 
 PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label boleh liwat isteri. Show all posts
Showing posts with label boleh liwat isteri. Show all posts
Home » Posts filed under boleh liwat isteri
Betol-betol Hangat! Boleh "Liwat" Isteri? Hudud siapa?
Oleh Kaki Wayang on
 
 
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang 
wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS 
semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika 
sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli 
Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, 
Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, 
adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. 
Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas 
telinga' dan menimbulkan kekecohan.
"Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang 
bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang 
dari syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini 
(enakmen) liwat ialah (dalam)Seksyen 14. Ini enakmen yang telah 
digazetkan.
"Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang 
merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang 
lelaki...kita faham lah itu... atau di antara lelaki dengan seorang 
perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.
"Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata 'selain daripada 
isterinya'. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur 
isteri itu (bermakna)tidak liwat dalam hudud PAS ini," kata Zulkifli.
Zulkifli juga mendedahkan di dalam enakmen itu berhubung pelantikan 
hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim 
bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan 
empat saksi bagi zina di mana sekiranya salah seorang saksi menarik diri
 maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
Katanya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh PAS 
sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum
 Allah sebaliknya ia adalah hukum yang direka oleh parti itu sendiri.
"Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas 
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan 
hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh
 diliwat dan lain-lain lagi," katanya.
Menurut Zulkifli, keputusan Dr Mahathir menolak pelaksanaan hudud telah diputar-belit oleh pihak tertentu pada ketika itu.
Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub 
(PAS-Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai 
satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin 
(BN-Kinabatangan)yang menyokong kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke 
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: "Bolehkah liwat isteri 
sendiri?", dan Zulkifli menjawab: "Boleh mengikut hudud PAS."
Salahuddin yang mula berang bangun mencelah dan berkata: "Dia 
(Zulkifli)tidak boleh tuduh macam itu. Tak ada (suami dibenar meliwat 
isteri) dalam hudud PAS. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk 
Kulim-Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mereka mengatakan meliwat 
isteri itu hudud PAS."
Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee 
yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.
Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa lagi
 anggota Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan 
keputusan Timbalan Speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat 
menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.
Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undang-undang 
Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada seorang anggota 
Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat. 
 




