PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts

Edisi Teragung! Gambaran dan Wajah Sebenar Rasulullah S.A.W! - (Wajib Baca)

Oleh Kaki Wayang on

Wajah sebenar Nabi Muhammad

Alhamdulillah pada entri kali ini kita dapat melihat dan mengetahui akan gambaran dan wajah sebenar Rasulullah S.A.W. Nabi junjungan besar kita yang sangat-sangat kita kasihi dan sayangi. So, kalau tak sayang nabi sudah tentu merupakan orang-orang yang rugi. Meh kita sama-sams selawat atas Nabi.

Semenjak dahulu lagi Nabi Muhammad S.A.W menjadi dambaan kepada semua manusia yang umumnya beragama Islam. Baginda merupakan suatu fenomena yang tiada tolak bandingnya dari dulu sehinggalah sekarang..
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Gambaran dan Wajah Sebenar Rasulullah S.A.W! - (Wajib Baca)

Edisi Terkini! Penyebaran Imej dan Gambar Nabi Muhammad S.A.W!

Oleh Kaki Wayang on


Menteri Hal Ehwal Agama Islam Indonesia, Suryadharma Ali melakukan siasatan terhadap penemuan buku memaparkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W, di sebuah sekolah rendah di Solo, semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Penyebaran Imej dan Gambar Nabi Muhammad S.A.W!

Edisi Teragung! Nak Jadi Wanita Baik? Ibunda Nabi, Idola Wanita Sejati!

Oleh Kaki Wayang on


Tanggal 8 Mac lalu dianggap hari istimewa bagi golongan wanita, iaitu sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100. Ini sejajar dengan ajaran Islam itu sendiri yang sekali gus mengangkat martabat dan darjat wanita. Islam memberikan hak sewajarnya kepada golongan wanita di samping hak kaum lelaki sebagai kaum pelindung.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “(Kerana telah tetap) orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada ALLAH akan limpah kurnianya. Sesungguhnya ALLAH sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (Surah An-Nisa' : 32)

Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Nak Jadi Wanita Baik? Ibunda Nabi, Idola Wanita Sejati!

Edisi Informasi! Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W berzikir Menggunakan Jari?

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Bagaimana Nabi Muhammad S.A.W berzikir Menggunakan Jari?

Edisi Hangat! Kitab Injil 1,500 tahun catat Nabi Muhammad S.A.W akan muncul sebagai penyelamat ditemui!

Oleh Kaki Wayang on

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan   kedatangan Nabi Muhammad.

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.

Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kitab Injil 1,500 tahun catat Nabi Muhammad S.A.W akan muncul sebagai penyelamat ditemui!

Edisi Teragung! Betul Ke Jubah Ini Jubah Rasulullah S.A.W?

Oleh Kaki Wayang on

Satu jubah milik Nabi Muhammad telah di pamerkan di Masjid di Istambul, Turki. Masjid yang di bangunkan sejak tahun 1851 ini oleh Sultan Abdulmecit, dikhususkan menyimpan barang-barang Nabi Muhammad SAW.

Berikut ini foto-foto jubah Nabi Muhammad SAW yang disimpan di dalam peti dengan tutup kaca agar penonton dapat melihat betapa besarnya jubah Nabi Muhammad SAW. Di Istambul banyak sekali peninggalan Nabi dan para sahabatnya yang sampai kini dapat dilihat. Jubah Nabi Muhammad ini disimpan di ruangan khusus dan ditutup dengan kotak kaca.


Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Betul Ke Jubah Ini Jubah Rasulullah S.A.W?

Edisi Teragung! Kenapa Nabi Muhammad S.A.W Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Oleh Kaki Wayang on

 Sekadar gambar hiasan!

Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Kenapa Nabi Muhammad S.A.W Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Edisi Teragung! Senarai Isteri Rasulullah S.A.W dan Sebab Baginda Menikahi Mereka!

Oleh Kaki Wayang on

Sekadar gambar hiasan.


Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Senarai Isteri Rasulullah S.A.W dan Sebab Baginda Menikahi Mereka!

Edisi Teragung! Gambar Eksklusif Barangan Peninggalan Nabi Muhammad S.A.W!

Oleh Kaki Wayang on

picture7.jpg

Bila kita berjauh jarak dengan yang terkasih Muhammad Rasulullah yang berbentang waktu 1.400 tahun… bila kita belum pernah melihat wajah sucinya, sementara kita menyebut namanya setiap hari, kita menghantarkan salam kepadanya setiap hari melalui shalat, shalawat-shalawat  dan do’a-do’a yang kita lantunkan, kita memohon  syafa’atnya untuk keselamatan kita di akhirat dari pedihnya adzab neraka, tidakkah foto-foto berikut ini mengubati kerinduan kita yang sangat dalam kepada  yang Tercinta Nabi Agung, Kekasih Allah dan  peribadi mulia panutan alam?? 

Titik air mataku begitu melihat langsung baju beliau yang bersahaja dan sudah robek, sandal beliau, keranda beliau yang tak terhalang apapun. Allahu Akbar … serasa dekat denganmu ya Rasulullah … Andai aku bisa melihat wajahmu, rontok segala persendianku, tak tahan dengan kenikmatan memandang kemuliaan wajahmu… Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad ….

