PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label gaji rendah. Show all posts
Showing posts with label gaji rendah. Show all posts

Tema Hari Pekerja 2011: Pekerja Merealisasi Transformasi Negara

Oleh Kaki Wayang on


1 Mei 2011 - Saban tahun tema Hari Pekerja senantiasa berubah..namun sejauh manakah tema tersebut membantu kepada peningkatan kuantiti tenaga kepada penghasilan kerja yang bermutu..mungkin agak keterlaluan untuk aku mengeluarkan kenyataan seperti itu..masakan tidak..secara logiknya peningkatan kualiti hasil kerja bergantung kepada tema Hari Pekerja..xlogik bukan?

Namun bagi orang yang mempunyai pemikiran yang tinggi dan luas..anda pasti tahu kenapa aku berkata sedemikian..setiap tahun semua pekerja khususnya di seluruh negara menyaksikan pekerja diraikan dengan 1 hari yang mana para pekerja diberikan cuti rehat tanpa perlu memohon bagi menghargai pengorbanan pekerja selama ini yang berhempas pulas memberikan khidmat bakti mereka dalam penghasilan kerja yang bermutu..maka itulah setiap 1 Mei, Malaysia akan menyambut Hari Pekerja..

Pada tahun ini 1 Mei jatuh pada hari ahad (semalam)..dan pada tahun ini tema Hari Pekerja adalah Pekerja Merealisasi Transformasi Negara..sejak PM kita menerajui negara buat pertama kalinya selepas era pemerintahan sebelumnya Pak Lah berakhir sejak itu jugaklah kebanyakan tema-tema yang ku dengari dan dicipta oleh manusia semuanya ada perkataan Transformasi..mentang-mentang lah tak lama lagi filem Transformers main kat wayang..mungkin sebab itulah perkataan itu (transformasi) itu sangat diminati sekarang..hahahahaha..jahat betol mulut aku ni...

Berbalik kepada tajuk, sejauh manakah tema ini berjaya meningkatkan produktiviti negara dan motivasi diri pekerja..Pekerja Merealisasi Transformasi Negara?betol ke?memang lah betol kan sebab pekerja yang menjalankan semua kerja untuk negara so transformasi mestilah berlaku..namun sejauh manakah pekerja dihargai?pelbagai permintaan dari pihak bawahan agar permintaan mereka didengari pihak atasan..dan antara permintaan yang sangat popular adalah NAK MINTAK NAIK GAJI..

Tapi xpenah2 dapat kenaikan kan..entahkan nak dapat bonus..1 ape pon xdapat..kalau nak dijadikan cerita..aku keje kat Politeknik Muadzam Shah..so kehidupan kat sini boleh ku katakan aku dah kira "terrorrist" kat sini..bukan maksud aku penjenayah atau pengganas..tapi aku kira dah masak dah ngan Muadzam Shah ni..hidup kat sini selama 7 tahun sejak 2004 menyebabkan aku mengetahui selok belok kat sini..bandar pendidikan lah katakan..ade Politeknik, Universiti (UNITEN), Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah jangan nak kira lah..berlambak sekolah kat sini..tak lama lagi Bandar Satelit akan dimajukan di kawasan ini..sekarang ni pon Bandar Satelit tu dalam pembinaan..rumah pula..pon berlambak2 kat sini..rumah yang sepatutnya agak murah di pasaran tapi kat sini mak ai..melamfau-lamfau lah pulak..rumah sewa?mmm paling murah kalau nak sewa kat Muadzam..RM350.00 itu pun mujur kalau ada..makanan?pon agak mahal kat sini..pernah sekali dengar orang kampung dari kawasan sini kata kat sini sume barang agak mahal sebab ramai pekerja kerajaan..kaoooo hengat pekerja kerajaan kayoo kew?

So, dari sini kita dah dapat lihat betapa rakyat amat memerlukan kepada kenaikan gaji..Pekerja Merealisasi Transformasi Negara?sekali lagi tema ini bermain dalam fikiran aku..kenape yer?orang kaya semakin kaya, orang atasan semakin menuju ke atas..org miskin?orang bawahan?semakin miskin dan tidak terurus ekonominya..semakin dihimpit ngan bebanan kerja..bagaimana pula dengan meningkatkan pendapatan perkapita negara serta rakyat?berjaya tak kenyataan itu?xkan berjaya kalau setakat cakap tapi gaji masih ditakuk lama..bayangkan gaji paling rendah penjawat awam adalah dalam lingkungan RM600.00-RM800.00 sebulan?tolak ngan sewa rumah, tolak ngan insurans, tolak ngan makan-minum agak-agak cukup x?orang atasan boleh lah cakap cukup sbb dorg xpernah rasa hidup susah..gaji RM20,000.00 sebulan..honestly ckp, kenaikan gaji tahunan adalah tidak setimpal dengan kos sara hidup yg semakin tinggi..

Oklah lupakan sal tu..cuma orang yang waras dan berpendidikan tinggi mampu berfikir secara waras dan boleh mempertimbangkan akan baik dan buruknya situasi seperti itu..Renung-renungkan dan selamat beramal..

By da way, Selamat Hari Pekerja 2011 : Pekerja Merealisasi Transformasi Negara gehtooooooooo!!!!
Sila baca selanjutnyaTema Hari Pekerja 2011: Pekerja Merealisasi Transformasi Negara