PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jurukamera BERNAMA ditembak. Show all posts
Showing posts with label jurukamera BERNAMA ditembak. Show all posts

Betol-betol Hangat! Siapa tembak Allahyarham Noamfaizul Mohd Nor?

Oleh Kaki Wayang on

 

Kematian Noramfaizul Mohd. Nor dalam kejadian tembakan di Somalia, kelmarin menimbulkan seribu tanda tanya berhubung siapa yang bertanggungjawab melepaskan tembakan dan bagaimana jurukamera itu terkena tembakan. Berdasarkan kesan tembakan pada jenazah jurugambar BernamaTV itu, kemungkinan beliau ditembak dari arah atas lalu mengenai bahu kanannya dan menembusi rusuk kirinya.

Ada juga pihak yang mendakwa Allahyarham ditembak dari arah kiri lalu mengenai rusuk kirinya dan menembusi paru-parunya sehingga ke bahu kanan. Akibat tembakan itu, Noramfaizul, 39, gagal diselamatkan meski sempat diberikan rawatan awal di bilik pembedahan di hotel penginapannya terletak dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, Mogadishu, Somalia.

Pelbagai pihak juga membuat pelbagai andaian berhubung siapakah yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu. Utusan Malaysia difahamkan, Noramfaizul ditembak oleh tentera Kesatuan Afrika (AU). Saksi di tempat kejadian berkata, mereka melihat tentera AU bertindak melepaskan tembakan ke arah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Noramfaizul bersama lima lagi krew televisyen dari Malaysia yang membuat liputan misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia.

Menurut saksi, AU mahu menjadikan insiden tembakan itu sebagai alasan bagi menunjukkan Somalia masih tidak selamat dan masyarakat antarabangsa perlu campur tangan. Katanya, AU juga berharap militan al-Shabab akan dituduh melakukan perbuatan itu. Semua itu dilakukan AU untuk membolehkan AU terus diberi mandat dengan peruntukan berbilion dolar bagi menjaga keselamatan di negara ‘Tanduk Afrika’ itu, kata saksi itu kepada wartawan Utusan Malaysia yang turut menyertai misi bantuan itu.

Ada juga pihak yang mendakwa tembakan berkenaan dilakukan oleh militan Al-Shabaab yang sejak awal lagi tidak menyukai mana-mana negara memasuki Somalia membawa bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa kebuluran. Bagi al-Shabaab, Somalia adalah ‘tanah’ mereka dan semua pihak perlu mendapatkan kebenaran militan itu untuk memasuki negara berkenaan.

Ada juga pihak mendakwa tembakan yang turut mencederakan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan, 26, itu dilakukan individu tertentu yang tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bantuan. Pihak lain pula mendakwa tembakan itu dilepaskan oleh pihak yang tidak menyukai rakyat Barat memasuki Somalia. Atas dasar benci itu, mereka bertindak melepaskan tembakan amaran yang mengenai pacuan empat roda yang dinaiki pengamal media dari Malaysia.

Seramai 15 wartawan Malaysia termasuk seorang wartawan Utusan Malaysia dan dua blogger menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia itu.Misi yang bermula pada 28 Ogos itu dijadual berakhir pada 9 September ini, tetapi misi itu ditamatkan semalam ekoran insiden itu dan semua anggota misi serta wartawan Malaysia terbabit tiba di tanah air pagi ini bersama jenazah Noramfaizul.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Siapa tembak Allahyarham Noamfaizul Mohd Nor?

Betol-betol Informasi! Bagaimana Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor meninggal?

Oleh Kaki Wayang on

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/09/Noramfaizul-Sering-Hubungi-Keluarga-Ketika-Di-Somalia-Ibu.jpg

Peluru yang mengenai Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 40, dalam serangan di Mogadishu, Somalia, Jumaat lalu, menembusi jantung dan paru-paru mengakibatkan beliau cedera parah dan gagal diselamatkan.

Pakar Perubatan Kecemasan dan Pengurusan Bencana Hospital Selayang, Datuk Dr Alwi Abdul Rahman yang juga ketua perubatan misi itu berkata, selepas terkena tembakan Allahyarham cuba diselamatkan beberapa doktor tempatan yang bertugas dengan dibantu pasukan perubatan Malaysia. 

http://www.hmetro.com.my/articles/Seranghendap/pix_middle

“Kami cuba sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan Allahyarham, tetapi kecederaannya agak parah. Pasukan perubatan tempatan bersama pasukan perubatan dari Malaysia cuba membantu menyelamatkan beliau, tetapi tidak berjaya,” katanya. 

Beliau berkata, tembakan pada badan Allahyarham terkena pada tempat yang tidak dilindungi, iaitu dari bawah ketiak, menembusi bahu serta turut terkena jantung dan paru.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Bagaimana Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor meninggal?

