Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label cara tegus isteri. Show all posts
Showing posts with label cara tegus isteri. Show all posts
Home » Posts filed under cara tegus isteri
Betol-betol Hangat! Cara Tegur Isteri - Adab dan Etika Menegur
Oleh Kaki Wayang on
Nukilan ini ditujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat manfaat insyaAllah. Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat? Kalau
isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri?
Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau
bagaimana…?
Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang
kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2,
tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang? Takkanlah kita
sangggup menampar isteri kita? Bukankah isteri juga punya hati, perasaan
dan emosi…sama seperti kita? Cuba kita ni ditengking oleh boss dan
dikutuk…apa perasaan kita? Apa yang kita rasa, macam itu jugalah isteri
kita rasa kalau dia ditengking dan dikatakan macam-macam.
Yaaa memang
benar, kita WAJIB membetulkan isteri kita apabila dia melakukan
kesilapan. Memang kita bertanggungjawab untuk membimbing dia. Memang
kita perlu nasihat dia kalau dia tersasar dan melanggar syariat.
Saya tidak sekali2 ingin mempersoalkan tanggungjawab yang suami perlu tunaikan itu. Apa
yang saya cuba bangkitkan ialah tentang CARA, ADAB dan ETIKA MENEGUR
ISTERI itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul?
Maka dalam coretan kali ini, saya ingin kongsikan dengan dan semua tentang adab, cara dan etika menegur isteri.
1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil.
Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak
menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan
sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh
menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan
ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau
kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat
terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit
hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita
mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut
dan berhemah. Itu lebih bagus.
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh.
Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya
tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita
yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran
yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit,
maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN.
Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang
rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan
membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah
tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal,
maka dah terlambat la…
4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai.
JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi
ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar
diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.
5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI.
Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara.
Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap
seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la
kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap.
Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan
dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri.
Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas
sebab lain.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur
isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus
pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang
mana satu patut dibiarkan saja.
Akhir kata, saya akui bahawa ada
kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah
lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini
bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagimana
teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya
mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.