Dalam semua perkhidmatan dan jualan tudung yang ada kat Butik ChanteQ ni..aku hanya berminat dengan 1 benda sahaja..iaitu..MacPro Book..keluaran Apple..hehehehehehe
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Restoran Gardens Cafe. Show all posts
Showing posts with label Restoran Gardens Cafe. Show all posts
Home » Posts filed under Restoran Gardens Cafe
Betol-betol Hangat! Butik Tudung di Muadzam Shah
Oleh Kaki Wayang on
Assalammualaikum dan Salam 1Dunia..Alhamdulillah kita diberi peluang sehari lagi untuk hidup di bumi Allah SWT ini..meminjam kata-kata/ tagline Denaihati setiap kali memulakan introduction..Blog yang sangat banyak memberikan ku inspirasi untuk terus berblog..Brother Eyriqazz yang baru je dapat side income yang sangat payah ku rasakan nak dapat..tahniah atas rezeki itu..
Seringkali aku singgah ke mana-mana sahaja..tak kira lah kedai makan ke, pasaraya ke, kedai tudung ke walaupun pada hakikatnya aku seorang pria (pria gehtoo)..dan semalam aku sekali lagi singgah ke Butik ChanteQ seperti entri yang aku post kan pagi semalam..
Petang semalam aku sekali lagi bertandang ke satu-satunya Butik Tudung yang menjual set2 tudung yang menarik (tak tahu menilai tudung tu menarik ke tak..so cakaplah menarik)..Kat butik ni bukan je jual tudung tau..macam-macam perkhidmatan ada..yang menariknya bos butik ni sangat peramah dan kedainya penuh dengan bahan-bahan untuk membuat design..dari amik gambar, print gambar, touch-up gambar, HDR design, cuci gambar, burn DVD untuk pelanggan..dan macam-macam lagilah..
Aku jumpa bos dia, so dia tanya lah aku sal design..sal PC dan macam-macam lagilah..aku ni kan web designer, magazine designer dan report designer..so bila dia tanya sal benda2 tu sume..aku pon jual minyak..habis semua pengalaman aku ceritakan kat dia..at the end of the day, dia offer aku jadi pekerja sambilan sebagai designer kat kedai dia (kedai berbentuk CAFE)..wah ini sudah baik ni..hevatttt..so aku cakap, kalau ada pape nak mintak tolg..kontek lah aku..
Dalam semua perkhidmatan dan jualan tudung yang ada kat Butik ChanteQ ni..aku hanya berminat dengan 1 benda sahaja..iaitu..MacPro Book..keluaran Apple..hehehehehehe
Dalam semua perkhidmatan dan jualan tudung yang ada kat Butik ChanteQ ni..aku hanya berminat dengan 1 benda sahaja..iaitu..MacPro Book..keluaran Apple..hehehehehehe
Betol-betol Hangat! Sesi Fotografi Nabil dan Nora Danish
Oleh Kaki Wayang on
RIUH-RENDAH jadinya lokasi fotografi di Restoran Gardens Cafe, 1Utama apabila pelakon, pengacara yang juga pelawak, Ahmad Nabil Ahmad digandingkan dengan dramatis jelita, Nora Danish. Tidak henti-henti pelakon kecil molek itu diusik Nabil, kononnya dirinya kini kembali single tanpa kekasih dan ruang kosong itu tiada masalah untuk wanita bergaya seperti Nora.
Mujur Nora yang sememangnya sinonim dengan sikap ramah, bijak mencantas semula usikan Nabil hingga ada kalanya bintang yang juga juara program realiti Raja Lawak musim kedua itu terdiam mengukir senyuman.
Baru saja pulang menunaikan umrah di Makkah bersama keluarga tercinta, membuatkan Nora lebih banyak pengalaman yang ingin dikongsi. Tidak hanya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di Rumah Allah, bintang berusia 29 tahun yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci itu bagai sebuah doa yang dimakbulkan.
