PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Lelaki mahu bunuh diri. Show all posts
Showing posts with label Lelaki mahu bunuh diri. Show all posts

Edisi Sentap! Tukang paip putus cinta gantung diri!

Oleh Kaki Wayang on



“Saya tergamam, badan saya menggeletar ketika melihat dirinya dalam keadaan tergantung dengan lidahnya terjelir, keadaannya amat menakutkan,” kata Mohd Helmi Anwar, 26, rakan karib kepada arwah Mohd Alif Yusof, 23, tukang paip yang ditemui mati dalam keadaan tergantung, awal pagi semalam.

Mayat mangsa ditemui di sebuah rumah kuarters Jabatan Bekalan Air Ketengah, di Bandar AMBS, di sini.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Helmi berkata, pada kira-kira jam 11.30 malam, beberapa jam sebelum mayat rakannya itu ditemui, arwah Mohd Alif serta beberapa lagi rakannya yang lain sedang lepak di rumah rakan mereka dan sempat makan burger yang dibeli di pasar malam berdekatan. Mohd Helmi berkata, ketika itu, air muka arwah kelihatan agak murung berbanding biasa, daripada reaksi yang ditunjukkan arwah, dia dapat mengagak rakan karibnya itu pasti ditimpa kesusahan.

Bagaimanapun setelah pulang dari rumah kira-kira jam 3 pagi, adik lelakinya, Mustaqim memaklumkan dia ternampak mangsa mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah kosong, tidak jauh dari rumahnya lalu terus bergegas ke situ untuk melihat keadaan mangsa. Mohd Helmi yang terkejut dan menggeletar melihat mangsa dalam keadaan lehernya tergantung berusaha menurunkan mayat mangsa bersama adiknya sebelum membuka ikatan tali pada lehernya.

“Saya macam tidak percaya dia mati dalam keadaan begitu kerana baru beberapa jam kami bersama.

“Kami tahu dia ada masalah kerana baru putus cinta dan cuba menasihatinya susupaya bersabar, tapi tak sangka pula dia sanggup bertindak sedemikian,” katanya.

Mohd Helmi, berkata selepas melonggarkan ikatan tali yang terjerut di leher rakannya itu mereka membuat laporan di Balai Polis AMBS. Menurutnya, sebelum kejadian itu, mangsa ada menceritakan kepadanya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dan berhasrat memperisterikan gadis yang dikenalinya sejak di bangku sekolah itu. Bagaimanapun dua minggu sebelum kejadian itu, mangsa memaklumkan kepada Mohd Helmi bahawa dia kecewa kerana putus cinta setelah gadis yang dicintainya itu dikatakan mempunyai kekasih baru.

“Sejak putus cinta, tingkahlakunya berubah, lebih banyak berdiam diri dan sentiasa murung biarpun sebelum ini dia agak periang.

“Namun saya tidak menyangka dia akan pergi dalam keadaan sedemikian, sungguh menyayat hati,” kata Mohd Helmi yang masih trauma dengan kejadian menimpa sahabat karibnya itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Hasil pemeriksaan oleh kakitangan perubatan mendapati mangsa mati akibat kecederaan pada leher.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Tukang paip putus cinta gantung diri!

Edisi Sentap! Gambar Awek Nak Bunuh Diri kat KB Mall!

Oleh Kaki Wayang on



Sentap Mak Jemah tengok awek ni...nak bunuh diri sangat kat KB Mall!!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Awek Nak Bunuh Diri kat KB Mall!

Betol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita yang menyebabkan kematian bayinya berusia enam bulan dipercayai dihempas ke lantai dalam kejadian Disember tahun lalu, terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati dia tidak waras. Hakim Azman Abdullah dalam keputusannya berkata, tertuduh Marsuzana Che Muda, 32, tidak disabitkan hukuman kerana semasa kejadian dia mengalami gangguan mental.

''Berdasarkan peruntukan Seksyen 347 dan 348 Kanun Tatacara Jenayah, kematian mangsa disebabkan oleh tertuduh namun mahkamah melepaskan dia daripada hukuman atas alasan mempunyai penyakit mental semasa kejadian walaupun tertuduh melakukan kesalahan tersebut,'' kata hakim itu.

