PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Review fiem Songlap. Show all posts
Showing posts with label Review fiem Songlap. Show all posts

Edisi Kaki Wayang! Songlap Bayi, Songlap Manusia Dalam Songlap!

Oleh Kaki Wayang on


Semuanya berlaku setelah membaca kisah mengenai pemerdagangan manusia, membuatkan pasangan suami isteri, penulis skrip yang juga pengarah filem Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak tampil menjadikan isu tersebut sebagai subjek utama buat filem terbaru mereka, Songlap.

Optimis kisah kemasyarakatan mampu dihasilkan bagi memberikan kesedaran, baik Effendee Mazlan mahu pun Fariza mengharapkan hasil kerja mereka dijadikan pengajaran.

"Kami selesa untuk memaparkan kisah masyarakat kerana mahu ianya dijadikan pengajaran. Kisah pemerdagangan manusia sudah menjadi satu isu yang serius. Lantas apabila kami membuat skrip filem tersebut, kami rombak semula dan selitkan pula isu sindiket menjual bayi yang turut sama merupakan perkara yang semakin menjadi-jadi dalam kehidupan kini agar dapat dikongsi kepada orang ramai.

"Idea tersebut datang setelah kami membaca kisah mengenai pemerdagangan manusia dan kemudiannya barulah timbul isu sindiket bayi untuk digabungkan menjadikan filem berkenaan lebih menarik," kata Fariza ketika ditanya mengenai idea asal filem berkenaan.

Mengambil masa hampir dua tahun menulis skrip filem tersebut, jelas Effendee semuanya berlaku demi memastikan jalan cerita yang ingin disampaikan memberi kesan kepada penonton.

"Skrip kita rombak beberapa kali. Apa yang penting biarlah lambat asalkan jalan ceritanya mempu memberi kesan kepada penonton. Kami tidak mahu buat filem namun tidak memberi erti. Selain mesej pemerdagang manusia filem ini juga diselitkan mengenai hubungan kasih sayang adik beradik yang penting untuk diketengahkan kepada masyarakat umum," jelasnya.

Enggan tergesa-gesa dalam menghasilan filem tersebut jelas Effendee, dia mahu karya mereka dihasilkan menepati citarasa yang dimahukan. Songlap mengisahkan mengenai sindiket penjualan bayi, yang mana adik beradik lakonan Shaheizy Sam sebagai Am dan Syafie (Ad) terlibat sebagai orang tengah sindiket tersebut.
Memilih Shaheizy Sam dan Syafie Naswip serta pendatang baru Sara Ali, dia yakin penonton filem Melayu akan terkesima menyaksikan lakonan mereka.

"Kita tahu Shaheizy selalunya melakonkan watak komedi namun dalam filem ini, perbezaannya amat ketara. Syafie juga berjaya membawakan watak yang diberikan kepadanya dengan sempurna. Pendatang baru Sara Ali, juga tidak mengecewakan kami dan saya yakin filem ini mampu meninggalkan kesan positif kepada umum,"katanya lagi.

Bakal ditayangkan di 77 pawagam tempatan dan Brunei, Songlap bakal ditayangkan bermula 15 Disember ini. Selain Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali, ia turut dibintangi oleh Norman Damanhuri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati.

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Songlap Bayi, Songlap Manusia Dalam Songlap!