Baru saja pulang menunaikan umrah di Makkah bersama keluarga tercinta, membuatkan Nora lebih banyak pengalaman yang ingin dikongsi. Tidak hanya bersyukur kerana diberi peluang menjejakkan kaki di Rumah Allah, bintang berusia 29 tahun yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini menyifatkan pemergiannya ke Tanah Suci itu bagai sebuah doa yang dimakbulkan.
Mengakui rasa perit dan sedih kerana terpaksa meninggalkan anak tunggal kesayangannya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram sepanjang pemergiannya, pelakon kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu yang selesa dengan sandaran ibu tunggal ini memahat jiwa ke Makkah untuk mencari ketenangan paling hakiki buat dirinya.
“Alhamdulillah, sampai juga saya ke sana bersama ayah, mak dan adik-beradik yang lain. Sudah lama saya menyimpan hasrat ini sejak awal pembabitan dalam lapangan seni lagi dan akhirnya terlaksana juga impian itu. Kami ke sana selama 12 hari dan saya berpeluang manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam.
“Awalnya saya sendiri bimbang sama ada cukup persiapan untuk saya menjejakkan kaki ke sana. Namun sebaik berpijak di bumi suci itu, barulah saya sedar apa erti sebuah kenikmatan sebenar.
“Sebelum ini, saya hanya mendengar pengalaman teman yang sudah pergi, tetapi selepas berpeluang sendiri ke sana, saya sedar keindahan yang sering kali diceritakan orang. Jiwa saya tenang dan damai. Segala-galanya indah dan saya seolah-olah diberi nafas baru lengkap dengan semangat dan peribadi yang lebih terpelihara,” katanya.
Tegas Nora, pemergiannya ke sana berlandaskan nawaitu dan rasa ikhlas di hati, bukannya ingin menunjuk atau memasang niat seperti yang pernah disiarkan akhbar sebelum ini. Sebelum ini ada laporan mengatakan Nora akan bertudung atau berubah sebaik pulang. Katanya, semua itu bukan daripada mulutnya sendiri.
“Saya tidak mahu berjanji apa-apa atau meletak satu sasaran jika selamat pulang kerana semua itu adalah ketentuan dan takdir. Jika diberi petunjuk dan cahaya yang menyuluh laluan ini, Insya-Allah saya berubah.
“Namun, usah menjadikan itu sebagai satu kayu pengukur pula kerana tidak mahu terjerumus atau terperangkap dengan persepsi orang yang membaca. “Nanti lain pula ceritanya sedangkan hakikatnya, saya masih aktif berlakon dan kekal seperti saya yang sebelumnya.
“Ibadat itu satu kewajipan dan alhamdulillah, setidak-tidaknya saya sudah menjalankan tanggungjawab itu dengan kemampuan yang ada. Asasnya, saya kembali dengan diri yang baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang.
“Ketika di sana, saya juga berdoa untuk kesejahteraan semua keluarga dan sahabat-handai. Malah, saya juga memasang impian ingin membawa Raykal pula jika diberi keizinan dan rezeki apabila dia besar nanti,” katanya yang terkilan kerana uzur beberapa hari akhir yang membataskan langkah ibadatnya.
Terlanjur menyentuh doa yang dipasang bintang filem Cuti-Cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak ini ketika di sana, terlintas pula persoalan mengenai hajatnya ingin mencari pengganti selepas hampir dua tahun bersendirian. Tidak berselindung mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang disifatkan serasi bersamanya, Nora bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Bohong jika saya katakan tidak kerana alang-alang sudah menjejakkan kaki ke sana dengan habuan yang dijanjikan, doa itu lebih makbul jika menadah tapak tangan di Tanah Suci itu. Doa untuk dipertemukan jodoh sudah pasti saya lakukan. Saya ingin mencari kebahagiaan dan berharap agar kesilapan lalu tidak berulang. Berkali-kali saya berdoa agar diberi petunjuk yang benar.
“Namun usah lekas menabur spekulasi kerana segala-galanya mengenai hubungan cinta baru saya ini adalah di luar kemampuan saya. Saya hanya terus berdoa dan membiarkan soal itu kepada jodoh saja,” katanya.
