PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Zami Ismail meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Zami Ismail meninggal dunia. Show all posts

Betol-betol Sedih! Pak Uda meninggal

Oleh Kaki Wayang on

http://i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/wanwan/zamiismailmeninggaldunia.jpg

Jenazah pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali Pak Uda selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, di sini, petang semalam. Arwah yang terkenal sebagai watak Pak Uda dalam siri sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Jenazah tiba di kediaman abangnya, Nizar Ismail, 60-an, di Kampung Batu 5, di sini kira-kira jam 3 petang semalam selepas bertolak dari IJN kira-kira jam 12 tengah hari. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil, Tapah Road kira-kira jam 4.45 petang.

https://lh4.googleusercontent.com/-OQJ5fEfMzns/Tf2GwX9V_QI/AAAAAAAAGOM/GYDS2pFO5KM/s800/zami%252520ismail.jpg

Hadir sama memberi penghormatan terakhir termasuk pengarah terkenal, Othman Hafsham serta beberapa pelawak tanah air seperti Hamid Gurkha dan Ahmad Busu atau Mat Busu.

Kira-kira 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara terdekat dan kenalan arwah berada di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir. Anak ketiga arwah yang juga seorang pelakon, Mohd Saopi, 37, atau dikenali sebagai Opie ketika ditemui semalam berkata, ayahnya sempat berpesan kepadanya supaya sentiasa berbuat baik kepada semua orang ketika terlantar sakit di IJN kira-kira dua minggu lalu.

Beliau berkata, arwah memang mempunyai masalah jantung dan pernah menerima rawatan di IJN sebelum ini malah, pernah dikejarkan ke Hospital Ampang pada akhir Mei lalu selepas mengadu sesak nafas.

“Malah, dia (arwah) terpaksa dirawat di IJN sejak dua minggu lalu dan keadaannya bertambah teruk selepas menjalani satu pembedahan minggu lalu.

“Arwah meninggalkan sembilan anak termasuk 12 cucu,” katanya.

P/s: Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat

Jom Join Betol-betol Hangat ceriakan hidup anda!


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Pak Uda meninggal