PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Iphone Siri. Show all posts
Showing posts with label Iphone Siri. Show all posts

Betol-betol Hangat! Iphone: Arahkan Siri dengan hanya bercakap!

Oleh Kaki Wayang on





OKTOBER lalu dunia digital dikejutkan dengan dua berita, kematian Steve Jobs, bapa kepada dunia gajet digital moden dan juga pelancaran iPhone 4s. Pada awalnya, iPhone 4s agak mengecewakan segelintir peminat telefon pintar keluaran Apple Inc. yang mengharapkan pelancaran iPhone 5.

Mujur kekecewaan itu hanya bersifat sementara apabila Siri, iaitu pembantu peribadi maya yang didatangkan bersama-sama iPhone 5 mengubah cara peminat teknologi menggunakan iPhone mereka. Siri tercetus hasil daripada teknologi kepintaran tiruan atau artificial intelligence (AI) yang dikatakan berasal daripada salah sebuah penyelidikan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) hampir 10 tahun lalu.

Pengguna boleh memberikan arahan secara lisan kepada Siri untuk melaksanakan sesebuah tugasan. Sebagai contoh, pengguna boleh mengarahkan gajet itu untuk mengingatkan sesuatu temu janji beberapa jam sebelum ia berlangsung atau bertanyakan ramalan cuaca untuk sepanjang minggu.

Sungguhpun teknologi pengecaman suara telah wujud sejak lebih sedekad yang lalu, namun ia agak terbatas kepada kawalan aplikasi tertentu.




Ini dapat dilihat melalui ciri mendail menggunakan suara yang terdapat pada beberapa jenis telefon bimbit sejak penghujung tahun 90-an lagi. Terdapat juga telefon yang boleh melancarkan aplikasi tertentu dengan menyebutkan nama aplikasi tersebut, tetapi teknologi itu boleh dikatakan ‘rapuh’. Ia seringkali mengalami kekeliruan dan melakukan kesilapan mendail individu yang berlainan atau melancarkan aplikasi yang berbeza dari yang diarahkan.

Kehebatan pembantu peribadi maya Siri terbukti dengan kemampuannya menganalisis perkataan dalam bahasa Inggeris dan seterusnya melaksanakan arahan. Siri juga boleh menghantar e-mel, membuat carian Google, membuat panggilan telefon dan menjadi rujukan pandu arah dengan bantuan aplikasi peta digital. Semua itu boleh dilakukan dengan hanya ‘bercakap’ dengan Siri.

Pengguna boleh memanfaatkan lebih dari 10 aplikasi yang terdapat pada iPhone menggunakan aplikasi suara Siri. Teknologi kawalan berasaskan suara itu benar-benar mengungkap kembali nostalgia penulis sekitar tahun 1980-an yang ketika itu obses dengan siri drama aksi Knight Rider lakonan David Hasselhoff yang mengetengahkan teknologi mempunyai ciri mirip siri yang dinamakan KITT.




Sama seperti KITT, Siri mampu berinteraksi dengan manusia seakan-akan ia memahami bukan sahaja apa yang dituturkan malah apa yang tersirat, walaupun ia tidak boleh menganalisis emosi manusia. Apa yang pasti, Siri masih lagi hijau dan memerlukan banyak lagi penambahbaikan bagi menjadikannya pembantu peribadi yang lebih efisien.

Bagaimanapun buat masa ini, maklumat yang dipadatkan pada Siri lebih berkisar kepada AS, negara ia dibangunkan. Tidak mustahil jika sedikit masa lagi, Siri mampu berfikir dan memberikan cadangan yang selari dengan kedudukan geografinya dan memahami perkataan-perkataan slanga setempat yang mungkin tidak terdapat pada enjin carian web.



P/s: Minat kepada iPhone kini sudah hilang..minat kat Samsung Galaxy S ll dan Samsung Galaxy Note pula..minat jelaa..beli belum tentu lagi.. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Iphone: Arahkan Siri dengan hanya bercakap!