PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Shahrizat dituduh rasuah. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat dituduh rasuah. Show all posts

Edisi Terkini! Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Akhirnya Letak Jawatan!

Oleh Kaki Wayang on

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

UNDUR...Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan berundur jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini dalam satu sidang media, di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara.

Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.  
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Akhirnya Letak Jawatan!

Edisi Sentap! Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.

Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.

Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.

Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa. Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pensyarah Matematik didakwa rasuah RM300!

Edisi Sentap! 11 Pemain Bolasepak Negeri Sembilan Didakwa!

Oleh Kaki Wayang on



Segala teka-teki mengenai hukuman yang bakal dikenakan ke atas seorang ketua jurulatih dan 11 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan 2011 yang didakwa terlibat dalam gejala rasuah akhirnya terjawab semalam.

Semua individu terbabit dilarang daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak tempatan antara setahun dan lima tahun kerana terlibat dalam skandal rasuah.

Penggantungan tersebut berkuat kuasa sejak 30 November tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, siasatan yang dilakukan Jawatankuasa Tatatertib badan induk sukan bola sepak negara itu ke atas pegawai dan para pemain terbabit mendapati terdapat unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan melibatkan pasukan berkenaan.

Kenyataan itu turut menyebut pemain dan pegawai Piala Presiden pasukan SDM Pulau Pinang, Johor MP Muar dan Terengganu T-Team 2010 turut digantung sementara sehingga mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang akan datang.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 11 Pemain Bolasepak Negeri Sembilan Didakwa!

Edisi Terkini! Shahrizat Beri Keterangan Pada SPRM!

Oleh Kaki Wayang on

TERKINI: Shahrizat Beri Keterangan Pada SPRM!
 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil secara sukarela telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat petang ini berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN).
Shahrizat yang kemudiannya menjawab pertanyaan wartawan The Star melalui kiriman SMS menegaskan bahawa beliau ke SPRM atas kerelaannya sendiri dan bukan dipanggil oleh agensi tersebut sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

“Minta maaf ya!! Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya yang mohon agar disiasat dan disoal agar tidak ada perkara yang tidak diteliti. Cukuplah dengan segala tuduhan dan dakwaan liar ke atas saya!” jelasnya melalui SMS tersebut.

Shahrizat dilihat memasuki pekarangan Ibu Pejabat SPRM pada lebih kurang jam 4 petang tadi.
Ketibaannya disambut oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Pada Rabu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi membuat pendedahan terbaru berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional (PFN) apabila mendakwa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membeli dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura bernilai lebih RM34.56 juta.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pembelian dua unit kondominium mewah atas nama suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh diluluskanoleh dua bank iaitu United Overseas Bank Limited (OUB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

“Kemudahan pembiayaan untuk membeli dua unit kondominium ini dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbalbalik kerana NFCorp (National Fidlot Corporation) dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizatmempunyai deposit besar di bank-bank tersebut.

“Deposit tersebut adalah sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi PFN.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Shahrizat Beri Keterangan Pada SPRM!