PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Osama ditembak. Show all posts
Showing posts with label Osama ditembak. Show all posts

Betol-betol Sengal! Peluru babi bunuh Osama!

Oleh Kaki Wayang on

Tagline Betol-betol Hangat! sekali lagi ditukar ke Betol-betol Sengal! atas sebab-sebab entri yang sangat sengal ni..pernah tak korang terfikir peluru apa yang telah digunakan oleh Amerika Syarikat untuk menembak mati Osama bin Laden..korang kene baca entri ni sampai habis tau..


PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.
 PELURU Silver Bullet yang disalut dengan minyak babi.

Adakah Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi, sekali gus menafikan haknya untuk ditempatkan dalam syurga. Begitulah yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dalam menjual minyak senapang mengandungi lemak babi. 

Menerusi laman webnya, pemilik syarikat ‘Minyak Senapang Silver Bullet’ mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13 peratus lemak babi, menjadikannya produk yang berkesan untuk memerangi militan Islam.


Pemilik laman web berkenaan yang menggunakan nama ‘The Midnight Rider’ mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang disalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga.
“Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka,” kata Rider.

Menurutnya, minyak itu yang berharga AS$8.95 (RM26.85) untuk 113 gram akan mencetuskan ketakutan di kalangan militan Islam.

Laman web berkenaan juga menyatakan, tentera Amerika Syarikat adalah antara pelanggannya.
“Beribu-ribu botol minyak senapang Silver Bullet diagihkan sejak Julai 2004 oleh pembuatnya kepada anggota semua cabang tentera Amerika Syarikat,” katanya.

Promosi menerusi video yang ditayangkan menerusi YouTube untuk minyak itu menunjukkan gambar Osama dengan kata-kata: “Dibunuh dengan senjata menggunakan minyak senapang Silver Bullet.” ‘Midnite Rider’ yang juga menggunakan nama ‘Pejuang YAHWEH’ mendakwa dia adalah bekas anggota penembak curi pasukan marin Amerika Syarikat.

Gambar di kilangnya menunjukkan pekerja bertopeng memakai uniform marin.

Seorang pengunjung laman web berkenaan menulis: “Produk ini hanya untuk pengganas Islam. Kami tidak menganjurkan penindasan terhadap agama atau bangsa, hanya pengganas.” Seorang jurucakap tentera yang bertanggungjawab terhadap senjata itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai Silver Bullet tetapi tidak menafikan anggota tentera Amerika Syarikat mungkin membeli minyak itu sendiri dan menggunakannya dalam pertempuran.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Peluru babi bunuh Osama!