PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label Skandal John F. Kennedy. Show all posts
Showing posts with label Skandal John F. Kennedy. Show all posts
Home » Posts filed under Skandal John F. Kennedy
Edisi Sentap! Semua kakitangan sekolah diganti ekoran skandal seks!
Oleh Kaki Wayang on
Keseluruhan kakitangan di sekolah di bandar raya ini digantikan
ketika polis melakukan siasatan skandal penderaan seks membabitkan
seorang guru yang didakwa memberi air maninya kepada kanak-kanak semuda
enam tahun.
Tindakan itu dibuat ekoran kebimbangan ibu bapa terhadap kes itu cuba
ditutup, selain cuba memahami mengapa polis mengambil masa lebih
setahun untuk menahan Mark Berndt, guru berusia 61 tahun yang mengajar
di sekolah rendah Miramonte di timur Los Angeles itu. Berndt didakwa
mengambil gambar 23 kanak-kanak yang ditutup mata dan mulut dengan lipas
di wajah mereka serta sudu berisi air mani di mulut mereka antara 2005
dan 2011. Lebih 40 gambar milik suspek diserahkan kepada pihak
berkuasa oleh individu yang memproses filem berkenaan pada Januari tahun
lalu, tetapi Berndt hanya ditahan minggu lalu dan didakwa atas 23
pertuduhan jenayah.
Guru tambahan sekolah itu, Martin Springer, 49,
didakwa kelmarin kerana melalukan perbuatan tidak sononoh terhadap
seorang kanak-kanak dalam tempoh tiga bulan pada 2009, lapor CNN. Murid
dan ibu bapa berarak ke sekolah itu kelmarin untuk melakukan
demonstrasi membantah keputusan menggantikan semua guru, manakala
sesetengahnya mengutuk apa yang dikatakan mereka “Kes itu cuba ditutup”
sambil mengutarakan “Siapa lagi yang kami boleh percaya?”
Pegawai
tinggi pendidikan Los Angeles, John Deasy berkata, sekolah berkenaan
akan ditutup hingga hari ini apabila semua kakitangan seramai 150 orang -
guru, kakitangan pentadbiran, setiausaha dan pengawal keselamatan akan
digantikan oleh senarai kakitangan baru. Kakitangan yang didapati tidak
terbabit dengan kes penderaan itu kemudiannya akan dikekalkan, lapor LA
Times sambil menambah Springer dan Berndt saling mengenali dan membawa
murid untuk aktiviti luar sekolah bersama sekurang-kurangnya dua kali.
Edisi Panas! Skandal JFK, gadis pelatih Rumah Putih!
Oleh Kaki Wayang on
JFK dan Isteri
John F Kennedy menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pelatih Rumah Putih berusia belasan tahun selama 18 bulan.
Pendedahan itu terkandung dalam buku baru yang ditulis oleh wanita
berkenaan yang mendakwa menjadi kekasih mendiang Presiden Amerika
Syarikat itu.
Petikan daripada buku itu, ‘Once Upon a Secret: My Affair with
President John F Kennedy and Its Aftermath,’ disiarkan oleh akhbar New
York Post semalam yang berkata, ia membeli buku berkenaan di sebuah
kedai buku tempatan, meskipun ia hanya dijadual untuk dipasarkan hari
ini.
Pengarang, Mimi Alford, kini berusia 69 tahun, menceritakan bagaimana Kennedy menangis selepas kematian anak lelakinya yang baru lahir.
Pengarang, Mimi Alford, kini berusia 69 tahun, menceritakan bagaimana Kennedy menangis selepas kematian anak lelakinya yang baru lahir.
Ia juga menceritakan semula bagaimana Kennedy, yang ketika itu
berdengan dengan krisis peluru berpandu Cuba memberitahunya: “Saya lebih
rela anak saya menjadi komunis daripada mati.’
Mimi menceritakan secara terperinci mengenai hubungannya dengan Kennedy yang bermula pada musim panas 1962 ketika dia baru berusia 19 tahun, 26 tahun muda daripada presiden itu yang mati dibunuh pada tahun berikutnya.
Dalam petikan yang disiarkan oleh akhbar terbabit, Mimi mendedahkan dia menemui Kennedy hanya empat hari selepas mula menjalani latihan dan presiden itu mempelawanya melawat kediamannya di Rumah Putih, termasuk kamar tidur Jackie Kennedy.
Kini, 50 tahun selepas itu, Mimi, pesara pentadbir Gereja New York City menulis, dia hilang daranya di kamar berkenaan.
“Saya terkejut. Tetapi bagi dia, kejadian itu seolah-olah perkara paling biasa di dunia,” katanya.
Hubungan itu terus terjalin selama setahun setengah berikutnya malah Mimi turut menyertai Kennedy dalam beberapa lawatan sehingga ia berakhir dengan pembunuhan presiden itu.
“Meskipun kami tidak pernah bercium dan terdapat satu tabir antara kami, tetapi hubungan seks yang dilakukan adalah pelbagai dan menyeronokkan,” kata Mimi.
Wanita itu juga berkata, sepanjang menjalinkan skandal itu, Kennedy mengajarnya membuat telur hancur dan bagaimana untuk menghargai muzik Frank Sinatra dan Tony Bennett.
Walaupun mempunyai hubungan rapat dengan Kennedy, Mimi berkata, dia masih memanggilnya Tuan Presiden dan mengaku tidak pernah menolak godaannya.