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan-peninggalan ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Gambar Eksklusif Barangan Peninggalan Nabi Muhammad S.A.W!

Edisi Teragung! Seorang Suami Bernama Muhammad!

Oleh Kaki Wayang on


Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman.
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Seorang Suami Bernama Muhammad!

Edisi Hangat! Gempar: Manusia berbaris untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad S.A.W!

Oleh Kaki Wayang on


Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam. Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.

janggut nabi muhammad
janggut nabi

Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gempar: Manusia berbaris untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad S.A.W!

Edisi Kisah-kisah Nabi! Kisah Rasulullah S.A.W dan Buah Limau!

Oleh Kaki Wayang on


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah s.w.t .


Sila baca selanjutnyaEdisi Kisah-kisah Nabi! Kisah Rasulullah S.A.W dan Buah Limau!

Edisi Teragung! Siti Aminah Tidak Merasa Sakit Sewaktu Melahirkan Nabi Muhammad SAW!!

Oleh Kaki Wayang on

Kelahiran Nabi Muhammad SAW menunjukkan tanda-tanda yang luar biasa. Siti Aminah tidak berasa sakit semasa melahirkan anaknya. Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tetapi Nabi Muhammad SAW tidak menangis, dia diam sahaja. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya bersinar-sinar seperti sedang melihat sesuatu. Kemudian dia bersin. Aminah pula berasa sangat gembira selepas melahirkan Muhammad bagaikan mendapat harta yang banyak.

“Pada malam Aminah melahirkan bayinya, saya berada di halaman rumahnya. Saya lihat rumah itu bermandikan cahaya. Bintang-bintang seperti sangat dekat, hingga saya bimbang sekiranya bintang itu jatuh di atas kepala saya,” kata Fatimah al-Thaqfiyah, jiran yang juga sahabat baik Aminah.

Menurut Fatimah al-Thaqfiyah lagi, apabila dia masuk ke dalam rumah Aminah, dilihatnya keadaan dalam rumah itu juga terang benderang. Dia hairan melihat Muhammad. Biasanya, bayi lahir terlentang, tetapi Muhammad lahir dalam keadaan tertiarap, kepalanya mendongak ke langit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah sedang mengucapkan sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya.

Kisah keganjilan Muhammad itu menarik perhatian jiran tetangga. Mereka datang ke rumah Aminah bagi melihat bayi yang dikatakan luar biasa itu. Akhirnya orang ramai tidak putus-putus mengunjungi rumah Aminah. Keadaan rumah itu juga tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam pula, rumah itu terang benderang seperti sedang diterangi bulan purnama sedangkan ketika itu bulan tidak terbit. Kaum wanita pula amat suka melihat wajah bayi yang baru dilahirkan Aminah. Mereka terpesona kerana seolah-olah ada satu tarikan pada tubuh Muhammad. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Siti Aminah Tidak Merasa Sakit Sewaktu Melahirkan Nabi Muhammad SAW!!

Edisi Hangat! Rahsia di sebalik nama Muhammad!

Oleh Kaki Wayang on

Setelah berblogwalking kejap tadi..ada beberapa artikel yang menarik untuk dikongsikan kepada anda sekalian..Siapa yang mempunyai nama Muhammad maka sangat beruntunglah orang itu dikurniakan dengan nama yang baik dan membawa maksud Yang Terpuji..persis nama Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi idola setiap insan di muka bumi ini..namun pernahkah anda mengetahui apakah disebalik nama Muhammad itu?

1. Kata Muhammad, jika kita gabungkan dalam bentuk normal mim ha mim dal, maka akan menjadi sebuah sekesta seorang manusia. sudah maklum adanya bahwa sebaik-baik mahluk / ciptaan yang pernah diciptakan oleh Tuhan di alam semesta ini adalah manusia dengan kelebihan aqal mereka, sementara mahluk lain hanyalah hayawan dan planet-planet yang penuh rahasia.

Manusia Sempurna:



2. Kata Ahmad, jika kita cermati satu-persatu hurufnya mak huruf-huruf itu akan mennggambarkan sosok orang yang sedang melakukan sholat, tahukah kita bahwa sholat merupakan sebaik-baik doa dan ibadah yang pernah diperintahkanNya.

Ahmad Terpisah:


3. Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk layaknya manusia yang sedang sujud dalam shalat. dalam ritual sholat Sujud merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, karena pada saat sujud manusia menundukkan 8 bagian tubuhnya di bumi bukti kepasrahan total kepada sang pencipta. hmmm betapa rahasia Tuhan sangat menggetarkan hati, saya yakin masih banyak tersirat rahasia-rahaisa lain dibalik sosok, nama dan semua yang berkaitan dengan sang kekasih sejati 'Habibullah: Muhammad'.


Jom kita berselawat ke atas Nabi...

Kredit: http://www.woamu.mangaku.net


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Rahsia di sebalik nama Muhammad!

