang. Kami sedia membantu. Untuk itu, kami perkenalkan anda dengan IKHLAS EDUCATION CLASSIC.

Ianya merupakan pelan yang membantu anda menabung sejumlah kecil wang setiap bulan. Tanpa disedari jumlah yang terkumpul, cukup untuk membiayai pendidikan anak anda di masa depan. Selain itu, pelan ini juga menawarkan anda perlindungan sekiranya ditakdirkan anak anda meninggal dunia atau kehilangan upaya. Dan anda diberi pilihan fleksibel untuk membuat sumbangan antara 6 hingga 23 tahun sehingga tempoh matang sijil.

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Education Classic?
Berikan anak anda nikmat perlindungan insurans di saat anda menabung untuknya. Pelan ini dicipta khusus untuk kanak-kanak berumur antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda boleh merancang untuk pendidikan mereka seawal yang mungkin. Dengan pelan istimewa ini akan menikmati manfaat-manfaat berikut:-

Manfaat Kematian & Kehilangan Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)
Sekiranya ditakdirkan berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh menimpa anak anda sebelum tempoh matang sijil, jumlah perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul perlindungan akan dibayar sekaligus berserta dengan jumlah terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) kepada anda. Sekiranya kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh berlaku sebelum anak anda mencapai umur lima (5) tahun pada harijadi seterusnya jumlah perlindungan yang akan dibayar adalah seperti berikut:-

Kenapa IKHLAS Education Classic Takaful?

MANFAAT KEMATANGAN
Sebaik sahaja sijil matang, anak anda akan menerima secara sekaligus sejumlah wang, setara dengan jumlah yang terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA).

PENGELUARAN WANG TUNAI
Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) bagi setiap pengeluaran.

PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi (PIA) peserta.

ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG
Mereka yang menyertai pelan ini akan diberi anugerah untuk pencapaian cemerlang di peperiksaan UPSR, PMR atau SPM. Manfaat ini hanya akan dibayar sekiranya pada tarikh peperiksaan, sijil telah berkuatkuasa untuk tempoh minimum tiga (3) tahun. Manfaat anugerah adalah RM100 untuk setiap markah A yang dicapai di dalam semua matapelajaran UPSR (minimum 5A), PMR (minimum 7A) atau SPM/SPVM (minimum 7A).

SYARAT DAN HAD UMUR
Umur : 30 hari- 12 tahun (umur pada harijadi berikutnya)
Jumlah perlindungan : Minimum RM 10,000, Maximum RM 150,000
Tempoh tamat umur penyertaan : 18-23 tahun (Berdasarkan umur peserta)
Tempoh perlindungan : 6-22 tahun

Contoh perkiraan/ ilustrasi bagi yang mencarum/menyumbang/ membayar RM100 sebulan:
Dengan mencarum RM100* sebulan, anda akan mendapat manfaat-manfaat berikut:

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
(Minimum UPSR = 5A, PMR = 7A, SPM = 7A) 1A = RM 100

MANFAAT PEMBAYAR
Sumbangan dikecualikan jika pembayar:
  1. Meninggal dunia
  2. Hilang upaya kekal menyeluruh
  3. Ditimpa 40 penyakit kritikal
MANFAAT ANAK
  1. Manfaat kematian/ Hilang upaya kekal menyeluruh (RM14,500)
  2. Manfaat kematiankemalangan/ Hilang upaya kekal menyeluruh (RM34,000)
  3. Manfaat kemalangan separa kekal (mengikut %) (RM 10,000)
  4. Dana 40 jenis penyakit kritikal tambahan (RM10,000)
  5. Manfaat Harian Hospital (mengikut jumlah hari) (RM20 sehari)
TABUNG PENDIDIKAN
  1. Tempoh matang/ serahan (RM 33,725)
PELEPASAN CUKAI
  1. Maksima sehingga RM3,000
Call me : 011-12123391/ 014-8383019
Email : puterabiru84@yahoo.com
atau tinggalkan no telefon anda di ruangan comment..saya akan menghubungi anda secepat mungkin..
Sila baca selanjutnyaTAKAFUL IKHLAS : IKHLAS EDUCATION CLASSIC (Khas untuk anak-anak anda)