PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts
Showing posts with label Harimau Muda. Show all posts

Edisi Sentap! Muslim Ahmad Kecewa Dianggap Punca Skuad Negara Tewas!

Oleh Kaki Wayang on

PERTAHANAN tengah Harimau Muda, Muslim Ahmad mengakui sedikit terkilan apabila ada segelintir peminat menyalahkan dirinya di atas kekalahan 2-1 kepada Bahrain dalam perlawanan kelayakan Olimpik Kumpulan C di Manama, Ahad lalu. 

Pada perlawanan itu, skuad kendalian Ong Kim Swee hampir membawa pulang mata pertama apabila Ahmad Hazwan Bakri menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 1-0, tetapi kesilapan barisan tengah yang membiarkan lawan merampas bola berhampiran kotak penalti menyebabkan Bahrain memastikan kemenangan.
 
Dua pertahanan, termasuk Muslim terjatuh apabila Husain Al-Farhan yang merampas bola daripada pemain tengah, menggelecek dua pertahanan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

“Memang pertahanan sering disalahkan dalam situasi begini, tetapi bola sepak adalah permainan sepasukan dan kami sama-sama bertanggungjawab di atas padang,” kata Muslim mengenai gol kemenangan Bahrain yang dikatakan berpunca daripada kesilapannya.

“Saya memohon maaf jika kesilapan saya menyebabkan skuad negara tewas, tetapi saya bukan sengaja mahu terjatuh. Ketika itu saya sudah naik ke atas dan terpaksa berpatah balik dengan pantas untuk menutup ruang ketika lawan merampas bola.

“Permukaan padang licin juga antara punca saya terjatuh. Saya faham kekecewaan rakyat Malaysia tetapi kami lebih merasai kekecewaannya. “Walaupun peluang ke Olimpik sudah tertutup, baki dua perlawanan menentang Jepun dan Syria tetap akan kami hadapi dengan penuh semangat bagi mempertahankan maruah pasukan dan negara.”

Muslim akan bersama Terengganu sehingga 18 Februari ini sebelum dipanggil semula menyertai kem Ong Kim Swee menjelang pertemuan dengan Jepun, 22 Februari ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Muslim Ahmad Kecewa Dianggap Punca Skuad Negara Tewas!

Edisi Harimau Malaya! Buruan ke London belum tamat

Oleh Kaki Wayang on


LALUAN SKUAD Harimau Muda ke temasya Olimpik London 2012 tampak sukar apabila kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut pada sesi kelayakan peringkat Kumpulan C lalu. Bagaimanapun, harapan hanya akan kembali menyinar sekiranya mereka berjaya memenangi baki tiga perlawanan yang bermula Februari depan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, baki tiga perlawanan perlu ditawan anak didik Ong Kim Swee bagi menebus kembali kekalahan sebelum ini.

“Saya yakin mereka mampu mencipta kemenangan setelah mendapat rehat dan latihan yang cukup. Impian kita ke London masih belum berakhir kerana saya percaya mereka akan lakukan yang terbaik dalam siri tiga perlawanan tahun depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai dakwaan habuan RM30,000 kepada pemain sempena kemenangan Sukan Sea 2011 menyebabkan kekalahan negara, Hamidin menegaskan ia dakwaan tidak berasas bagi menjejaskan reputasi bola sepak negara.

“Habuan yang diberikan adalah setimpal dengan apa yang mereka lakukan untuk negara. Kekalahan kepada Bahrain terjadi kerana kita terlalu leka untuk mencatat kemenangan sedangkan perlawanan masih belum tamat. “Malah, mereka juga masih letih setelah melalui jadual perlawanan yang padat. Saya percaya pasukan akan lebih kuat dan mampu menang baki perlawanan selepas ini,” katanya.

Skuad Olimpik yang diketuai Khairul Fahmi Che Mat tiada pilihan lain andai mahu mara ke London tahun depan dengan merebut slot play off dan pemain Kim Swee perlu menang kesemua pertemuan berdepan Jepun, Syria dan Bahrain serta mengharapkan pasukan tangga kedua kumpulan, Syria tewas kesemua baki perlawanan.

Kali terakhir pasukan negara layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.
Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat.

Sila baca selanjutnyaEdisi Harimau Malaya! Buruan ke London belum tamat

Betol-betol Gempak! Norshahrul "Supermokh" Negara!

Oleh Kaki Wayang on

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam.

TERBAIK...Annuar (kanan) menyampaikan Anugerah Supermokh kepada Norshahrul semalam. 

PENYERANG Terbaik 2011, Norshahrul Idlan Talaha tidak berminat mengikut jejak langkah rakan baiknya, Mohd Safee Sali berhijrah ke Indonesia meskipun mengakui menerima banyak tawaran lumayan beraksi bersama kelab Liga Super negara jiran itu.

Dia yang turut menerima anugerah Supermokh selaku Pemain Paling Bernilai pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 semalam menyatakan tidak tertarik untuk beraksi di Indonesia, sebaliknya lebih berminat untuk mewakili kelab di Vietnam atau Thailand.

“Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab Indonesia sejak Safee mula berpindah ke negara itu. Tapi bagi saya sendiri, saya sebenarnya lebih berminat untuk beraksi di Vietnam atau Thailand.

“Buat apa saya mahu pergi ke Indonesia sebab kita lebih baik berbanding mereka. Sukan Sea pun kita boleh mengalahkan mereka. Kalau hanya sebab sokongan penyokong kelab di sana bagus, penyokong di Kelantan juga bagus,” katanya yang ditemui pemberita semalam.

Norshahrul, 25, yang turut senang disapa dengan panggilan Mat Yo mengakui dirinya masih mahu memberikan komitmen bersama juara Liga Super, Kelantan selepas menandatangani kontrak baru selama dua tahun.

Dia yang meledak 19 gol musim lalu bagaimanapun terkejut dengan anugerah Supermokh yang diterimanya itu kerana menjangkakan rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat turut berpeluang cerah.

“Saya sebenarnya terkejut kerana menerima anugerah Supermokh yang pertama kali diperkenalkan tahun ini kerana Apek (Khairul Fahmi) beraksi banyak perlawanan. Apapun saya berterima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu,” katanya yang turut meraih dua anugerah sama tahun lalu.

Mengulas mengenai sasarannya selepas ini, Norshahrul mahu memberi fokus untuk membantu Kelantan merebut trofi di peringkat domestik dan juga dalam kempen kejohanan Piala AFC.

Malah dia turut berazam membantu skuad kebangsaan mempertahankan Piala AFF apabila Malaysia menjadi tuan rumah tahun depan serta muncul pemain paling bernilai kejohanan dwitahunan itu.

“Saya berharap agar Malaysia dapat mengekalkan kejuaraan (Piala AFF) dan sasaran peribadi saya adalah untuk merampas anugerah pemain terbaik kejohanan itu yang diraih pemain Indonesia, Firman Utina,” katanya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Norshahrul "Supermokh" Negara!