PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hattan Mufliskan orang. Show all posts
Showing posts with label Hattan Mufliskan orang. Show all posts

Edisi Sentap! Hattan Didakwa Mufliskan Penjamin Setelah Beli Mercedez, MPV Dan Banglo, Biar Betul?

Oleh Kaki Wayang on

Harian Metro dalam artikelnya bertajuk ‘Pokai Angkara Penyanyi’ baru-baru ini memuatkan kisah bekas vokalis kumpulan Baji iaitu Abang Yusuf Abang Daud dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar yang mendakwa menanggung hutang hampir RM1 juta selain diisytiharkan muflis akibat diperdaya seorang penyanyi terkenal tanah air sejak lapan tahun lalu selepas nama mereka digunakan sebagai penjamin.
Nor Maszura dipetik berkata, kejadian bermula sejak Disember 2002 apabila dia dan suaminya dilantik sebagai pengarah syarikat rakaman milik penyanyi terbabit sebelum mereka diarahkan menjadi penjamin bagi beberapa urusan pinjaman bank berjumlah RM929,503.


Laporan itu berkata, alasan diberikan penyanyi terbabit kepada suami isteri itu adalah kedua-dua mereka selaku pengarah syarikat perlu menandatangani dokumen pinjaman sebelum dihalau daripada syarikat itu pada 2004.
Antara pinjaman bank penyanyi itu untuk kepentingan peribadinya adalah membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) pada 2003, pinjaman peribadi bernilai RM150,000, membeli rumah bernilai RM500,000 dan pinjaman RM477,000 yang dibuat atas nama syarikat.

F

Berikut penjelasan penyanyi terkenal Hattan dalam akhbar yang sama;
Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.
Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, dia tahu apa yang dia lakukan:
Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.
Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.
Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:

Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.

Wow ini cerita memang panas sehhhhhhhhh..Nampaknya dua-dua pihak dah buat kenyataan, so kita tunggu episod seterusnya. Penulis percaya, KEBENARAN akan terungkai juga suatu hari nanti. Jumlah hampir RM1 juta itu bukan sedikit….harap-harapnya Hattan bukanlah sepertimana yang didakwa dan bekas penyanyi kumpulan Baji itu juga akan terbela nasibnya.

Via: Mynewshub
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Hattan Didakwa Mufliskan Penjamin Setelah Beli Mercedez, MPV Dan Banglo, Biar Betul?