PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Mangsa culik. Show all posts
Showing posts with label Mangsa culik. Show all posts

Edisi Informasi! Susulan Kes Lemas di Cherating, Mangsa Terakhir dijumpai!

Oleh Kaki Wayang on



Mangsa terakhir dalam kejadian tiga sekeluarga lemas ketika sedang mandi-manda di Pantai Kampung Budaya Cherating Sabtu lepas dijumpai pada 7.30 pagi Isnin. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata mayat Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, dijumpai oleh anggota penyelamat berhampiran Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang anggota polis, Lans Koperal Asri Kamis, 28, serta dua anak tirinya, Muhammad Hasryzam Hasry, 15, dan Muhammad Hairul Nizam Hasry, 14, lemas ketika sedang mandi-manda di pantai berhampiran Chalet Duyung dekat sini kira-kira pukul 4.45 petang.

Mayat Asri ditemui orang ramai berhampiran Kuala Sungai Cherating iaitu kira-kira lima kilometer dari pantai tersebut pada pukul 6.50 petang hari kejadian. Mayat Muhammad Hasryzam pula ditemui pada 3 petang semalam oleh pasukan mencari dan menyelamat di Teluk Kemboja, tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Susulan Kes Lemas di Cherating, Mangsa Terakhir dijumpai!

Betol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3KXdR9N4-gH7v0uZl1QChtq6cQjg1qvFNN2-RQv5EdztR9P6HlC5mSNK5uzwOaK7sAUJL5fRZ9KT0zuQkje0kQcMe0O9n3rH-1E9tS3M9-5B82wnJeMRp3WSqG5Ocm4piuOVZhOzQy3oV/s1600/culik.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila ‘ditawan’ empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.

Seorang daripada suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri yang kononnya kuasa polis kepada mangsa sebelum menggari tangannya. Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengambil komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet mengandungi wang tunai,” katanya.

Tidak berpuas hati, suspek menuduh mangsa terbabit dalam satu kes dan memintanya menghubungi seorang rakannya bagi menyelesaikan kes berkenaan. Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.

“Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Bukit Bintang dan dikurung dalam bilik terbabit. “Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya,” katanya.

Sumber berkata, selepas mendapat wang terbabit, suspek mengembalikan dompet mangsa, namun komputer riba serta telefon bimbitnya tidak dikembalikan. Mangsa dibebaskan pada jam 9 pagi dan kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!

Betol-betol Sengal! 4 hari kurung kekasih suami

Oleh Kaki Wayang on

 
Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu. Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.

Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! 4 hari kurung kekasih suami