PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan hilang. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan hilang. Show all posts

Edisi Sentap! Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan hilang!

Oleh Kaki Wayang on


Ketua pasukan dan penjaga gol utama skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat mencetuskan tanda tanya apabila tidak hadir hari pertama sesi latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan Kumpulan C Kelayakan Olimpik menentang Bahrain, semalam.

Pemain Kelantan itu juga tidak memberikan sebarang alasan ketiadaannya di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini kepada ketua jurulatih Ong Kim Swee, yang bagaimanapun masih cuba memberikan ruang dan tempoh kepadanya sehingga hari ini.

“Surat panggilan melapor diri sudah dikeluarkan kepada pasukan dan kelab pemain masing-masing pada 18 Januari lalu dan mereka mesti tahu tanggungjawab kepada negara dan memberikan alasan kukuh yang boleh diterima jika tidak dapat hadir.

“Saya masih cuba menunggu maklum balas daripadanya mahupun KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) tetapi saya juga tidak boleh cuma ada dua penjaga gol (Shahril Saari dan Izham Tarmizi Roslan) untuk berlatih dan dibawa ke Manama, bulan depan.

“Kalau perlu saya akan panggil seorang lagi penjaga gol,” katanya semalam yang akan menamakan 21 pemain ke Manama bagi menjalani sesi latihan lima hari dan menentang Bahrain pada 5 Februari.

Difahamkan Khairul Fahmi atau Apek sukar dilepaskan oleh Kelantan bagi menghadapi Kuala Lumpur dalam Liga Super 2012 di Kota Bharu, Sabtu ini biarpun Kim Swee akan membenarkannya dan pemain bukan Harimau Muda A, pulang sehari sebelum itu.

Pemain lain seperti Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Gary Steven Robbat yang sebelum ini tercedera dalam kempen awal Kelayakan Olimpik, sudah beransur pulih namun Syahrul Azwari Ibrahim dan Syazwan Tajudin.

Mengenai perlawanan persahabatan pemanas badan kata Kim Swee, setakat ini sebuah kelab Singapura, Home United sudah pun membatalkannya dan memaksanya mendapatkan sebuah lagi pasukan republik itu apabila menghadiri majlis pelancaran Liga S 2012 di sana, hari ini.

Sementara itu, penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md. Ali yang dipanggil semula ke skuad Olimpik, berkata, penggugurannya sebelum ini sudah memberikan banyak pengajaran kepadanya untuk kembali menampilkan prestasi terbaik.

“Saya sedar pasukan ini memerlukan seorang penyerang ekoran ketiadaan Izzaq Faris Ramlan yang tercedera (sejak Sukan SEA tahun lalu) dan saya berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan jurulatih Kim Swee.

“Dulu saya digugur kerana kurang menyerlah tetapi peluang kali ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan saya percaya, dua gol dalam Liga Super setakat ini belum memadai untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Olimpik,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan hilang!