PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Saiful Apek didakwa ambil dadah. Show all posts
Showing posts with label Saiful Apek didakwa ambil dadah. Show all posts
Home » Posts filed under Saiful Apek didakwa ambil dadah
Edisi Sentap! Lelaki telan 191 kondom dadah!
Oleh Kaki Wayang on
Taktik tiga lelaki warga asing yang cuba menyeludup masuk dadah
dengan menelan syabu yang dimasukkan ke dalam kondom terbongkar setelah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya mengesannya melalui alat
pengimbas.
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk
Zainul Abidin Taib berkata, kesemua mereka yang berumur antara 27 dan 32
tahun itu berjaya ditangkap dalam kes berasingan antara 16 Februari
hingga 26 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Betapa sukarnya pihak Kastam untuk mengeluarkan dadah-dadah ini yang
berjaya dikesan di dalam badan dengan menggunakan alat pengimbas ketika
mereka sampai di KLIA dan kemudian untuk proses mengeluarkannya.
"Namun hasil daripada pengalaman kami akhirnya ia berjaya diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Edisi Panas! Sah! Air kencing Saiful Apek positif, disyaki ambil dadah!
Oleh Kaki Wayang on
Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang
wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal
air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun
lalu.
Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan
terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd
Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar
Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.
Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.
“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.
“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.
“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.
“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.
Edisi Sentap! Sorok Dadah dalam Omboh!
Oleh Kaki Wayang on
Polis berjaya menumpaskan cubaan mengedar 2.8 kilogram dadah jenis
syabu yang disorokkan di dalam 16 buah omboh kenderaan dalam serbuan di
sebuah rumah kedai di Taman Orkid, Cheras di sini pada 1 Februari lalu.
Taktik terbaru itu didalangi warga Afrika ekoran penahanan dua lelaki masing-masing dari Nigeria dan Guinea serta seorang wanita tempatan yang berusia 24 hingga 42 tahun dalam serbuan pukul 6 petang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan menemui satu guni plastik yang mengandungi empat kotak komponen kenderaan itu.
"Setelah diperiksa terdapat bungkusan dadah diletakkan di dalam omboh itu. Kita percaya ia taktik terbaru digunakan tetapi kita yakin ia bukan kali pertama dilakukan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Noor Rashid berkata, pihaknya juga berjaya menumpaskan cubaan seorang lelaki warga Singapura untuk menyeludup 1,000 pil Eramin 5 di Taman Austin Perdana, Johor Bharu pada 31 Januari lalu.
Katanya, suspek dikesan bersembunyi di Johor atas kesalahan dadah serta memiliki pelbagai rekod jenayah lain seperti pecah rumah, mencabul dan bergaduh.
Tambahnya, kejayaan itu adalah hasil maklumat yang disalurkan oleh Biro Narkotik Pusat Singapura.
"Suspek ditahan bersama seorang wanita tempatan dan seorang wanita Filipina yang kesemua mereka berusia 30 hingga 49 tahun," katanya.
Noor Rashid berkata, kedua-dua kes terbabit melibatkan nilai RM700,000 dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya.
Betol-betol Hangat! Saiful Apek didakwa ambil dadah!
Oleh Kaki Wayang on
Selepas lebih setahun dia dan empat rakannya termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki mengambil dadah jenis ganja, pelakon komedi popular, Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff,
42, tampil berbaju dan seluar hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah
selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd
Wahid.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu dikesan mengambil
dadah iaitu ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra
Permai, Seri Kembangan dekat sini, pada jam 11 malam, 12 Jun tahun lalu.
Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.
Saiful dituduh mengikut Seksyen 15(1) (a) ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika disabit kesalahan.
Tiga rakannya, iaitu pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28 dan dua pekerja sambilan kru produksi itu, Shaiful Baharom, 24, serta Noremy Mohamad, 28, turut didakwa atas kesalahan sama, namun semuanya minta dibicarakan.