PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Manusia kawan dengan buaya. Show all posts
Showing posts with label Manusia kawan dengan buaya. Show all posts

Betol-betol Kagum! Manusia ini berkawan dengan buaya!

Oleh Kaki Wayang on


Jurulatih reptilia, Stuart Parker mempunyai rakan sekerja yang boleh membaham hingga putus lengan anda. Bagaimanapun, pakar hidupan liar itu tidak mempunyai masalah untuk berada rapat dengan Nelson si aligator, malah bertegas menyatakan, ia selamat untuk berada hampir dengan haiwan itu. Reptilia berkenaan berukuran tiga meter panjang dan berat hampir 120 kilogram.

Namun Stuart berkata: “Anda boleh bekerja rapat dengan aligator kerana tabiat semula jadi mereka yang ‘lembut’.


“Malah, mereka akan membenarkan anda menggosok dagu mereka.”

Parker melatih haiwan itu supaya bertoleransi dengan manusia di tempat pemeliharaannya untuk membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan dengan mudah.

“Ini bermakna kami tidak perlu mengeringkan keseluruhan kolam untuk membersihkannya dan mengalihkan aligator itu dari tempat kurungannya. Ia akan membuat haiwan itu stres,” kata Stuart.

Dan meskipun dia suka untuk bergusti dengan Nelson, Parker berkata, dia tidak pernah selesa untuk bergurau dengan buaya.

“Nelson si aligator hanya berat 120 kilogram berbanding buaya air masin kami terbesar kami seberat 295 kilogram. “Aligator tidak mempunyai kekuatan tekanan rahang seperti buaya. “Bagaimanapun, ada perbezaannya jika anda dibaham oleh kedua-dua jenis haiwan itu,” kata Parker.

Cinta aktivis hidupan liar itu terhadap aligator bermula ketika dia berusia enam tahun dan digigit oleh seekor daripadanya. Dia bernasib baik kerana kot dan pakaiannya yang tebal menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan teruk. Sejak itu, dia tertarik dengan reptilia berkenaan. Peminat reptilia itu kini menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Australia yang diasaskan oleh datuk dan neneknya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Manusia ini berkawan dengan buaya!