PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Politeknik Sandakan. Show all posts
Showing posts with label Politeknik Sandakan. Show all posts

Edisi Pendidikan! Dua Program Diploma Baru Ditawarkan Di Politeknik Sandakan!

Oleh Kaki Wayang on

Politeknik Sandakan menawarkan dua program diploma baru bagi sesi Jun tahun ini. Pengarah Politeknik Sandakan Mohd Hatta Zainal berkata Diploma itu ialah Diploma Agro Teknologi dan Diploma Akua Kultur di bawah Jabatan Agro Teknologi dan Bio Industri.

Beliau berkata sebelum ini, Politeknik Sandakan yang beroperasi sejak tahun 2008 di kampus sementara di Bandar Labuk Jaya dan kini berpindah ke Kampus tetapnya di Hub Pendidikan Sandakan, hanya menawarkan Diploma Pengurusan Pelancongan.

"Penawaran dua program baru itu selari dengan prasarana lengkap Politeknik Sandakan yang mempunyai kampus tetap di Hub Pendidikan Sandakan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemberian Baucer Buku 1Malaysia kepada penuntut politeknik itu yang disempurnakan Anggota Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Sabtu.
 
Seramai 70 penuntut menerima baucer itu bagi membantu mereka membeli buku dan peralatan untuk pembelajaran.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Pendidikan! Dua Program Diploma Baru Ditawarkan Di Politeknik Sandakan!