PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hukum doa kesejahteraan orang Musyrik. Show all posts
Showing posts with label Hukum doa kesejahteraan orang Musyrik. Show all posts

Edisi Agama! Doa Agar Diberi Tempat yang Layak Setelah Meninggal!

Oleh Kaki Wayang on


"Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar. Dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan (pemimpin) yang menolong." (Al-Isra': 80).
 
Penjelasan:
 
Doa di atas dibaca bukan hanya dikhususkan ketika kita akan pergi. Tetapi dalam berbagai keadaan yang sering kali berubah sangat dianjurkan untuk dibacanya seperti akan melaksanakan pemilihan umum untuk memilih pemimpin. Doa di atas dibaca agar kita mendapatkan pemimpin yang jujur dan bijaksana. Baik juga doa di atas dibaca ketika kita akan meninggalkan tempat yang kita tinggali (dunia), memohon agar ditempatkan pada tempat yang layak setelah meninggal. Demikian Al-Qurthubi menjelaskan dalam tafsirnya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Doa Agar Diberi Tempat yang Layak Setelah Meninggal!

Edisi Khas Doa! Doa Mencegah Angin Ahmar!

Oleh Kaki Wayang on

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/300271_10150358788117870_641297869_7887391_1414665227_n.jpg 

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Doa! Doa Mencegah Angin Ahmar!

Betol-betol Informasi! Haram minta ampun bagi orang musyrik

Oleh Kaki Wayang on

http://irfanirsyad.files.wordpress.com/2011/03/berdoa.jpg

Soalan:

SEBELUM ini saya ada seorang kekasih bukan Islam. Dia beragama kristian dan pada 4 Jun lalu dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Saya terlalu terkejut dan pergi ke rumah keluarganya. Saya hanya berdiri di luar rumah sampai upacara ‘prayer’ tamat.

Saya pergi ke sana kerana perasaan saya tidak tenang sebab tidak dapat tunaikan permintaannya untuk jumpa saya buat kali terakhir.  Saya bercadang ke kuburnya. Adakah itu menjadi satu kesalahan bagi umat Islam dan salahkah jika saya juga hadir bersama ketika upacara ‘prayer’ tetapi hanya melihat dari luar rumah?

Adakah salah jika saya berdoa untuknya kerana saya terlalu sayangkan dia? Saya sering berdoa supaya dia aman di sana dan berharap dapat berjumpa dia di syurga walaupun ia tidak berlaku kerana dia bukan Islam.
 
Jawapan:

ISLAM mengajar supaya menghormati sesama manusia termasuk dengan bukan Islam. Mengucapkan takziah dan menyatakan simpati atas kematian bukan Islam dibenarkan. Bagaimanapun, Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai upacara keagamaan agama lain termasuk ritus atau doa. Dengan kata lain, menziarahi jenazah dibenarkan atas dasar hubungan sesama manusia.

Begitu juga dengan berdoa kepada bukan Islam, ada bentuk dan kandungan doa yang dibenarkan dan ada yang haram. Doa kepada bukan Islam supaya mendapat hidayah dan kebaikan duniawi seperti kesihatan dan kaya dibenarkan.

Apa yang diharamkan ialah berdoa supaya bukan Islam beroleh ganjaran syurga, keampunan Allah dan kejayaan di akhirat. Ini kerana sudah pasti bukan Islam menerima azab Allah kerana gagal mengenal, mengakui dan menyembah Allah, Tuhan yang Esa dan Tuhan seluruh alam.

Dengan sebab itu, saya menasihatkan saudara supaya tidak berdoa kepada orang bukan Islam yang sudah meninggal dunia seperti anda nyatakan. Saudara hendaklah tabah menghadapi ketentuan dan dugaan Allah seterusnya. Terdapat ayat al-Quran yang melarang Nabi dan orang mukmin berdoa kepada bukan Islam.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah al-Taubah (9): 113)

Ini kerana terdapat riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w mencuba untuk memohon keampunan Allah kepada bapa saudara Baginda, Abu Talib kerana jasanya kepada Islam walaupun dia meninggal dunia tanpa memeluk agama Islam.

Ia tidak dibenarkan Allah dengan turunnya ayat di atas (Ibn Kathir, II: 393). 
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Haram minta ampun bagi orang musyrik