PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia. Show all posts

Edisi Sukan! Syabas Datuk Lee Chong Wei!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas menutup tirai 2011 dengan tiga kekalahan berderet, jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei membuka langkahnya pada tahun Olimpik 2012 dengan memahat dua kemenangan berturut-turut apabila merangkul kejuaraan kelapan Terbuka Malaysia di Stadium Juara, Bukit Jalil semalam.
  Kemenangan mudah 21-6, 21-13 ke atas bintang muda Jepun, Kenichi Tago membolehkan jaguh No. 1 dunia itu menyamai rekod kejohanan milik legenda badminton negara, Wong Peng Soon iaitu muncul juara sebanyak lapan kali.

Malah, Chong Wei bukan saja berjaya menumbangkan dua musuh terbesarnya dari China, Lin Dan dan Chen Long dalam tempoh seminggu tetapi juga bakal meraikan Tahun Baru Cina dengan angpau paling besar selepas mengumpul AS$105,000 (RM329,000) hasil daripada dua gelaran yang diraih, Terbuka Malaysia dan Korea, dua minggu lalu.

Dia menambah hadiah kemenangan kepada AS$30,000 (RM94,000), iaitu seminggu selepas membawa pulang AS$75,000 (RM235,000) dari Seoul hasil kejayaan menumbangkan seteru ketat, Lin Dan di final.

"Ini adalah kemenangan paling mudah yang pernah saya harungi daripada lapan perlawanan akhir yang saya sertai tetapi yang lebih penting saya gembira dapat menerima penghormatan menyamai rekod lapan kejuaraan milik legenda Malaysia.

"Mungkin ia adalah kemenangan yang amat banyak tetapi saya rasa saya masih mahukan satu lagi gelaran sebelum bersara, saya akan mencari kejuaraan kesembilan tahun depan," kata Chong Wei sejurus tamat perlawanan yang hanya berlangsung selama 37 minit.

Biarpun di atas kertas Tago, 22, bukanlah pemain yang terlalu lemah; menghuni ranking ke-12 dunia dan pernah bergelar naib juara All England, namun di atas gelanggang, jaguh muda Jepun itu jelas bukan tandingan Chong Wei, yang terlalu jauh meninggalkannya dalam semua aspek permainan.

Turut menyaksikan perlawanan itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pengurusan tertinggi Maybank dan BAM. Sementara itu, Tago sendiri mengakui, bahawa faktor penonton sebenarnya tidak terlalu memainkan peranan, sebaliknya dia akur pemain Malaysia itu memang jauh lebih unggul.

"Memang dia memiliki kelebihan penonton tetapi saya sudah bersedia dengan semua itu kerana saya telah melihat keadaan di stadium ketika dia menentang Chen Long malam tadi. Pada saya, kekalahan saya hari ini adalah kerana dia jauh lebih hebat daripada saya setiap kali kami bertemu.

"Selepas kalah dalam semua 11 pertemuan kami, saya perlu bekerja lebih keras dan akan terus berusaha untuk mencari jalan bagaimana saya dapat mengalahkan dia dan Lin Dan, satu hari nanti," kata Tago.

Bagi Chong Wei, membuka tahun baru dengan dua kemenangan besar dan mengalahkan dua pencabar paling sukar telah melonjakkan motivasinya untuk menghadapi musim 2012 yang amat genting, terutama dengan Sukan Olimpik bakal menanti, Julai ini.

Bagaimanapun akui Chong Wei, selepas dua kemenangan ke atas Lin Dan dan Chen Long dia harus lebih berhati-hati terhadap pemain-pemain China itu kerana mereka mungkin akan bangkit dengan lebih kuat.

Sementara itu, Terbuka Malaysia 2012 meninggalkan kenangan yang amat manis buat beregu wanita Denmark, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl apabila merangkul kejuaraan Siri Super pertama dalam karier mereka dengan mengejutkan pilihan kedua Korea, Ha Jung Eun-Kim Ming Jung 21-19, 21-18.

Beregu lelaki juga menampilkan pemenang tidak diduga, pasangan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu yang menundukkan Cho Gun Woo-Shin Baek Choel 16-21, 21-16, 21-16, manakala juara dunia dan pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei menumpaskan rakan senegara, Xu Chen-Ma Jin 21-12, 21-9 untuk muncul juara beregu campuran.

Gelaran kedua China pada Terbuka Malaysia menjadi milik pemain No. 1 dunia, Wang Yihan dalam perseorangan wanita selepas menumpaskan Wang Xin 21-19, 21-11.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Syabas Datuk Lee Chong Wei!

Edisi Hangat! Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang telah diramalkan, pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, 29, hari ini muncul juara Terbuka Malaysia menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil.

Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam tadi dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.
 
Dengan kemenangan ke atas Tago, Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012