Sehubungan itu, beliau memerintahkan tertuduh ditahan sementara di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, Perak sehingga mendapat limpah perkenan daripada Sultan Kelantan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azimah Yaacob sementara tertuduh diwakili Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember tahun lalu. Namun mahkamah mengarahkan supaya dia menjalani ujian kesihatan mental kerana dipercayai tidak waras.

Bagaimanapun selepas menjalani rawatan lebih sebulan di hospital tersebut, semalam tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan dan mahkamah telah mendengar keterangan empat orang saksi. Mereka terdiri daripada kaum keluarganya selain seorang pakar psikiatri.

Sepanjang perbicaraan, Marsuzana hanya menundukkan mukanya. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya dipercayai dilepaskan ke lantai.

Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 5 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wanita bunuh anak sendiri!

Betol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang doktor yang bertugas di Penjara Bentong dibunuh dalam keadaan ngeri apabila kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebun, seorang lelaki warga Bangladesh semalam. Dr. Harjit Singh, 61, dipercayai mati akibat ditetak pada pukul 8 malam tadi di rumahnya di kebun yang terletak 50 meter dari jalan di Kampung Sertik dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, mangsa dipercayai dibunuh ketika berehat di kerusi di anjung rumahnya.

"Polis menemui sebilah parang tidak jauh dari tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pekerja itu menyerang mangsa dari arah belakang dan dia dikatakan memenggal leher doktor terbabit sehingga putus. Beliau berkata, pembunuh tidak melarikan diri sebaliknya menyerah diri di tempat kejadian selepas menghubungi polis pada pukul 11. 40 malam tadi.

Katanya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan dipercayai berpunca dari salah faham namun motif sebenar kejadian masih disiasat. Mangsa adalah doktor yang bertugas secara kontrak di Penjara Bentong sejak tiga tahun lalu merupakan abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Katanya, suspek pembunuhan kejam ini direman sehingga 29 Ogos depan bagi membantu siasatan. Dia bekerja di kebun tersebut sejak tiga tahun lalu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Betol-betol Hangat! Tersepit celah penyaman udara

Oleh Kaki Wayang on

MENCEMASKAN... detik-detik orang ramai membantu Wang dan Zhou menyelamatkan budak yang tersepit di antara dinding bangunan dengan peti penyaman udara di tingkat tujuh sebuah apartmen di Beijing, semalam. 

Gambar di atas menunjukkan aksi orang ramai yang cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang tergelincir dari tingkat 8 dan kemudiannya tersepit dicelah-celah penyaman udara di Beijing..nasib baik..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tersepit celah penyaman udara

Betol-betol Hangat! Pak Nil Hero Malaya

Oleh Kaki Wayang on

http://ecentral.my/archives/2008/11/11/tvnradio/f_pg16aznil.jpg

Entri ini bukanlah nak citer yang Pak Nil aka Aznil Hj. Nawawi masuk dalam program realiti Maskulin atau ape pon..tapi tindakan Pak Nil yang berjaya memujuk seorang pendengar setia Radio Era FM yang nekad nak membunuh dirinya dengan meminum racun dan terjun dari bangunan tinggi supaya tidak melakukannya menyebabkan Pak Nil kini boleh dianggap Hero Malaya gehtooo...

Bukan itu sahaja malah Pak Nil juga bermurah hati dengan memberikan wang sejumlah RM1000.00 kepada mangsa along itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit..Mangsa memberitahu dia telah meminjam RM1000.00 daripada along lapan bulan lepas dan dia terpaksa membayar RM150.00 setiap hari dan jumlah bayaran semula pinjaman termasuk pokok serta bunga melebihi RM5000.00..selepas perbincangan dilakukan dengan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong dan along terbabit, akhirnya along itu bersetuju untuk tidak mengganggu mangsa den keluarganya jika membayar RM1000.00 kepada mereka.

"Simpati dengan nasib mangsa yang kesempitan wang, saya telah memberikan RM1000.00 untuk menyelesaikan masalah itu. Saya anggap wang yang diberikan itu sebagai ihsan sesama muslim". Katanya (Pak Nil).

P/s: Kan bagus ada manusia baik macam ni..tapi ingat jangan ssuka-suka nak pinjam duit kat along tau..kang buruk padahnya..kalau pinjam duit kat "Along" abang atau akak dalam keluarga tak pe..hehehehehe
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pak Nil Hero Malaya