PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hafiz AF Juara AJL. Show all posts
Showing posts with label Hafiz AF Juara AJL. Show all posts

Edisi Hangat! Alyah Sanggup Ambil Suntikan Kerana Sakit Semasa AJL26!

Oleh Kaki Wayang on

Tiada siapa tahu akan keperitan penyanyi Alyah yang menanggung kesakitan demi menjayakan persembahannya di atas pentas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) pada malam Ahad lalu. Di sebalik paduan vokalnya yang mendayu serta penampilannya yang menawan bersama busana rekaan Hatta Dolmat, Alyah berperang dengan kesengsaraan.

Bagi memastikan persembahannya malam itu mantap tanpa sebarang gangguan, perangkul Anugerah Persembahan Terbaik AJL26 itu sebenarnya telah mendapatkan suntikan doktor, sehari sebelum majlis berprestij itu berlangsung.

Semuanya gara-gara dia mengalami demam yang teruk selama seminggu sehingga dipercayai dapat menganggu konsentrasi serta kualiti persembahannya pada malam final berkenaan. Dihubungi semalam, Alyah berkata dia terpaksa mendapatkan suntikan daripada pihak doktor bagi memastikan persembahannya terlaksana.

“Sudah seminggu sebenarnya Alyah demam dan kerana takut suara Alyah tidak keluar ketika di AJL, Alyah telah meminta doktor supaya memberikan suntikan.

“Doktor telah bersetuju. Bagaimanapun dia telah memberi tahu Alyah bahawa suntikan itu akan memberi kesan kepada kesihatan Alyah sehari selepas suntikan itu diberikan. Jadi mahu atau tidak, terpaksa Alyah ambil suntikan itu juga,” jelasnya.

Ternyata memang benar.Ketika dihubungi , Alyah kedengarannya agak sukar mengeluarkan suara, malah juga enggan menjawab sebarang panggilan kerana mahu berehat.

“Tak mengapalah. Asalkan Alyah tidak mengecewakan peminat ketika membuat persembahan di AJL. Biarlah Alyah tahan rasa sakit sikit ini. InsyaAllah demam ini akan sembuh tidak lama lagi,” katanya yang sentiasa positif.

Bercerita mengenai konsep persembahannya pada malam berkenaan, penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor itu telah mengeluarkan duit sakunya sendiri bagi memastikan konsep persembahan yang diimpikannya itu terlaksana.

Menggunakan khidmat dua selebriti popular, Remy Ishak dan Along Raja Lawak sebagai kekuatan persembahan Kisah Hati, penyanyi berusia 31 tahun itu telah menggunakan konsep fairy tale di mana Alyah telah memegang watak sebagai patung dari kotak muzik.

Dia telah mengeluarkan perbelanjaan melebihi wang kemenangannya (RM10,000) bagi mendapatkan set pentas yang indah meliputi pentas ala music box, lampu hiasan dan teknik pencahayaan yang memberangsangkan.

“Alhamdulillah, pihak TV3 banyak membantu merealisasikan impian Alyah. Tak sanga pula, dalam keadaan kesihatan Alyah yang tidak mengizinkan dan konsep persembahan yang ringkas itu telah berjaya membawa kemenangan kategiri persembahan terbaik.

“Ribuan terima kasih juga Alyah ingin ucapkan dengan kehadiran Along Raja Lawak yang telah berjaya membawa watak badut.

“Malah paling Alyah tidak sangka sekali, apabila Remy Ishak telah bersetuju untuk datang di saat akhir bagi menjayakan persembahan Alyah. Memang satu kemenangan yang tidak di sangka,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Alyah Sanggup Ambil Suntikan Kerana Sakit Semasa AJL26!

Edisi Hangat! Tuah Awan Nano!

Oleh Kaki Wayang on

JUARA...M Nasir, Buddhi dan Hafiz meraikan kemenangan.
Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.
Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi. Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.

Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).


Buat kali pertamanya, acara gilang-gemilang itu diadili oleh 30 juri daripada pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diketuai komposer terkenal, Azmeer. Malah, Anugerah Juara Mobile yang diadili berdasarkan lagu paling banyak dimuat turun dengan kerjasama Celcom dimenangi lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim. Berbeza dengan AJL pada tahun-tahun sebelumnya, acara kali ini hanya menggandingkan Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai hos tanpa Ally Iskandar yang kini sedang bercuti selepas melangsungkan majlis perkahwinannya.

Selain menyaksikan finalis yang bertanding, AJL25 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Raja Pop, Jamal Abdillah; Raja Rock, Awie dan Ratu Jazz, Datuk Shiela Majid, manakala interlude istimewa mengenai Sudirman, membabitkan Black, Hazama dan Azlan The Typewriter. Acara pada malam itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta Hot FM selaku penyiar radio rasmi.

Upacara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Tuah Awan Nano!