PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi Khas Sepah. Show all posts
Showing posts with label edisi Khas Sepah. Show all posts

Betol-betol Hangat! Mamat kahwin tahun depan?

Oleh Kaki Wayang on

 

ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasangannya itu pada tahun depan. Mamat atau Mohd Noor Murad, 26, berkata, dia bukan sahaja tidak menolak soal jodoh, sebaliknya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa dalam sebuah keluarga.

"Bagi saya jodoh ditentukan Allah. Kalau ditakdirkan tahun depan jodoh dah sampai, saya akan terimanya dengan hati terbuka. Saya sedia menerima ketentuan itu walaupun saya sedar ia satu tanggungjawab yang amat berat. "Bukannya senang mahu memikul tanggungjawab sebagai suami. Berkahwin bukan untuk hidup berdua sahaja tetapi juga soal keluarga kedua belah pihak dan juga anak-anak. "Apa pun, saya memang sudah bersedia berkahwin. Selepas berkenalan dengan Fida saya dapati ada keserasian antara kami berdua walaupun karakter kami yang agak berbeza. Saya seorang yang 'gila-gila' dan dia pula sopan santun orangnya.

"Saya rasa perbezaan itulah yang boleh 'menyeimbangkan' perhubungan kami. Malah, sehingga kini pun kami masih mengenali hati budi masing-masing," katanya kepada Hits sewaktu dihubungi kelmarin.

Menurut pelawak berasal dari Kampung Kulai, Johor ini, kesediaannya untuk mendirikan rumahtangga bukanlah perkara baru, sebaliknya sebelum dia berkenalan dengan Fida. Jelas Mamat, sebelum berkenalan dengan Fida dia pernah berkawan rapat dengan penyanyi dan bassis kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha atau lebih dikenali sebagai Ada.

Bagaimanapun katanya, hubungan selama sembilan bulan yang dirancang untuk ke gerbang perkahwinan terputus di tengah jalan kerana tiada persefahaman lagi di antara mereka.

P/s: Sama-samalah kita doakan kebahagian mereka yer...amin..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Mamat kahwin tahun depan?

Betol-betol Hangat! Maharaja Lawak Musim Baru Oktober ini?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.akufakhrul.com/wp-content/uploads/2011/07/maharajalawak.jpg

BBH yakin pasti ramai yang excited bila dapat tahu program komedi paling popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak akan kembali untuk musim yang baru.

Apa tidaknya, program ini menjadi satu kegilaan dan satu fenomena baru dalam dunia komedi tanahair. Bukan sengaja nak buat cerita, tapi dengar khabar Maraharaja Lawak musim baru ini mungkin akan bermula pada hujung bulan Oktober ini.

Mesti best kan? Tapi bukankah Maharaja Lawak baru sahaja berakhir . Jadi siapa pula yang mereka akan tampilkan untuk musim terbaru ini? Mungkinkah peserta Raja Lawak yang sama atau sebaliknya?

Dengar khabar juga, format Maharaja Lawak 2 ini berkemungkinan berbeza dengan format Maharaja Lawak musim pertama. Wah, apa pula gimik dan perbezaannya kali ini ya?

Apa-apa pun kita nantikan sahajalah nanti pengumuman atau sidang media untuk Maharaja Lawak musim kedua nanti. Dengarnya pihak Astro Warna sendiri akan umumkan mengenai program tersebut tidak lama lagi.

P/s: Harap-harap program musim kedua ini akan menjadi kenyataan..kerana sesungguhnya BBH memang suka dengan Maharaja Lawak..tak pernah "miss" episod walau sekali..ulangan pula mau 10 kali tengok setiap episod..hahahaha..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Maharaja Lawak Musim Baru Oktober ini?

Betol-betol Hangat! SEPAH Berpecah?

Oleh Kaki Wayang on

http://3.bp.blogspot.com/-rIjtsR-UOIE/TbF8h9Txe1I/AAAAAAAAAJs/zM3SwPheVT0/s1600/Si+Bujang+Sepah1.jpg

BUKAN sekali dua, tetapi sudah banyak kali perkhabaran tentang perpecahan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini bertebaran. Sesungguhnya ia bukanlah sebuah berita baru. Malah, cerita ini sudah menjadi bahan mulut pihak media selepas mereka bergelar juara Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2008.

Ketika itu, memang heboh diperkatakan tentang kumpulan ini yang berdepan dengan masalah disiplin sehingga menyukarkan ramai pihak untuk mendapatkan mereka. Namun, cerita itu terus senyap dan ia kembali timbul apabila salah seorang anggotanya, Mohd. Nazdri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep memberitahu Sepah hampir berpecah sewaktu menyertai Maharaja Lawak, baru-baru ini.

Ternyata gelaran juara sulung Maharaja Lawak tidak berupaya menyelamatkan kumpulan ini untuk terus kekal bersatu apabila sekali lagi dikhabarkan mereka akan membawa haluan masing-masing selepas Aidilfitri ini. Bertemu dengan kumpulan ini usai rakaman program Gegar Raya Kampung Pening Lalat yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini, peluang itu diambil untuk bertanyakan kesahihan berita tersebut.

