PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Farhan AF bertunang. Show all posts
Showing posts with label Farhan AF bertunang. Show all posts

Edisi Hangat! Teka-teki siapa tunang Farhan terjawab!

Oleh Kaki Wayang on


KALI pertama Farhan Akademi Fantasia (AF4), 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, dipertemukan pada majlis sambutan hari jadi Farhan yang ke-22 pada tahun 2006. Mereka tidak menyangka perkenalan itu boleh menimbulkan bibit-bibit cinta seterusnya membawa mereka ke fasa perhubungan yang lebih serius iaitu pertunangan.

Masakan tidak, hubungan cinta yang terjalin erat selama dua tahun kemudiannya dipisahkan antara benua dek kerana kekasih hati terpaksa melanjutkan pelajaran ke United Kingdom selama hampir empat tahun.
Tidak gentar dengan dugaan sebegitu, pemilik sebenar nama Nur Farhan Azizan, begitu setia menunggu sang kekasih. Sebaliknya, kekasih hati nun jauh pula resah gelisah meninggalkan buah hati yang semakin mencipta nama di Malaysia.

"Kami dipertemukan oleh Kak Nur iaitu salah seorang rakan kelab peminat saya ketika sambutan hari jadi saya pada tahun 2006. Rashdan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 2008.

Selama tiga tahun kami menjalinkan percintaan jarak jauh, banyak kesukaran yang kami hadapi. Dia risaukan saya kerana saya artis. Takut ada skandal tetapi saya jaga semuanya dan tahu batas-batas dalam perhubungan," ujarnya kemudiannya terus disunting Rashdan setelah pulang dari United Kingdom kira-kira empat bulan lalu.

Lantas setelah hampir tujuh tahun menyulam cinta akhirnya Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari lalu di Flora Amwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pertunangan mereka sekali gus melenyapkan teka-teki media bahawa teman lelaki yang beberapa kali mengikutnya ke majlis-majlis hiburan yang disangkakan pengurus Farhan rupa-rupanya seorang pengurus akauntan di Petronas.

Ditanya mengenai cabaran sepanjang percintaan jarak jauhnya, Farhan mengaku pernah berdepan pergaduhan sehingga menyebabkan mereka tidak berhubung selama dua bulan. Namun, semuanya kembali baik tatkala Rashdan menghubunginya semula.

"Selama dia berada di sana pelbagai sistem komunikasi telah kami gunakan. Antaranya, Yahoo Messenger, Skype, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi demi mengeratkan lagi hubungan. Namun, adat bercinta jarak jauh kami juga berdepan dengan pergaduhan dan terputus hubungan selama dua bulan," ujarnya yang manis dalam persalinan kelabu dan ungu hasil rekaan Syarakim ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, ungkap Farhan, mereka memerlukan masa kira-kira setahun untuk memberi masa kepada masing-masing mengukuhkan karier sementelah tunangnya baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pengurus akauntan.

Ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Rashdan sehingga dirinya terpikat kepada jejaka itu, ujar Farhan, tunangnya seorang yang sangat memahami walaupun pemikirannya agak konservatif.

"Saya ini seorang yang berfikiran terbuka. Tetapi Rashdan tidak. Dia agak konservatif. Itu salah satu sebab saya tertarik kepada dia. Saya rasa lelaki yang berfikiran begini boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang sangat memahami. Malah, dia tidak menghalang saya untuk terus aktif menyanyi selepas berkahwin nanti," tuturnya.

Pada majlis pertunangan itu, Farhan menerima sebentuk cincin emas putih bertakhtakan berlian yang disarungkan oleh bakal mentuanya, Faridah Hussin.

Menariknya, tidak seperti kebanyakan majlis pertunangan yang lain, majlis pertunangan Farhan tidak dihadiri oleh tunangnya, Rashdan.

Menurut Farhan, perkara tersebut (ketidakhadiran Rashdan) memang dirancang kerana mereka mahu kesederhaan dan mengikut adat lama.

Farhan turut menerima lima dulang hantaran berupakan manisan iaitu kek cawan, buah-buahan, pot pouri, sirih junjung dan sedikit wang perbelanjaan sebagai tanda pertunangan. Pihak Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang juga berupakan manisan iaitu kek cawan, al-Quran, buah-buahan, kek fondant, sejadah dan sirih junjung.

Pasangan itu sepakat untuk memberi hantaran sepersalinan ketika hari pernikahan kelak. Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Teka-teki siapa tunang Farhan terjawab!

Edisi Hangat! Kisah disebalik Pertunangan Farhan AF (Gambar)!

