PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Valentines Day haram. Show all posts
Showing posts with label Valentines Day haram. Show all posts

Edisi Sentap! Pasangan Kekasih Babi Abadikan Kenangan Bersama Sempena Valentine's Day!

Oleh Kaki Wayang on


Sentap tengok gambar ni...
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Pasangan Kekasih Babi Abadikan Kenangan Bersama Sempena Valentine's Day!

Edisi Istimewa! Hari kekasih yang hakiki, sejati!

Oleh Kaki Wayang on



Saban tahun tatkala menjelangnya Februari, maka berkumandanglah tema Hari Kekasih di serata dunia, termasuklah di Malaysia.

Lagu dan lirik memuja kekasih sering diungkapkan seumpama “Kau kekasih awal dan akhir”, “Sekuntum mawar merah di bulan Februari”, “C.I.N.T.A...” turut kedengaran di corong radio, di samping pelbagai acara dilaksanakan ketika ini.

Menjadi trend masa kini hanyalah Februari dianggap keramat dan penting dengan populariti hari memuja kekasih, sedangkan bulan lain diketepikan begitu sahaja. Pada tahun ini sekali lagi, Februari jatuh bersamaan dengan Rabiulawal dalam Hijriah iaitu bulan kelahiran junjungan besar kekasih ALLAH SWT, Nabi Muhammad SAW yang dilantik sejak 1440 tahun sebagai pesuruh akhir zaman dan penghulu segala nabi dan rasul.

Sesungguhnya Baginda SAW diutus buat seluruh alam sebagai pembawa rahmat dan nikmat bagi semua makhluk di dunia. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat seluruh alam semesta”. (Surah Al-Anbiya' : 107)

Rasulullah SAW sewajibnya dijadikan idola utama bagi setiap ummah manusia untuk ikutan sepanjang zaman. “Sesungguhnya aku (Nabi Muhammad) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Hadis riwayat oleh Imam Bukhari).

Baginda SAW selayaknya sebagai kekasih awal dan akhir dalam kehidupan ini selepas Pencipta sekalian alam. Kedatangan Rabiulawal 1433 Hijriah ataupun Februari ini, perlu dijadikan iktibar agar bermuhasabah diri untuk menjadi Muslim yang menepati sunnah Rasulullah SAW.

Muhasabah diri

Cuba renungkan sebentar dengan perkara peribadi seperti makan, kelakuan, percakapan sehinggalah pengurusan pentadbiran negara, adakah semuanya berlandaskan dengan apa yang diperintahkan ALLAH SWT dan bertepatan dengan amalan rasul-Nya? Sekiranya masih wujud aspek yang tidak mengikut perkara yang disuruh syariat atau sunnah, cepat-cepatlah bermuhasabah diri dalam menyambut Hari Kekasih ALLAH SWT, agar sempat kembali semula kepada fitrah (semula jadi).

Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Sa’id Al-Khudri yang menegaskan bahawa pada akhir zaman nanti lahir sekumpulan manusia yang mengikuti musuh mereka dalam setiap langkah dan tingkah lakunya, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun umat Islam akan turut mengikuti mereka.

Kegagalan dalam menghayati cara hidup yang pernah ditunjukkan junjungan Rasulullah SAW yang berasaskan al-Quran, menyaksikan pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di sekeliling seperti pembuangan bayi, gejala zina, sumbang mahram, kahwin sesama jenis danpelbagai kebejatan sosial.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa cinta ALLAH SWT dan Rasulullah-Nya perlu mengatasi daripada segala-galanya. Firman ALLAH SWT dalam yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad) jika bapa kamu, dan anak kamu, dan isteri (atau suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agamanya, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik (derhaka)”. (Surah At-Taubah : 24)

Selawat dan syukur

Rasulullah SAW menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud: “Tidak dianggap sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada anaknya, bapanya dan sekalian manusia” (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim).

Marilah tunjukkan cinta sejati dan sebenar Muslim kepada ALLAH dan Rasulullah SAW dengan mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada manusia pada setiap masa. Lihat bagaimana golongan sahabat Rasulullah SAW membuktikan nilai cinta mereka terhadap Baginda dengan sanggup, ‘berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sejati dan sejiwa...”

Sahabat Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, Saidina Umar al-Khattab r.a, Saidina Usman Al-Affan r.a dan Saidina Ali KarramAllahu Wajhah r.a yang tidak berbelah bahagi cintanya kepada Baginda SAW.

Basahilah lidah dengan ucapan Alhamdulillah dan banyakkan lafaz Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Ini menandakan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jika mengingkari nikmat-Nya biarpun sekecil zarah, ketahuilah bahawa azab ALLAH amatlah pedih.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih”. (Surah Ibrahim : 7)

Lafaz selawat kepada junjungan rasul tersebut akan menjadi satu saham atau amalan bantuan (syafaat) pada hari pembalasan kelak. Sekali ucapan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, lalu malaikat dan makhluk di langit turut mengungkapkan sebanyak 10 ucapan selamat sejahtera terhadap individu yang melafazkannya.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzaab : 56)

Mana mungkin dihinggapi dengan pelbagai mehnah (ujian), cabaran ataupun penyakit yang membimbangkan apabila Muslim itu sentiasa dirahmati sekalian makhluk ALLAH SWT.

Sempena dengan Rabiulawal yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama merenung sekali lagi tahap kecintaan Muslim kepada ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Adakah umat Islam kini sudah benar-benar mengasihi Baginda SAW?

Budaya cinta ALLAH dan cinta Rasul harus dijadikan sebagai santapan rindu dan ombak kasih bagi setiap insan Muslim yang beriman dan bertakwa.

