PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label hukuman gantung sampai mati. Show all posts
Showing posts with label hukuman gantung sampai mati. Show all posts

Edisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Oleh Kaki Wayang on

DIBUNUH...anggota polis mengangkat mayat wanita warga Indonesia yang disumbat dalam beg.
Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dengan kesan jerut dan luka di kepala sebelum disumbat dalam sebuah beg pakaian dan diletakkan di depan pintu bilik sebuah hotel di Jalan Raja Laut, di sini, malam kelmarin.

Mayat berkenaan ditemui penghuni hotel jam 10.30 malam di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

Menurut sumber polis, mayat wanita warga asing berusia 30-an itu mempunyai kesan jerutan di leher dan luka di kepala dipercayai dipukul dengan objek keras.

Katanya, kejadian itu mungkin dilakukan teman lelaki mangsa yang kini sudah menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata polis menerima maklumat orang awam jam 11 malam memaklumkan penemuan mayat wanita disumbat di dalam beg pakaian berkenaan.

Katanya, berdasarkan hasil bedah siasat mangsa mati akibat sesak nafas kesan dari jerutan di lehernya.

“Mangsa dikenali sebagai Rumiyati dan berasal dari Indonesia. Semakan kemasukan pendaftaran hotel menunjukkan mangsa memasuki hotel sejak jam 2 petang semalam.

“Polis mengenal pasti suspek dan usaha memburu giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kk),” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Beg pakaian berisi mayat!

Edisi Ngeri! Hukum Potong Jalin Cinta Terlarang!

Oleh Kaki Wayang on

Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin. Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.

Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.

Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.

Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Hukum Potong Jalin Cinta Terlarang!

Betol-betol Hangat! Bunuh nenek: cucu lelaki ke tali gantung

Oleh Kaki Wayang on

Ape nak jadilah ngan dunia sekarang ni. Cube korang baca laporan ni:

Alor Setar - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun kerana membunuh neneknya, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Mohamad Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati Ridzuan Taib bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Che Basah Ahmad, 75, di Taman Berlian, Jitra dekat sini, antara 9 pagi dan 3.15 petang, 11 Mei 2008. 
Dalam penghakimannya, Mohamad Azman berkata peguam Sharif Mat yang mewakili tertuduh, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dan hujah pembelaan juga adalah penafian semata-mata. 
"Pihak pembelaan hanya meletakkan kesalahan kepada bekas kekasih tertuduh. Pembelaan ini tidak dicadangkan di peringkat pendakwaan," katanya. 
Ridzuan, yang berasal dari Kampung Pulau Pak Ubin, Padang Perahu, dilihat menangis ketika mahkamah membacakan penghakimannya. 
Berdasarkan keterangan di depan mahkamah, Che Basah yang tinggal seorang diri ditemui mati dengan kesan tikaman di perut oleh anaknya, Md Arif Abu Bakar pada petang 11 Mei 2008. 
Keterangan patologi menunjukkan Che Basah meninggal dunia akibat dijerut di leher, selain patah kedua-dua tulang rusuk serta ditikam di bahagian abdomen, manakala DNA darah campuran mangsa dan tertuduh turut dijumpai pada seluar yang dipakai cucunya pada hari kejadian. 
Barang kemas Che Basah turut dijumpai berada dalam simpanan Ridzuan. Terdahulu, Sharif memohon hukuman terhadap Ridzuan diringankan kerana ketika kejadian, tertuduh berusia 18 tahun dan masih bersekolah. 
"Tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini jika diberi peluang, dan juga telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia semasa dalam penjara," katanya.
Di mahkamah sama, seorang penoreh turut dihukum gantung sampai mati kerana mengedar 381 gram dadah jenis kanabis, empat tahun lepas. 
Mohamad Azman membuat menjatuhkan hukuman itu selepas pembelaan Nasarudin Mohd Nopiah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 
Nasarudin, 44, dituduh melakukan kesalahan itu di depan sebuah kedai bunga di Taman Wira, Mergong pada 5.45 petang, 14 Jan 2007.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Bunuh nenek: cucu lelaki ke tali gantung