Betol-betol Hangat! Berpantang maut sebelum ajal!

Oleh Kaki Wayang on


NUR Aniyah Yazid, 23, terharu ketika melihat gambar tunangnya yang juga jurukamera TV3, Aji Sarega Mazlan di laman web Berita Harian Online, hari ini selepas terselamat terkena tembakan peluru sesat di Somalia di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut, Seremban. Lagi berita mengenai Noramfaizul Mohd Nor.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Berpantang maut sebelum ajal!

Betol-betol Simpati! Syukur anak mati jihad

Oleh Kaki Wayang on

 http://kismaayo24.com/wp-content/uploads/2011/09/noramfaizul-mohd-nor.jpg

“Saya bersyukur anak meninggal dalam jihad. Ketika PENGEBUMIAN tadi (semalam), wajahnya berseri-seri,” kata Naemah Abd Majid, 63, ibu Noramfaizul Mohd Nor, 40, selepas majlis pengebumian, semalam. 

Naemah berkata, dia dan suami, Mohd Nor Mat Yassin, 66, bangga dengan pengorbanan anak lelaki tunggal daripada lima beradik itu bagi membantu mangsa kebuluran di Somalia.

http://cache.daylife.com/imageserve/09gu62DgsR2Y1/350x.jpg

Menurutnya, lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menganggap anaknya sebagai wira negara kerana bersedia bertugas di luar negara, khususnya di negara bergolak.

“Saya reda dan menyifatkan kejadian ini sebagai suratan takdir.

“Namun, naluri seorang ibu, kematian tetap diratapi kami sekeluarga kerana arwah adalah harapan keluarga,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor berkata, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah anaknya yang mahu isterinya menyediakan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama.

http://www.theborneopost.com/newsimages/5909.jpg

“Setiap kali dia mahu bertugas di luar negara, arwah akan membawa sambal ikan bilis masakan ibunya. “Menu ini wajib dibawanya dan tak sangka ini permintaan terakhirnya,” katanya yang menyifatkan anaknya pendiam, tetapi ceria.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Syukur anak mati jihad

Betol-betol Simpati! Sekitar Pengebumian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on

ANAK Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Mohd Irfan 8, menyiram air mawar dikubur ayahnya Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

ISTERI Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar menyiram air mawar di Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

IBU Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Naemah Abdul Majid, diTanah perkuburan Islam UPM Serdang.

ISTERI Allahyarham Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Mohd Nor, bersedi bersama anaknya, Mohd Irfan dan Mohd Naufal di Tanah perkuburan Islam UPM Serdang.

JENAZAH Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor diiringi anggota Polis selamat sampai dirumahnya di Sri Serdang.

KETIBAAN Jenazah Jurukamera BERNAMA tv, Noramfaizul Mohd Nor bersama rombongan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Lapangan Terbang TUDM Subang.

Al-Fatihah
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Sekitar Pengebumian Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (Gambar)

Betol-betol Simpati! Jurukamera BERNAMA TV ditembak mati

Oleh Kaki Wayang on

IMBAS...Noramfaizul (dalam bulatan) bergambar bersama rombongan bantuan kemanusiaan dari Malaysia sebelum berlepas ke Somalia. 

Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, terbunuh selepas ditembak ketika membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di sini, malam tadi.

Allahyarham meninggal dunia jam 11.15 malam tadi (jam 6.15 petang di Somalia) iaitu kira-kira sejam selepas terkena tembakan curi dipercayai dilepaskan kumpulan pemberontak. Dalam kejadian serang hendap itu, seorang jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan turut dilaporkan cedera di tangan terkena tembakan yang dipercayai dilepaskan secara rambang.

Wartawan Harian Metro, Mohamad Apendy Issahak ketika dihubungi di Mogadishu lewat malam tadi memberitahu, ketika kejadian kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan, Allahyarham bersama petugas media Malaysia sedang dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan di sini selepas melawat kem penempatan dalaman (IDPs) Waveri, dekat sini.


Seramai 53 lagi anggota misi bantuan kemanusiaan dari Malaysia termasuk petugas media bagaimanapun terselamat dalam serangan itu dan mereka kini dalam proses pemindahan ke lokasi selamat.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang sedang menuju ke hotel. Sementara itu, wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku ketika Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar laporan berita apabila terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Mangsa yang dibawa masuk ke dalam hotel sejurus selepas kejadian, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 11.07 malam waktu Malaysia.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media Malaysia, tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. Misi berkenaan yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dijangka pulang pada 8 September ini.

Wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi memberitahu Aji Saregar cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru. Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) ketika mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh ke belakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki, Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mentuanya di Serdang Raya, dekat sini, terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham. Norazrina berkata sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya," kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Tan berkata mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada kira-kira 5.30 pagi waktu tempatan hari ini. Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi, hari ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Jurukamera BERNAMA TV ditembak mati