Marco Simoncelli akan memulakan perlumbaan MotoGP buat pertama kali dalam sejarah kariernya di petak pertama pada GP Catalunya yang akan berlangsung esok.Penunggang San Carlo Honda Gresini berasal dari Itali tersebut mencatat masa terpantas 1 minit 42.413 saat pada sesi kelayakan di litar Montmelo hari ini.
Juara dunia kategori 250cc pada 2008 tersebut mencuri tumpuan pada sesi kelayakan dengan teknik dan corak tunggangan pantas untuk sekaligus mengenepikan catatan masa juara MotoGP lain seperti Casey Stoner serta penyandang juara Jorge Lorenzo.
"Saya tidak jangka dengan keputusan ini, saya sangat gembira sekali," ujar Simoncelli.
Stoner akan bermula dipetak kedua manakala Lorenzo pula dipetak ketiga, kelibat Dani Pedrosa tiada pada pusingan kali ini berikutan masih bergelut dengan kecederaan bahu yang dialaminya. Lagenda MotoGP, Valentino Rossi pula sekadar akan bermula dipetak ke-7 pada perlumbaan esok.
Sila baca selanjutnya → Betol-betol Hangat! Simoncelli sambar petak pertama