PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Tahi tikus dalam pastri. Show all posts
Showing posts with label Tahi tikus dalam pastri. Show all posts

Betol-betol Sengal! Tahi tikus dalam pastri!

Oleh Kaki Wayang on

Sebuah restoran dan sebuah kedai roti di Umm Al Quwain, diarah tutup dan didenda kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan. Pasukan pemeriksa dari Majlis Perbandaran Umm Al Quwain menutup premis kedai roti terkenal di situ dan mendendanya sebanyak Dh10,000 (RM9,000) apabila mereka menemui tahi tikus dalam pastri. Pihak majlis terus menutup kedai roti itu dan meletakkan notis di pintu premis berkenaan yang mengatakan ia ditutup kerana melanggar peraturan kebersihan.

Pemilik kedai itu bagaimana menampal notis lain yang mengatakan kedai itu ditutup kerana ‘masalah bekalan elektrik.’

Pihak majlis mengarahkan pemilik kedai membuang notis yang dibuatnya sendiri tetapi dia meletakkan pula sebuah bas persendirian di hadapan pintu kedainya untuk menghalang notis majlis daripada dilihat oleh pelanggan. 

Akhirnya, pemilik kedai itu diarah menutup kedainya selama tiga hari lagi.

Dalam satu kejadian lain, sebuah restoran ditutup dan pemiliknya didenda sebanyak RM9,000 setelah pekerja di restoran tersebut mengadu kepada majlis, daging yang disimpan selama empat bulan, dimasak dan dihidang sebagai hidangan utama dan digunakan dalam sandwic shawarma.

Anggota pemeriksa mendapati aduan tersebut benar ketika mereka memeriksa restoran itu.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Tahi tikus dalam pastri!