PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Pantun pikat Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Pantun pikat Perdana Menteri. Show all posts

Edisi Pengganas! Pelajar USM ugut mahu letupkan helikopter PM Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


Polis menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut 'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' [Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya].

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

Kredit: Lulu Caldina
Sila baca selanjutnyaEdisi Pengganas! Pelajar USM ugut mahu letupkan helikopter PM Malaysia!

Betol-betol Hangat! Pija gembira pantunnya pikat PM

Oleh Kaki Wayang on


"Pija tidak ingat tulis apa tapi Pija cipta pantun empat kerat ini khusus untuk PM (Perdana Menteri)."
Itu penjelasan Shafiza Sha'arani, 11, salah seorang daripada enam pemenang peraduan poskad dan esei pendek secara dalam talian sempena hari lahir Datuk Seri Najib Tun Razak. Mesra dengan nama Pija, dia mengaku terkejut semasa diberitahu pantun miliknya dipilih menjadi pemenang telefon pintar iPhone 4 kerana penyertaannya itu sekadar suka-suka sahaja. 

"Lepas saya tengok iklan, saya terus buka Internet dan isi peraduan tersebut dengan mencipta pantun empat kerat untuk PM," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kemajuan di sini baru-baru ini.

Pija tidak mengingati bait-bait pantun tersebut. Bagaimanapun, ia mengenai keramahan dan kebaikan Najib. Mengulas mengenai hadiah telefon pintar yang dimenanginya, murid Sekolah Rendah Islam 1 itu akan memberikannya kepada kakaknya, Shazwana.

"Saya tidak pandai guna telefon itu. Lagipun saya tidak boleh bawa ke sekolah. Jadi saya bagi pada kakak tapi saya nak dia (kakak) bagi saya seekor kucing sebagai ganti," ujarnya yang menanam cita-cita menjadi seorang doktor.

Sementara itu, di Putrajaya, seorang pelajar tingkatan tiga, Md. Amirul Md. Amidon yang memenangi pertandingan poskad dan esei pendek pada peraduan yang sama teruja kerana berjaya memenangi telefon iPhone 4.

Menurutnya, dia bersama dua adik perempuannya, Nur Amirah Izati, 10, dan Nur Amisha Hana, 4, bersungguh-sungguh mencipta ucapan hari lahir buat Perdana Menteri sebelum ini. Dua lagi pemenang kategori tersebut ialah Anizah Sahrin, 32, dari Sabah dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, dari Kuala Lumpur.

Sementara itu, kategori esei pendek turut dimenangi Shafiza, bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39 dan Lemeul Ong Chin Shan, 18.  Kesemua pemenang pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu menerima hadiah masing-masing yang disampaikan oleh Najib sendiri di Kuala Lumpur kelmarin.

Pertandingan itu mendapat sambutan dengan kira-kira 20,000 orang belia dan pelajar di Malaysia menyertainya.

SUMBER: KOSMO Online


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pija gembira pantunnya pikat PM