Dengan penuh tenang, Jep menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik meskipun jam sudah menghampiri pukul 1 pagi.

"Kalau bukan selepas Hari Raya pun, memang kami sudah lama merancang untuk membawa haluan sendiri. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, perpecahan Sepah belum lagi secara rasmi. "Kumpulan Sepah masih wujud dan kami juga akan terlibat dengan pertunjukan amal sepanjang Ramadan ini. Cuma, mungkin rezeki itu tidak tertulis untuk kami terus kekal bersama setiap masa," jelasnya tenang membuka bicaranya sambil dipersetujui dua teman Sepah yang lain, Shahmira Muhammad atau Shuib dan Mohd. Noor Murad (Mamat).

Kata Jep lagi, mereka mula memikirkan tentang keputusan tersebut memandangkan begitu sukar untuk mengumpul kesemua ahli Sepah dalam satu-satu masa. Sementelah, masing-masing mempunyai komitmen sendiri, ujar Jep, adalah lebih baik untuk dia, Shuib dan Mamat memikirkan haluan sendiri dalam bidang seni.

Memang tidak dinafikan, antara ketiga-tiga anggota Sepah, Shuib paling mendapat perhatian dan rezeki juga semakin mencurah-curah buat suami kepada penyanyi genit, Sarah Raisuddin itu.

"Seperti saya sendiri, selepas tamatnya Maharaja Lawak, saya hanya duduk di kampung sahaja kerana masalah kesihatan. "Rakaman program raya inilah yang pertama untuk saya selepas pulih daripada masalah demam yang berterusan.

"Sebagai teman, saya menyokong dan merestui perjalanan seni Shuib dan Mamat. Masing-masing ada rezeki. Jadi, tidak elok seandainya saya mahu menyekat mereka. "Bagi saya, kalau mahu meneruskan perjuangan Sepah itu, ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi," jelas Jep yang kini menetap di kampung halamannya di Johor Bahru, Johor.

Bagi Shuib pula, meskipun akan bergerak secara solo bagi meneruskan kariernya sebagai pelawak, pelakon dan penyanyi, tetapi dia akan tetap bersama Sepah apabila diperlukan.

"Memang saya mengaku, ada kala sukar bagi kami bertiga bersatu kerana pelbagai faktor antaranya lokasi kami sendiri. "Tetapi, antara kami, masing-masing saling menyokong demi kebaikan bersama," jelas Shuib.

Sementara Mamat pula memberitahu, ada ketikanya penganjur mempunyai kekangan bajet sehingga menyebabkan mereka terpaksa membuat pilihan. Lantaran itu, apabila ada majlis yang hanya menampilkan dua anggota misalnya, pasti ia akan mengundang persepsi dan pandangan berbeza peminat.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEPAH Berpecah?

Betol-betol Hangat! Edisi Special! Maharaja Lawak Akhir 2011 (Sepah)

Oleh Kaki Wayang on

Korang kenal tak sape Sepah? Sepah merupakan Juara Maharaja Lawak 2011. Buat pertama kalinya aku sangat berpuas hati dengan keputusan dalam pertandingan realiti tv Raja Lawak..Kumpulan Sepah merupakan salah satu kumpulan yang sangat konsisten setiap minggu..persembahan mereka tidak pernah mengecewakan..dan aku rasa kengkawan semua setuju dengan aku..

Korang ingat tak persembahan Sepah meniru gaya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood yang merupakan salah seorang individu yang sangat terkenal di Malaysia..sebelum itu korang lihat dan baca dulu Komen Ustazah Siti Nor Bahyah tentang lawak Sepah yang mengajuk beliau dan suaminya..dan aku rasa lawak Manisnya Kurma itu merupakan salah satu persembahan yang sangat hit sehinggakan aku sendiri gelak tak ingat..Jom kita tengok persembahan Kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak 2011..


Macam mana? best tak persembahan diorang? kompom best betol tak..tak cukup dengan itu..kita dihiburkan satu lagi persembahan dari Kumpulan Sepah dalam persembahan kedua yang bertemakan Musical..Bagi Betol-betol Hangat! memang Musical ni merupakan "makanan" kumpulan Sepah..bagilah lagu apa pun diorang pasti akan dapat menjayakan persembahan itu..lagipun 1 bonus bagi Sepah adalah mereka boleh menyanyi dengan baik terutama si Jep dan Si Shuib..Jom kita tengok persembahan kedua mereka.


Best kan..memang best..walau apapun tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Sepah atas kemenangan ini..korang deserved it..walaupun aku lebih meminati JOZAN sebenarnya..sebelum tu nak cite sikitlah..sebenarnya orang tersayang Cik Munna, Enche Fendy ni minat bebenor kat kumpulan Sepah ni..tapi sebab dia ni jenis yang penyayang dan romantik cuba korang tengok dan baca kisah mereka yang berkait rapat dengan Maharaja Lawak dalam tajuk entri Alahai Sepah..makin hari makin sayang!
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Edisi Special! Maharaja Lawak Akhir 2011 (Sepah)