PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label belaian bidan gebu. Show all posts
Showing posts with label belaian bidan gebu. Show all posts

Betol-betol Cool! Beli Kereta dengan duit syiling!

Oleh Kaki Wayang on

 
Seorang lelaki yang mahu dikenali dengan nama Wang  bekerja sebagai penjual tepung menggunakan duit syiling sebanyak 60,000 Yuan (RM28,000) yang diperolehinya melalui penjualan tepung untuk membeli sebuah kereta. Berat secara keseluruhan duit syiling yang terdiri daripada 1 Yuan, 10 Sen dan 50 Sen itu adalah lebih kurang 300kg..Apa yang menjadi masalahnya adalah..perunding kereta kat situ mempunyai sedikit masalah untuk menerim bayaran yang dianggap luar biasa ini..lagipun mengira duit syiling berkenaan bukannya mudah..dan yang peliknya hanya sebuah bank sahaja yang sanggup dan menerima serta bersetuju untuk mengira duit syiling berkenaan..namun begitu pihak bank hanya bersetuju mengira sehingga 15,000 Yuan sahaja dulu..dan setakat ini Wang masih belum dapat memandu kereta idamannya disebabkan duit atau pembayaran masih belum dapat diterima dan habis dikira oleh pihak bank..

SUMBER: DAILYCHINA

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Cool! Beli Kereta dengan duit syiling!

Betol-betol Sengal! Mati akibat FACEBOOK!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiP1pHF27V-1mGG0tLZPwAupLmpdiu9ZyJ4YJW1RXGUoVYREHDfiQmU08MzVzh5OuZNCq-NDw3aq5W-L5jClcGh-meM17NifWyg6FPfD-I12W8WXQ7aoKt38Wusf7Qed5qG8bQC-7s6eVE/s400/facebook-wrong.jpg

Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.

Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin. 

http://www.ahmadhumaizi.com/facebook.jpg
Kredit Pic: ahmadhumaizi

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.

Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. 

P/s: Mmmmmm patutlah dibelasah..mengutuk rupanya..kepada kengkawan semua..berhati-hatilah yer..dalam berblogging pown hati-hati..jangan sampai tersalah fakta..kang padah jawabnya..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Mati akibat FACEBOOK!

Betol-betol Hangat! Sikit-sikit..lama-lama terlanjur...!

Oleh Kaki Wayang on

Perghhhh..baca tajuk je dah memang hangat sehangat-hangatnya..tu..nak tahu kisahnya?Jom kita baca kisahnya:

http://1.bp.blogspot.com/-VZ7YJEHh5_k/TiovqoqC8GI/AAAAAAAAFao/ukMIA7BM9wM/s400/frontpage.jpg

“Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan,” kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional. Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.

Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. “Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya,” katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.

Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.

“Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.

“Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.

“Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin,” katanya.

Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.

“Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya,” katanya.

Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.

Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.

Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: “Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu.” Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.

“Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun,” katanya. 

P/s: Maknanya selagi kulit dia tak kendur dia akan buat kerja ni sampai bila-bila lah kan? hahahahahaha..kengkawan jangan pula nak menggatal yer g cari "bidan" ni..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Sikit-sikit..lama-lama terlanjur...!