PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Maksud tayamum. Show all posts
Showing posts with label Maksud tayamum. Show all posts

Edisi Agama! Jom Tambah Lagi Ilmu Tentang Wuduk!

Oleh Kaki Wayang on

 
Maksud Wuduk 

Wuduk
dari segi bahasa adalah nama suatu perbuatan, iaitu menggunakan air pada anggota tertentu. Perkataan wuduk berasal dari perkataan wada’ah yang bermaksud keelokan, keindahan dan kebersihan.

Wuduk dari segi syarak pula ialah kebersihan tertentu atau perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan niat, kemudian disusuli dengan membasuh muka, kedua tangan, kedua kaki dan menyapu kepala untuk membolehkan
seseorang itu melakukan solat dan ibadah-ibadah yang lain memerlukan wuduk. Firman Allah SWT:
 
“Wahai orang-orang yang ceriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali”(Al-Maidah : 6)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (Riwayat Abu Daud)
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Jom Tambah Lagi Ilmu Tentang Wuduk!

Edisi Agama! Jom Belajar Tentang Tayamum!

Oleh Kaki Wayang on


Tayamum  pada bahasa adalah qasad yang bermaksud sengaja atau tuju. Manakala dari segi istilah syarak pula ialah menyampaikan tanah yang suci ke muka dan kedua tangan sebagai pengganti kepada wuduk dengan niat atau cara tertentu. Firman Allah SWT:
 
“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang bersih, iaitu sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu.” (Al-Maidah : 6)

Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Jom Belajar Tentang Tayamum!