PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hanna the Movie. Show all posts
Showing posts with label Hanna the Movie. Show all posts

Betol-betol Hangat! Rahsia gadis pembunuh

Oleh Kaki Wayang on

http://screenrant.com/wp-content/uploads/Hanna-official-movie-trailer.jpg
 
Filem: Hanna
Genre: Aksi, Thriller, Drama
Pengarah: Joe Wright
Pelakon: Saoirse Ronan, Eric Bana, Cate Blanchett, Tom Hollander, Olivia Williams, Jason Flemyng Tayangan: Mulai 21 Julai 201

PERMULAAN filem ini bagai menjanjikan kisah yang bakal menggegarkan panggung serta dada penonton apabila membaca sinopsisnya dikira cukup menarik. Kisah seorang anak remaja dilatih bapa sendiri sebagai pembunuh sempurna, memang kedengaran amat mengujakan.

Visual seorang remaja perempuan memburu rusa di sebuah kawasan hutan bersalji di Finland, diikuti babak seorang bapa mengajar remaja terbabit selok belok cara mempertahankan, seterusnya menyelamatkan diri daripada cengkaman musuh, terus mencengkam perasaan, apatah lagi persekitaran muram bumi yang diliputi putih salji dikira mempesonakan.

Setengah jam pertama, Hanna, arahan Joe Wright (sutradara The Soloist, Atonement, Pride & Prejudice) memang meyakinkan. Bagaimanapun, keseronokan menonton sedikit merosot apabila remaja itu mula keluar daripada lokasi persembunyiannya.

Memang masih ada elemen mendebarkan dan komedi yang sedikit sebanyak mengubat kebimbangan penonton, andai jalan ceritanya membuatkan mereka terus dilanda kebosanan, namun ia belum cukup untuk meletakkan filem ini setanding judul dalam kategori hampir sama.

Pada mulanya ia dilihat seakan menjurus kepada karya seperti The Bourne Identity ataupun The Bourne Supremacy, filem genre aksi thriller yang dianggap berkesan dan menghiburkan, sayangnya Hanna gagal menyamai, apatah lagi untuk menandingi filem terbabit.

Aksi dipaparkan juga kurang menyengat, seakan dibuat ala kadar. Biarpun tidak masuk akal untuk remaja belasan tahun punya kemahiran begitu tinggi hingga mampu menumpaskan dengan mudah lawan yang nyata lebih gagah dan besar, namun plot filem ini punya rahsia sendiri dan hakikatnya juga ia masih sebuah cereka, di mana segala-galanya mampu menjadi kenyataan.

Begitupun, tahap aksinya masih jauh ketinggalan berbanding babak pergaduhan mahupun pertarungan filem aksi lain yang pernah menemui penonton sebelum ini. Nasib baik elemen kelakarnya berjaya dicetuskan apabila Hanna ditemukan dengan sebuah keluarga yang melancong bersama van kembara. Anak perempuan pasangan pengembara itu mencuri perhatian dengan dialog dan wajah tanpa emosinya.

Begitupun, pendukung watak utama, Saoirse Ronan, tetap memberikan persembahan begitu meyakinkan. Dia pelakon muda yang cukup berpotensi untuk terus menonjolkan bakat hebat di arena lakonan antarabangsa. Andainya pelakon Irish ini terus beraksi di bawah pengarah berkaliber, pasti suatu hari trofi Bafta, Golden Globe, mahupun Oscar berada dalam genggamannya.

Filem ini mengetengahkan watak Hanna, dipaparkan sebagai bukan remaja biasa. Dia memiliki kekuatan, stamina dan kepintaran bak seorang tentera. Semua itu hasil asuhan bapanya, bekas ejen CIA, di kawasan pedalaman Finland. Cara dia dibesarkan semata-mata untuk menjadikannya pembunuh yang tiada kelemahan. Titik tolak alam dewasa Hanna bermula sebaik saja dia menggalas misi yang disusun bapanya. Hanna merentasi Eropah, di samping mengelak daripada ditemui ejen yang dihantar seorang wanita tidak berperikemanusiaan. 



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Rahsia gadis pembunuh