PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label apa itu takwa. Show all posts
Showing posts with label apa itu takwa. Show all posts

Edisi Khas Agama! Manusia berTAKWA menjamin tempat disyurga!

Oleh Kaki Wayang on

http://majalah.hidayatullah.com/wp-content/uploads/2010/06/TAKWA.jpg 

Apa itu TAKWA?

1.Takut kepada ALLAH iaitu menjaga dan memelihara diri dari seksaan dan kemurkaan ALLAH S.W.T .
2.Ketaatan dan ibadat iaitu taat  menjalankan dan melaksanakan perintah ALLAH S.W.T
3.Bersih hati dari dosa iaitu menjauhi segala larangan ALLAH S.W.T.

Ciri-Ciri Insan Bertakwa

1.Meninggalkan segala sesuatu yang dilarang dan mentaati perintah ALLAH S.W.T
2.Menghindarkan diri dari segala yang dapat menjauhkan diri dari ALLAH S.W.T
3.Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu.
4 Memelihara dan melaksanakan kehidupan tatacara kehidupan mengikut syariat Islam.
5 Mengikuti sunah Rasulullah didalam ucapan dan perbuatan.  

Bagaimana Menjadi Insan Bertakwa?

Sesungguhnya kehidupan manusia di dunia ini sentiasa dalam kerugian dan kelalaian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta bertaqwa kepada Allah .Taqwa merupakan kayu pengukur yang menentukan peningkatan martabat dan status manusia di sisi Allah kerana dia menilai seseorang manusia bukan dari kegagahannya,kekayaannya atau pangkat tetapi dilihat dari sifat ketaqwaannya.
Allah s.w.t berfirman maksudnya:

Sesungguhnya orang yang mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..
(surah al hujurat:13)

Amalan Insan Bertakwa.

1. Zikrullah iaitu sentiasa mengingati ALLAH
2. Melakukan solat-solat sunat
3. Taubat
4. Takut kepada ALLAH (al-Khauf)
5. Mujahadah iaitu memerangi nafsu
6. Muhasabah iaitu menjaga gerak geri yang mendatangkan kemurkaan ALLAH S.W.T terhadap tujuh anggota seperti mata,telinga,lidah ,perut,kemaluan,tangan dan kaki.
7. Muraqabah iaitu sikap jiwa mengikut ahli tasauf sufi untu.k mencapai darjat rohani yang tinggi.Seseorang meyakini bahawa ALLAH S.W.T selalu melihat dan mengawasi dirinya.
8. Sabar iaitu kesabaran dalam melakukan ibadat ; Sabar dalam ujian ALLAH ; Sabar dalam kehidupan seharian dan sabar terhadap pengaruh kehidupan dunia.
9. Qanaah iaitu menerima dengan rela apa yang ada atau merasa cukup dengan apa yang dimilikinya ; Jiwa merasa lapang dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T ; Hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai ; Menerima dengan sabar segala ketentuan ALLAH ; tidak tertarik oleh tipu daya dunia ; Sentiasa bertawakal kepada ALLAH
10. Warak iaitu makan dan minum pada perkara yang halal dan bersih ; Menjaga pandangan dan pendengaran dari perkara - perkara haram dan syubhat serta sia-sia ; Sentiasa bertaubat kepada ALLAH S.W.T. ; ikhlas dalam mengerjakan sesuatu ketaatan dan perintah ALLAH S.W.T.; Bersikap pemurah,memuliakan dan mengasihi manusia ; memiliki ilmu pengetahuan yang membolehkan mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T. ; Tidak menggemari diri dipuji ; Bersederhana dalam soal makanan minuman dan pakaian.
11. Zuhud iaitu meninggalkan kesenangan duniawi untuk mencapai kesenangan akhirat. Zuhud juga membawa erti iaitu meninggalkan segala yang haram dan  menjauhi perkara yang makruh dan syubhat.Pengertian yang lain bagi zuhud ialah Mencari kemewahan dunia yang tidak melalaikan ibadat dan kewajipan terhadap ALLAH.
12. Tawaduk iaitu merendah diri dan taat menghambakan diri kepada ALLAH
13. Istiqamah iaitu berpegang teguh kepada ajaran alQuran dan sunah serta taat menjalankan segala perintah ALLAH dan menjauhi segala larangannya.Bersyukur dalam menerima nikmat ALLAH dan bersabar menghadapi ujian hidup.
14. Tawakal iaitu menyerahkan sepenuh hati,ikhlas dan yakin kepada ALLAH bahawa segala hukum ALLAH tetap berlaku dan takdirnya tidak dapat ditolak dan diatasi, dan menambahkan keyakinan untuk mencapai suatu cita-cita dengan izin ALLAH melalui prinsip berusaha dan berikhtiar serta bersabar menghadapi takdir ALLAH.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Agama! Manusia berTAKWA menjamin tempat disyurga!