PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label SEPAHTU. Show all posts
Showing posts with label SEPAHTU. Show all posts

Betol-betol Hangat! Selamat jalan Mamat!

Oleh Kaki Wayang on

pix_gal0 

SELEPAS sekian lama memendam rasa, akhirnya dua anggota kumpulan Sepah iaitu, Jepp dan Shuib masing-masing meluahkan perasaan betapa mereka sebenarnya sudah lama tidak tahan dengan kerenah Mamat. 

Mengakui selama ini mendiamkan diri saja kerana mahu menghargai sokongan peminat Sepah dalam program realiti Raja Lawak dan Maharaja Lawak, kedua-duanya berasakan mereka seolah-olah tidak rugi apa-apa tanpa Mamat lagi. Ditemubual pada pada sidang media sempena pelancaran Sepah Bikin Album bersama Sepahtu (Sepah Two), Jepp berkata, tindakan menyingkirkan Mamat adalah keputusan muktamad.

Mereka juga sepakat untuk tidak sama sekali membuka peluang kepada Mamat kembali menyertai Sepah yang kini diberi nafas baru dikenali sebagai Sepah-tu atau Sepah Two.

“Sebelum ini banyak kenyataan di media mengatakan kami sudah berpisah. Ketika itu saya juga ada mengumumkan Sepah dibubarkan. Selepas itu, saya dan Shuib menubuhkan Sepahtu pula. Jadi anggota Sepahtu selepas ini hanya saya dan Shuib saja.

“Jika boleh kami tidak mahu dikaitkan dengan Mamat. Kami rasa tidak adil menggunakan nama Sepah lagi sedangkan Mamat bukan lagi anggota kumpulan ini.

“Lagipun Mamat juga mengaku nama Sepah itu adalah miliknya,” katanya yang tidak mahu lagi memanjangkan episod duka itu malah bersyukur mengambil keputusan berpisah kerana tidak lagi akan terpalit dengan mana-mana kontroversi yang dicetuskan Mamat.

Sejujurnya, Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin, 26, berkata sejak nekad mengambil keputusan berpisah, dia dan Shuib tidak lagi menghubungi Mamat namun tidak menafikan bagi soal kerjaya mereka masih lagi boleh disatukan.

“Kami akui mengalami masalah dalaman. Sukar untuk diberitahu kerana ibarat membuka pekung kumpulan sendiri. Saya sudah nekad berpecah daripada Raja Lawak lagi.

“Sudah lama saya bersabar dan masalah disiplin Mamat bukan sehari dua berlaku namun apa saja nasihat yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada perubahan dan dia tetap dengan sikapnya.

“Ikutkan hati mahu saja berpisah pada program Raja lawak lagi tetapi mengenangkan tidak adil kepada pengundi yang mengundi atas nama Sepah, saya bersabar sehinggalah keputusan berpisah akhirnya saya ambil,” katanya yang mula mengakui punca perpisahan kumpulan itu berlaku disebabkan masalah disiplin Mamat.

Katanya, niat untuk untuk meninggalkan Sepah dimaklumkan kepada Shuib menyebabkan rakannya itu sangat terkejut.

“Sebaik mengetahui saya ambil keputusan berpisah, Shuib sedih namun akhirnya dia faham. Mamat pula menyangka hanya saya mahu keluar dari kumpulan Sepah dan ada memberitahu di Facebook bahawa dia dan Shuib akan meneruskan Sepah, tetapi tidak lama kemudian Shuib juga mengambil tindakan sama.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Saya kasihan dengan Mamat tetapi tahap kesabaran saya ada batasnya. Selain ada masalah disiplin, saya selalu menjadi tempat bekas teman wanitanya meluahkan perasaan. Ada yang menghubungi saya bertanyakan Mamat dan saya tidak mahu lagi semua ini berlaku dalam Sepah-tu,” katanya yang tidak suka hal peribadi lebih menguasai mereka berbanding soal kerjaya.

Sementara itu, Shuib yang mendiamkan diri saja, kemudian bersuara dengan mengatakan sebagai artis yang menjadikan bidang hiburan sebagai punca rezekinya, dia turut sepakat dengan keputusan Jepp iaitu memilih berpisah dengan Mamat kerana ada insan yang perlu disara dan demi masa depannya sebagai penghibur yang perlu dijaga.

“Saya ada isteri. Saya perlu tanggung isteri saya dan mencari rezeki. Jika saya mahu fikir hati orang saja, apa yang saya mahu beri kepada isteri dan bakal anak saya nanti.

“Lagipun saya tidak fikir bila saya susah dan tiada duit ada orang yang sudi membantu. Jadi saya perlu ambil keputusan itu,” kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad sambil menyatakan dia lebih serasi bekerjasama dengan Jepp berbanding Mamat.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Selamat jalan Mamat!