Oleh Kaki Wayang on




Majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga rapat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan ibu kepada Rashdan, Faridah Hussin, menyarungkan cincin ke jari manis Farhan selepas kedua-dua belah keluarga mengadakan perbincangan.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran yang terdiri daripada kek cawan, buah anggur, bunga rampai, cincin pertunangan bersama wang pembuka hantaran, dan sirih junjung. Pemberian ini dibalas dengan  tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan. Farhan menghadiahkan dua naskah Al-Quran, sejadah, coklat, kek cawan, kek, buah-buahan dan Sirih Junjung.


Mengulas tentang pertunangannya itu, Farhan yang ditemui selepas majlis berakhir memberitahu dia dan Rashdan mengambil keputusan untuk bertunang selepas melalui pengalaman percintaan jarak jauh selama tiga tahun.

“Kami terpaksa berpisah kerana ketika itu Rashdan perlu menyambung pelajaran di United Kingdom. Selama tiga tahun kami menjalinkan percintaan jarak jauh dan banyak kesukaran yang kami hadapi. Selepas Rashdan pulang ke Malaysia kira-kira empat bulan lalu, kami telah mengambil keputusan untuk bertunang dahulu sebagai tanda perhubungan kami ini memang serius. Tentang perkahwinan, kami perlukan masa kira-kira setahun lagi untuk memberi masa kepada masing-masing mengukuhkan karier. Lagipun, Rashdan baru sahaja memulakan tugasnya sebagai Pengurus Akaun,” ujar Farhan.


Ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Rashdan sehingga dirinya terpikat kepada jejaka itu, Farhan memberitahu lelaki itu seorang yang sangat memahami walaupun pemikirannya agak konservatif.

“Saya ini seorang yang berfikiran terbuka. Tetapi Rashdan tidak. Dia agak konservatif. Itu salah satu sebab saya tertarik kepada dia. Saya rasa lelaki yang berfikiran begini boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang sangat memahami. Malah, dia tidak menghalang saya untuk terus aktif menyanyi selepas berkahwin nanti,” ujar Farhan lantas menguntum senyuman.

Pasangan ini diperkenalkan oleh rakan Farhan ketika sambutan harijadinya yang ke 22 tahun. Ketika itu Farhan baru sahaja selesai bersama Akademi Fantasia musim keempat.

Kredit: Gua
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kisah disebalik Pertunangan Farhan AF (Gambar)!

Edisi Hangat! Gambar dan Kisah disebalik Pertunangan Farhan AF dan Rashdan!

Oleh Kaki Wayang on


Penyanyi Farhan Azizan, 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmWalk, di sini, Ahad. Farhan berkata perhubungan cinta yang agak lama iaitu selama enam tahun itu membuatkan dia dan Rashdan memutuskan untuk menjalinkan ikatan pertunangan sebelum meneruskan ke fasa perkahwinan.

"Buat masa ini, kedua-dua belah pihak keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan pernikahan kami pada tahun hadapan, tetapi belum memilih tarikh yang sesuai.

"Majlis resepsi pula akan diadakan di dua tempat iaitu di rumah Rashdan di Kuantan dan Kuala Lumpur pula di pihak saya.

"Jangka masa setahun pertunangan ini dibuat kerana Rashdan baru sahaja memulakan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan di syarikat Petronas dan dia ingin mengukuhkan kariernya dahulu sebelum bergelar suami," katanya.

Rashdan sebelum ini melanjutkan pengajiannya dan bekerja di United Kingdom (UK) selama tiga tahun. Pada majlis tersebut, Farhan mengenakan busana rona kelabu dan ungu rekaan Syarakim. Selain itu, bekas Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) itu turut menerima sebanyak lima dulang hantaran iaitu sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah buahan dan wang hantaran permulaan (mengikut adat keluarga Farhan di Johor).

Manakala Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan dua buah kitab Al-Quran.

Tambah Farhan, dia bersyukur apabila perhubungannya dengan Rashdan yang agak lama itu sudah hampir ke fasa perkahwinan walaupun melalui pelbagai dugaan cinta.

"Diakui, bukannya mudah apabila berjauhan, lebih-lebih lagi Rashdan berada di UK selama tiga tahun. Kami menggunakan pelbagai kemudahan untuk berhubung seperti menerusi SMS, Skype, BBM, Yahoo Messenger, Facebook dan sebagainya yang boleh membuatkan kami berkomunikasi. "Malah kami pernah bergaduh sehinggakan tidak berhubung selama dua bulan, namun perhubungan kami kembali normal selepas Rashdan memujuk saya," selorohnya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar dan Kisah disebalik Pertunangan Farhan AF dan Rashdan!