PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Kumpulan KASTARA. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan KASTARA. Show all posts
Home » Posts filed under Kumpulan KASTARA
Betol-betol Gempak! Audition Kelab Kebudayaan PMS!
Oleh Kaki Wayang on
Hari demi hari pelbagai kisah
baru dinukilkan dalam diari Sejarah Politeknik Muadzam Shah..dari satu
peristiwa ke satu peristiwa yang membawa seribu kenangan dan iktibar..dari satu
pencapaian ke satu pencapaian mampu digapai segelintir umat manusia PMS..dari
satu AUDITION ke satu AUDITION dilaksanakan..semuanya atas satu tujuan dan
sebab musabab untuk mencungkil bakat-bakat baru di Politeknik Muadzam Shah
ini..
Beberapa bulan yang lalu Audition
untuk mencari bakat-bakat baru Nasyid dilangsungkan bagi mengetengahkan mereka
ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan dan Peringkat Zon Timur..Nampaknya niat
murni itu sudah tertunai apabila kumpulan Nasyid Wirama Zirbad dan Kastara
dihantar bagi melaksanakan tanggungjawab menyampaikan dakwah mereka melalui
Nasyid..Alhamdulillah walaupun tak menang..mereka masih mampu untuk menghela
nafas lega apabila berjaya mengutip pengalaman dari Politeknik-politeknik yang
lebih lebat daripada mereka..Natijahnya, pelbagai tips dapat dikumpul bagi
menghadapi pertandingan mendatang..
Melupakan sedikit memori luka
bagi kedua-dua pertandingan..kini muncul pula Audition Kelab Kebudayaan PMS
yang kini baru sahaja menamatkan siri pencarian bakat baru malam tadi (20
September 2011)..walaupun kami sebagai jurulatih mengharapkan agar ramai
muka-muka baru yang hadir untuk diujibakat..namun kami hampa apabila muka-muka
lama lebih ramai berbanding dengan muka-muka baru hadir untuk proses ini..
Secara keseluruhannya,
Alhamdulillah semua yang hadir begitu tenang menghadapi dugaan dan cabaran yang
diberikan oleh kami..semuanya mampu untuk mencabar diri sendiri untuk tampil
lebih yakin dihadapan penonton..namun begitu tidak kurang juga yang masih lagi
kelihatan gementar apabila berhadapan dengan penonton ataupun berada di atas
pentas..
Tujuan asal program ini diadakan
antara lain adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru agar PMS tidak ketandusan
bakat untuk menghadapi pertandingan akan datang..Selain itu, peserta yang
dipilih juga akan menghadiri beberapa siri pertemuan bagi memperbetulkan lagi
teknik nyanyian dan seni vocal agar mereka akan tampil lebih yakin
kelak..mereka juga antara lain akan dipilih untuk menyertai Team Nasyid, Team
Lagu-lagu Asli, Team Lagu-lagu Rakyat dan beberapa lagi siri pertandingan
lain..hal ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat mereka..di sampiang akan
dipilih untuk membuat persembahan jika sekiranya Kelab Kebudayaan dijemput
untuk membuat persembahan..
Akhir sekali..tahniah kepada
semua yang hadir untuk diujibakat..teruskan usaha anda..dan kepada para pelajar
SEM1..anda sudah seharusnya berbangga sekiranya anda dipilih..anda masih lagi
berpeluang untuk mewakili Politeknik Muadzam Shah untuk beberapa tahun yang
akan datang..kami sebagai jurulatih akan cuba untuk membantu sekadar yang boleh
agar para pelajar mampu untuk bersaing dengan Politeknik-politeknik yang lebih
major dari anda..Tahniah PMS!
P/s: Ammar Anuar perbaiki tempo anda, Azri Rafiuddin (suara mantap dan malatoppp gehtoooo), Van Azs (mantap), Ulat Beluncas (hilangkan gemuruh anda), dan yang lelain..semuanya mantap..TQ pada En. Yazid Yahya (Pengarah Seni dan Teknik Vokal gitew) atas gambar-gambar yang mantapz ini..