PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Mursyidul Am PAS. Show all posts
Showing posts with label Mursyidul Am PAS. Show all posts

Betol-betol Hangat! Nik Aziz diminta bertaubat

Oleh Kaki Wayang on

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta bertaubat daripada terus mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan dengan isu moral dan dikaitkan dengan rakaman video seks. Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris, berkata, tindakan Nik Abdul Aziz itu jelas bercanggah dengan politik diamalkan oleh Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral. Minta Nik Abdul Aziz bertaubat kerana membela orang seperti Anwar. "Tindak-tanduk pemimpin Pas itu semakin bertentangan dengan perjuangan Rasulullah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dalam ceramahnya di Kampung Setia, Kuang, menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Anwar dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks tampil memohon maaf.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, orang yang membuat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf kepada Anwar. Beliau juga tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam sehingga menyebabkan kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan UMNO-BN.

Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan dalam nada ketawa berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu sangat menimbulkan tanda tanya kerana jika benar Anwar seorang pemimpin berlandaskan syiar Islam, sudah tentu beliau tidak dikaitkan dengan mana-mana kes salah laku dan seks.

Beliau sehubungan itu menyarankan supaya ulama dalam Pas membuat mufarakah terhadap kepimpinan Nik Abdul Aziz yang telah banyak mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Politik Islam adalah untuk kesejahteraan, tetapi Nik Abdul Aziz telah mempergunakannya demi kepentingan tertentu," katanya.

P/s: Betol-betol Hangat! hairan ngan suasana politik di Malaysia sekarang ni..BBH pon dah tak tahu mana yang betol..tu sebab sampai sekarang BBH masih lum daftar sebagai pengundi..bukan tak nak laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi..tapi banyak kemusykilan dihati yang menyebabkan BBH tak bertindak sebagai pengundi..sudah-sudah lah yer..berbaik-baiklah kamu..sesungguhnya perbuatan berbaik-baik itu lebih baik dari mengaibkan orang..BBH bukanlah pendokong dan pengamal agama yang arif tapi BBH masih tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk..semoga Malaysia senantiasa dirahmati Allah SWT.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Nik Aziz diminta bertaubat