Lagu dan lirik yang memuja ALLAH SWT dan memuji junjungan Nabi Muhammad SAW harus senantiasa disegarkan pada setiap masa. Semoga anda termasuk dalam golongan dalam kumpulan yang memperoleh syafaat pada hari Mahsyar nanti, insya-ALLAH. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutilah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-Imran : 31)

Janganlah asyik bercinta sesama insan, kenal-mengenali antara satu sama lain sehinggakan segala rahsia, tingkah laku, budi pekerti kekasih itu diketahui segalanya; namun perkara yang berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW satu pun tidak diketahuinya.

Bacalah buku Sirah an-Nabawiyyah yang banyak menceritakan hal-ehwal perjalanan Baginda SAW sejak kecil sehingga kewafatannya seumpama kitab As-Syamailul Muhammadiyyah karangan Imam At-Termizi yang boleh dijadikan novel ikutan seharian. Soroti dan hayatilah sejarah Rasulullah SAW dengan menjadikannya sebuah kisah cinta yang hakiki dan sejati. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutilah daku, nescaya ALLAH mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-Imran, ayat 31).

KREDIT
Sila baca selanjutnyaEdisi Istimewa! Hari kekasih yang hakiki, sejati!

Edisi Informasi! Kenapa Hari Valentine's Day Haram?

Oleh Kaki Wayang on


HARI VALENTINE / HARI MEMPERINGATI KEKASIH...
HARAM UMAT ISLAM MENYAMBUTNYA..!!!!

JOM KENAL DENGAN HARI PERAYAAN PUAK PUAK KAFIR INI..

Hari SANTO VALENTINE atau lebih dikenali sebagai
HARI VALENTINE atau HARI MEMPERINGATI KEKASIH.

Satu sambutan tahunan yang diadakan pada 14 Februari untuk meraikan kasih sayang sesama kekasih. Sambutan ini dinamai sempena seorang PAHLAWAN KRISTIAN yang bernama Santo Valentine.

Ia ditubuhkan oleh PAUS GELASIUS I pada tahun 496 M,
tetapi digugurkan dari Takwim Santo Rom Am oleh Paus Paul VI pada tahun 1969.

Menurut tradisi, Hari Valentine merupakan hari bagi para kekasih untuk meluahkan rasa kasih sayang kepada satu sama lain dengan menghadiahkan bunga, menawarkan manis-manisan, dan mengirim kad ucapan.

Sambutan ini mula-mula dikaitkan dengan asmara dalam lingkungan sastera Geoffrey Chaucer pada Kemuncak Zaman Pertengahan apabila mekarnya asmara istana.

Antara lambang-lambang Hari Valentine moden ialah BENTUK HATI, BURUNG MERBUK, MERPATI, ANGSA DAN CUPID YANG BERSAYAP.

NAMPAKKAN? KRISTIAN YANG MULAKAN DAN PERAYAAN INI UNTUK MEREKA YANG BERCOUPLE YANG SEMEMANGNYA HARAM DI SISI AGAMA ISLAM.. LAGILAH DI SISI ALLAH..


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Kenapa Hari Valentine's Day Haram?

Edisi Informasi! Sejarah Valentine’s Day & Hukum Menyambutnya Bagi Orang Islam!

Oleh Kaki Wayang on



Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Hukum Menyambut Valentine’s Day

Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.

Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

Sejarah Valentine’s Day

Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.

Pendapat Pertama

Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.

Pendapat Kedua

Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
 
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat Ketiga

Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat Keempat

Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Sejarah Valentine’s Day & Hukum Menyambutnya Bagi Orang Islam!

Edisi Hangat! Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?

Oleh Kaki Wayang on

Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?
Tanggal 14 Februari menjadi tarikh yang dinantikan oleh pasangan kekasih sebagai hari untuk meluah dan memperingati cinta sejati kepada pasangan masing-masing di mana budaya berpacaran yang majoritinya di kalangan remaja dalam menyambut Hari Kekasih atau Valentine. Budaya mungkar seperti itu sudah menjadi kelaziman bagi segelintir remaja. Umat Islam di Malaysia tidak harus terpengaruh dan meraikan sambutan itu kerana ia bercanggah dengan akidah.

Bukan saja sejarah Valentine yang sememangnya mengaibkan agama Islam itu sendiri, bahkan budaya bercium yang lazimnya diamalkan semasa hari tersebut, khususnya pada tahun ini, juga sebenarnya boleh membawa kemudaratan – itulah kajian terbaru para saintis Barat. Ini disebabkan Februari ini merupakan ‘musim kemuncak’ penularan penyakit.

” Pertengahan Februari biasanya merupakan musim puncak untuk penyakit menular, seperti flu babi (H1N1) dan mononucleosis.

” Suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk boleh menyebabkan stres bagi tubuh, melemahkan pertahanan dalam melawan jangkitan dan inilah yang membuat kita lebih rentan,” kata Jorge Parada dari Loyola University Health System.

Tambah Parada, bukan hanya bercium yang dapat menyebarkan virus flu, malah Hari Valentine yang selalu dikaitkan dengan keromantisan telah menyebabkan ramai pasangan yang memilih untuk minum dari gelas yang sama, berkongsi sudu dan garfu hingga mereka tidak sedar yang ia boleh menyebabkan terjadinya perpindahan virus.

“Manusia dapat ‘mengirimkan’ beberapa virus melalui air liur. ” Garpu, sendu dan gelas boleh bertindak sebagai penghubungnya,” kata Parada.

Parada seterusnya menyarankan agar setiap pasangan melindungi diri mereka sendiri dan orang yang dicintai dengan menghentikan penyebaran virus kepada orang lain. Masihkah mahu menyambut Hari Valentine?

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ciuman Di Hari Valentine Boleh Membawa Maut?