Mendengar luahan Nora yang kini sedang bahagia diulit cinta, tangkas wajah Nabil yang juga pengacara program Ewah-Ewah setiap Isnin jam 11 pagi di TV3 ini mencuka pula. Kononnya jiwanya sunyi tanpa kekasih dan tidak punya ruang untuk membenarkan sesiapa datang menghampirinya.
Di sebalik jenaka dan usikan yang tidak henti, masih jelas sinar jujur pada mata anak seni yang pernah dijulang Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini, dirinya memang sendiri tanpa teman istimewa.
“Setakat ini saya masih sendirian dan menunggu jika ada yang sudi. Bukan serik atau berhati-hati, sebaliknya jadual kerja dan rezeki yang datang bertimpa sekarang membuatkan saya sibuk hingga ada kalanya terlupa akan diri sendiri.
“Namun perasaan itu akan datang pada waktu senggang, tapi ia bukanlah satu beban atau masalah besar bagi saya kerana apa yang lebih menjadi keutamaan sekarang adalah kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga.
“Saya juga tidak mahu kesilapan lalu dan segala macam tanggapan negatif pada saya itu kembali lagi. Alhamdulillah, peminat dan keluarga sentiasa setia menyokong dan kepercayaan pihak produksi juga masih ada walaupun apa yang pernah terpalit itu bukan sesuatu perkara remeh. “Namun itulah pengalaman yang mengajar saya dan membentuk keperibadian agar lebih kuat dan kental,” katanya.
Lakonan Nabil akan dapat disaksikan melalui drama You Saka...Pergi Jauh-Jauh arahan Jamal Khan untuk slot Seram di TV3. Dalam drama 13 episod itu, Nabil memegang watak Adrus yang bekerja sebagai pemburu hantu.
Kata Nabil, dia mengharapkan diberi watak yang menguji kemampuannya dan tidak hanya bersandar pada komedi sebaliknya lebih serius dan mencerminkan sisinya yang berbeza.
“Saya inginkan watak seperti penjahat dan seorang yang kejam. Ini membolehkan saya beraksi dan melakonkan babak lasak. Insya-Allah jika ada peluang itu, saya tidak akan persiakan,” katanya.
You Saka...Pergi Jauh-Jauh yang turut dibintangi Eira Syazirah, Fauzi Nawawi, Dynas Mokhtar dan Amyza Adnan, bakal menemui penonton setia TV3 bermula 2 Jun depan, jam 9.30 malam.
Nora pula membawakan watak Ana dalam drama arahan Pierre Andre, Ana Lulu sebanyak 13 episod yang akan mula disiarkan pada 7 Jun depan, jam 9 malam menerusi slot Lestary di TV3.
Membariskan pelakon popular lain seperti Kamal Adli, Adey Syafrien, Sharifah Sakinah, Zarina Zainuddin dan Mustapha Kamal, Ana Lulu mengangkat genre komedi yang punya sedikit persamaan konsepnya dengan drama siri Hollywood popular, Ugly Betty.
PROFIL
NAMA PENUH: Ahmad Nabil Ahmad
NAMA KOMERSIAL: Nabil
TARIKH LAHIR: 26 September 1983
UMUR: 28 tahun
KELAHIRAN: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENCAPAIAN: Juara Raja Lawak Musim 2, Artis Baru Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular & Bintang Paling Popular (ABPBH 2008)
FILEM: Sifu & Tonga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Kecoh Betul, Jin Notti, Eee...Hantu, Momok The Movie, Pisau Cukur, Magika, Uncle Hussein, Bangladesh dan Cicak-Man
PROGRAM: Lu Fikirlah Sendiri Nabil, Apa Cerita Nabil, Hua...Hua...Hua Pondok Pondok, Studio Nabil, Ewah-Ewah dan Hartamania.
DRAMA: Sonata Labu Labi.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Nora Danish Mohd Hanif
TARIKH LAHIR: 7 Mac 1982
UMUR: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang)
ANAK: Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram
FILEM: Gila-Gila Pengantin Popular, Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita dan Cuti-Cuti Cinta
DRAMA TV: Puteri, Pendekar 5, Arjuna dan Ejen 016