PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Sebar gambar bogel Elizabeth Wong. Show all posts
Showing posts with label Sebar gambar bogel Elizabeth Wong. Show all posts

Edisi Hangat! Lelaki kena tahan di Batam sah Helmi!

Oleh Kaki Wayang on

Polis semalam mengesahkan lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia di Batam, Jumaat lalu, atas kesalahan memiliki dokumen palsu, adalah lelaki sama dicari sejak tiga tahun lalu berhubung penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita Selangor.

Difahamkan, identiti sebenar lelaki itu yang menggunakan nama samaran Azmin Helmi, disahkan berdasarkan cap jari yang dihantar polis Indonesia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa hari lalu. 

Sumber berkata, identiti suspek sudah diperoleh dan lelaki terbabit adalah individu sama yang dikehendaki Polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Exco Selangor. 
 
“Polis Indonesia tidak menemui sebarang dokumen mengatakan lelaki itu adalah Helmi Malek yang dicari polis Malaysia, namun identiti sebenarnya dapat dikesan menerusi cap jari yang dihantar kepada Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk melengkapkan siasatan berhubung kesalahan suspek di republik itu.

“Kita mengesahkan penahanan suspek di Indonesia dan menyerahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk melengkapkan siasatan mereka kerana suspek turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.

“Bagaimanapun, kita sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Berita Harian, semalam.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata pihak sedang menunggu tindakan Indonesia terhadap lelaki terbabit, sama ada diusir atau dikenakan hukuman mengikut undang-undang negara berkenaan.

Katanya, jika pihak berkuasa Indonesia memutuskan untuk mengusir lelaki itu, PDRM akan mengambil tindakan susulan bagi membantu siasatan berhubung kes penyebaran gambar berkenaan.

Dia ditahan polis Indonesia di Batam ketika cuba memohon pasport negara itu menggunakan dokumen palsu, termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran palsu. Dia mengaku warga Malaysia, selain dikehendaki polis Malaysia berhubung satu kes jenayah dan meminta tidak dihantar pulang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Lelaki kena tahan di Batam sah Helmi!

Edisi Sentap! Gambar Bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan!

Oleh Kaki Wayang on



Rasanya dah lama dah cerita ni bermain-main dalam media massa dan dunia politik di Malaysia kan..tapi still takde keputusan lagi berhubung dengan kes berkenaan..baru-baru ini..jejaka yang dikatakan menyebarkan gambar bogel Elizabeth Wong kini sudah berjaya ditangkap..dan sampai sekarang kes itu masih lagi disiasat..

Adakah ini permainan politik? (Gambar yang diambil dari blog Just Khai)..aku pun tak tahu sebab aku bukan seorang manusia yang berminat dengan politik..kita tunggu dan lihat jelah yer...keadaan politik di negara kita sekarang pun semakin lama semakin teruk..pelbagai cara dilakukan bagi menjatuhkan sesama mereka..dan pelbagai taktik dilakukan bagi meraih undi..tepuk dada tanya selera..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan!

Edisi Hangat! Helmi Ditahan Isu Sebar Gambar Bogel Elizabeth Wong!

Oleh Kaki Wayang on

Helmi Ditahan, Kerajaan Selangor Nak Teliti
Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan. Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

“Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

“Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu,” kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya.

SEMENTARA ITU, kerajaan Selangor kini sedang meneliti laporan berhubung penahanan individu tersebut.

Menurut kenyataan sekretariat media pejabat menteri besar, kerajaan Selangor akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran negeri.

“Perkara ini juga akan dibawa ke mesyuarat biro politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera,” katanya kenyataan itu.

Kerajaan negeri juga berpendirian cubaan menyalahguna isu itu bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu adalah tidak beretika.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Helmi Ditahan Isu Sebar Gambar Bogel Elizabeth Wong!

Edisi Sentap! Gambar Separuh Bogel ADUN Selangor!

Oleh Kaki Wayang on


Perghhhh..konfem ramai yang buat tajuk mengenai Gambar Bogel Adun Selangor kan..yelaaa setiap akhbar membuat liputan mengenai tajuk berkenaan hari ni..dan blog aku juga tidak lari dari menjadi sasaran para pencari dan pembaca yang dahagakan berita-berita panas seperti ini..cuba lihat gambar di atas..

Rata-rata tajuk ini menjadi pilihan pembaca selain beberapa tajuk-tajuk panas yang lain..minta maaf yer..gambar bogel yang dimaksudkan tidak di siarkan di sini..hehehehe..

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Separuh Bogel ADUN Selangor!

Edisi Sentap! Sebar gambar separuh bogel ADUN wanita Selangor - Suspek ditahan

Oleh Kaki Wayang on

KERATAN akhbar kes penyebaran gambar separuh bogel ADUN.
Lelaki yang diburu polis berhubung penyebaran gambar separuh bogel seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita di Selangor, kira-kira tiga tahun lalu, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Batam, Jumaat lalu, kerana kesalahan memiliki pelbagai dokumen pengenalan diri palsu.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Sebar gambar separuh bogel ADUN wanita Selangor - Suspek ditahan