Betol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW

Oleh Kaki Wayang on

http://vendyxiao.com/wp-content/uploads/2011/02/blocked-websites.jpg
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Wanita Menghina Nabi Muhammad SAW

Betol-betol Hangat! Nabi Muhammad dilindungi sahabat

Oleh Kaki Wayang on

PASUKAN tentera Islam yang mendengar teriakan Ibnu Qam'ah bahawa Rasulullah telah terbunuh benar-benar menyangka baginda syahid sehingga menyebabkan keadaan jadi bertambah huru-hara. Ini menyebabkan tentera Islam ketika itu dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan yang menyebabkan kedudukan mereka menjadi semakin goyah.

Satu kumpulan mahu melarikan diri ke Madinah bagi menyelamatkan diri tanpa menghiraukan orang lain dan hanya mahu menunggu agar perang selesai. 

Golongan ini terdiri daripada Walid bin Uqbah, Karijah bin Zaid dan Rifaah bin Ma'la. Golongan kedua masih mahu bertempur dengan hebat dan bersemangat tinggi tanpa menghiraukan apa yang berlaku sama ada benar-benar baginda Rasulullah syahid mahupun tidak. Ini kerana yang penting kemenangan kepada pasukan Islam. 

Salah seorang daripada mereka, Tsabit bin Dahdah mengingatkan anggota tentera Islam dengan berkata: "Wahai kawan-kawanku kalangan Ansar! Sekiranya benar Muhammad sudah syahid, biarlah baginda syahid kerana Allah sahaja yang tidak akan mati buat selama-lamanya.

"Oleh itu berpeganglah kamu kepada agama kamu dengan kukuh dan kuat apatah lagi di medan perang ini. 

"Allah sendirilah akan menolong dan memberikan kemenangan kepada kamu!"

Peringatan oleh Tsabiy ini sangat besar pengaruhnya kepada para tentera Muslimin yang tidak dinafikan ramai yang berada dalam keadaan bingung ketika itu. Namun setelah mendengarkan kata-kata daripada Tsabit itu walaupun Tsabit bukannya kalangan pemimpin atau sahabat besar, ia berjaya membentuk kembali semangat juang yang tinggi untuk tentera Islam meneruskan peperangan dan cuba mengalahkan tentera Musyrikin. 

Sementara golongan ketiga terdiri daripada 46 para sahabat dan panglima-panglima perang yang tetap teguh berada di sekeliling baginda Rasulullah. Hanya mereka sahaja yang mengetahui keadaan dan kedudukan Rasulullah yang sebenarnya masih hidup. Golongan ini terus mempertahan dan melindungi baginda kerana itu lebih penting daripada segala-galanya. 

Mereka membalas setiap serangan yang dilakukan terhadap baginda.
Kumpulan itu terdiri daripada Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Ali bin Abi Talib, Abdurrahman bin Auf, Zubair bin Al Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abu Ubaidah bin Jarrah. Mereka terdiri daripada golongan Muhajirin.

Sementara golongan Ansar yang mengelilingi untuk mempertahankan Rasulullah terdiri daripada Abu Dujanah, Al Hubab bin Mundzir, Ashim bin Tsabit, Al Harits bin Shammah, Sahal bin Hanif, Saad bin Muaz dan Usaid bin Hudhair. 

Namun dikatakan terdapat golongan keempat di saat-saat kedudukan tentera Islam mulai goyah. Golongan itu ialah kaum wanita yang pada awalnya tidak ikut serta dalam pasukan tentera Islam. Tetapi apabila mereka mendapat tahu berita mengenai kematian Rasulullah dan begitu ramai tentera Islam yang terkorban, mereka bergegas ke medan Uhud. Kaum wanita itu diketuai oleh Ummul Mukminin sendiri, Saidatina Siti Aishah dan rakan-rakannya yang lain iaitu terdiri daripada Nusaibah bin Kaab, Rumaisa bin Milhan dan ramai lagi. 

Mereka membawa bersama uncang-uncang berisi air dan ubat-ubatan bagi merawat tentera-tentera Islam yang tercedera. Kalangan wanita ini sebenarnya turut terdedah kepada bahaya dan ancaman serangan dari pihak musuh, sehinggakan dikatakan Nusaibah binti Kaab sendiri mengalami 12 luka di badannya. 

Seorang lagi, Ummu Umarah iaitu daripada golongan Ansar, ikut terlibat dalam pertempuran. Pada awalnya dia hanya menyertai suaminya yang turut berperang bagi membantu menyediakan air untuk tentera Muslimin. Namun apabila diketahui pasukan Islam dalam keadaan yang sangat terdesak, dia pun ikut bertempur melawan musuh dengan gagah berani.

Manakala Ummu Aiman daripada kalangan Muhajirin ikut bertempur melawan musuh sehingga dapat membunuh seorang askar Musyrikin bernama Hubab bin Arafah. Walaupun mereka terdiri daripada golongan wanita yang sentiasa dilabel golongan yang lemah namun mereka tidak berganjak malah turut sama berjuang dengan barisan tentera lelaki yang lain bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Islam.

Sumber: Utusan Malaysia
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Nabi Muhammad dilindungi sahabat